Tulis Buku Pertama dengan Apa yang Ada Pada Diri

Membangunkan Idea Buku dari Pengalaman, Memori dan Cerita-Cerita Hidup

Penulisan adalah gabungan dua unsur iaitu unsur seni dan unsur bisnes. Kedua-duanya adalah sinergi dan saling berkait rapat. Buku yang baik tidak akan memberikan manafaat kepada para pembaca jika diterbitkan dan tidak dirancang pengedarannya dengan baik. Begitu juga jika mempunyai pasukan penerbitan dan pengedaran buku yang baik tetapi tidak mempunyai produk buku berkualiti.

Bengkel Ekspress: Tulis Buku Pertama adalah kursus penulisan buku berdasarkan pengalaman berbelas tahun dalam industri penerbitan buku, menghasilkan beribu-ribu judul buku dan melahirkan beribu pengarang menjadi bestseller.

Siapa Jurulatih Bengkel?

Fauzul Na'im Ishak adalah Pengarah Penerbitan di PTS Media Group Sdn Bhd. Seorang aktivis dunia perbukuan dan sudah mengendalikan lebih daripada 300 bengkel penulisan buku di seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Kerjaya beliau dalam bidang penerbitan buku bermula pada tahun 2001 sebagai editor perolehan di PTS Publications & Distributor Sdn Bhd. Antara kumpulan peneraju dan 'pioneer' untuk Kumpulan PTS. Beliau dinaikkan pangkat ke Pengurus Penerbitan pada tahun 2003 dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif PTS Millennia Sdn Bhd, anak syarikat yang menguruskan buku-buku popular PTS pada tahun 2005. Di bawah kepimpinan beliau, PTS Millennia berjaya menerbitkan pelbagai buku terbaik PTS, kebanyakannya menjadi bestseller antaranya buku karya Dr. Danial Zainal Abidin, Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Dr. Tengku Asmadi, Chef Hanieliza dan banyak lagi.

Kejayaan beliau melonjakkan lagi beliau dalam bidang kerjaya hingga dilantik sebagai Pengurus Besar Penerbitan Kumpulan PTS pada tahun 2007, hingga membuat keputusan untuk bersara awal pada tahun 2011. Pihak Lembaga Pengarah PTS Media Group Sdn Bhd memutuskan untuk melantik beliau menjadi Pengarah Penerbitan daripada tahun 2011 hingga sekarang.

Sepanjang beliau berada dalam industri perbukuan, beliau sering ke luar negara terutamanya ke Indonesia dan Jerman untuk menjalankan proses negosiasi bagi jual beli hak cipta karya antarabangsa. Pesta-pesta buku seperti Jakarta Book Fair, Jakarta Islamic Book Fair, Frankfurt Book Fair dan banyak lagi adalah 'padang permainan' utama beliau. Ini membina kematangan beliau untuk 'mencium pasar buku' bestseller.

Beliau aktif menganjur dan mengendalikan bengkel penulisan buku di seluruh Malaysia sejak tahun 2002. Beliau melancarkan program publik pertama 'Seminar Jana Wang dengan Menulis' pada tahun 2009. Kemudian beliau memperkenalkan pula program 'Bengkel Penulis Super' pada tahun 2010 untuk para peserta yang inginkan bengkel yang lebih advance. Ramai pengarang bestseller sudah dilahirkan melalui bengkel-bengkel kendalian beliau, antaranya buku Memborong Ke China, Mudahnya Menjemput Rezeki dan banyak lagi.

Sekarang beliau kembali dengan bengkel terbaru dengan pengisian terbaru bersesuaian dengan suasana semasa industri penerbitan buku, 'Bengkel Ekspres: Terbit Buku Pertama'.

Peserta mengetahui bagaimana cara-cara penghasilan sesebuah buku daripada mula sehingga ke akhirnya. Ingatkan senang nak tulis dan hasilkan sebuah buku. Tapi bila dengar penerangan daripada En. Fauzul baru tahu. Rupanya perlukan penyelidikan yang mantap dan mengambil masa untuk hasilkan karya berkualiti

Nor Zuliana Bt. Mohamad
Pembantu Tadbir di MAMPU, Jabatan Perdana Menteri

Peserta dapat mengetahui bagaimana cara-cara penghasilan buku yang terbaik, tips-tips yang berkesan dalam memantapkan sebuah penulisan yang baik. Tahniah....

Masliana binti Mansor
Pembantu Perpustakaan MAMPU, Jabatan Perdana Menteri

Banyak info yang sangat berguna bagi pengarang, hak-hak pengarang dan hal ehwal berkata harta intelek, hakcipta dan sebagainya

Muhammad Salwa @ Zalma bin Jonid
Pensyarah Universiti Malaya Kuala Lumpur

Memberikan satu konsep penulisan yang baik, mengetahui mengatasi masalah-masalah penulisan, dapat ilmu dari orang berpengalaman yang luas

Hj. Abd Razak b. Hj. Mohamad
Jurutera Elektrik, Faber Medisferve Sdn Bhd

Kursus Ekspress: Tulis Buku Pertama Anda adalah bengkel yang wajib disertai oleh Anda apabila Anda ingin melihat penulisan dan penerbitan buku secara sinergi. Apabila Anda menyertai program ini, Anda akan didedahkan mengenai apakah mitos-mitos dan faktor penghalang kepada seorang penulis. Di sini Anda akan memecahkan belenggu yang bermain di minta kebanyakan penulis.

Bukan itu sahaja, Anda akan didedahkan kaedah untuk melindungi hak cipta, menjaga harta intelek Anda yang amat berharga itu. Anda juga akan diberikan pendedahan teknik langkah demi langkah menghasilkan sebuah penulisan buku yang memenuhi kehendak pasaran. Daripada bagaimana memilih bidang, mencerna idea hinggalah menumpahkan idea Anda ke atas kertas. Di samping itu juga Anda akan mengetahui keseluruhan proses penerbitan buku, percetakan hinggalah kepada memasarkannya ke pasaran.

Ini adalah program yang wajib hadir jika Anda ataupun organisasi Anda ingin memastikan kejayaan penerbitan buku Anda.

Modul Bonus: Kanvas Penulis Super

Ini adalah model penghasilan penulisan berfokuskan pelanggan. Ia dicipta oleh Tuan Fauzul Na'im Ishak berdasarkan pengalaman sejak tahun 2001 sebagai seorang penerbit buku. Kanvas Penulis Super ini adalah adaptasi Kanvas Model Bisnes yang diperkenalkan oleh Alexander Osterwalder dan Yves Pigneur.

Kanvas ini membahagikan perancangan penulisan kepada 9 segmen yang wajib diisi oleh bakal pengarang sebelum menghasilkan sesebuah penulisan. Para peserta akan mendalami setiap satu segmen dan mempraktikkannya dalam penulisan nanti.

Kanvas Penulis Super

3 Fasa Bengkel

Fasa 1 : Fasa Pra Penulisan

Penulisan buku adalah gabungan dua unsur iaitu SENI dan BISNES. Buku yang dapat menembusi pasaran dengan baik adalah buku yang dirancang daripada sebelum ia ditulis. Para peserta didedahkan dengan kaedah KANVAS PENULIS SUPER. Para peserta akan merancang apakah NILAI yang akan diberikan dalam buku, kenal pasti SEGMEN PELANGGAN, SALURAN untuk menyalurkan NILAI, kaedah membina TRIBE dan PELAN STRATEGIK menghasilkan buku MESRA PELANGGAN. Kaedah yang tidak pernah didedahkan dalam mana-mana bengkel penulisan lain sebelum ini.

Fasa 2 : Fasa Penulisan

Teknik menulis yang efektif dan efisien amat penting dalam memastikan penghasilan karya berkualiti. Buku yang mesra pembaca menjadikan sesebuah karya itu lebih mudah diterima dalam pasaran. Kaedah pengolahan idea yang baik, pengwarnaan penulisan dan penataan ayat tersusun menjadi permulaan langkah baik dalam menghasilkan karya bestseller. Dalam fasa ini para penulis didedahkan dengan maklumat terkini dalam topik-topik berkaitan.

Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan

Buku yang baik dan mesra pembaca bukan sahaja bergantung pada topik dan bidang dipilih. Faktor tatabahasa dan pengolahan ayat amat penting dalam memastikan sesebuah buku mudah difahami oleh pembaca. Di samping itu juga penjagaan indeks kabus atau indeks kebolehbacaan menjadi titik tolak dalam hal ini. Di fasa ini para penulis akan didedahkan kaedah menghasilkan karya mesra pembaca.

Maklumat Program

Bengkel Ekspress: Tulis Buku Pertama

Tarikh: 29 Julai 2017, 8.30 pagi hingga 6.00 petang

Tempat: FINE Learning Center, 9-2 Jalan Wangsa Setia 3 Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur

Apa yang akan anda pelajari dalam Kursus Ekspress : Tulis Buku Pertama Anda?

  • Modul 1: Mindset Penulis Super
  • Modul 2: Hak Cipta: Pertahankan Harta Intelek
  • Modul 3: Kanvas Penulis Super
  • Modul 4: Teknik Menulis KJ Metode: Menulis Banyak Buku Serentak
  • Modul 5: Adaptasi: Ambil Bahan Orang Jadi Bahan Asli Milik Sendiri

Di akhir bengkel ini, sebagai peserta Anda akan:

  • Mengetahui trend terkini dunia penulisan dan penerbitan buku
  • Mengenal pasti permasalahan undang-undang yang sering dihadapi oleh pengarang
  • Mengetahui fasa-fasa dalam menghasilkan karya berkualiti dan mesra pembaca
  • Menyediakan pemikiran strategik seorang pengarang
  • Menggunakan teknologi penulisan terkini dengan aplikasi kaedah berkesan ‘KJ Metode’
  • Mengetahui rahsia kejayaan pengarang bestseller terdahulu
  • Mengetahui apakah rahsia sebuah penerbitan buku berjaya

Apa kata peserta lalu

Memotivasikan saya untuk menulis. Mempermudahkan saya untuk menulis.Ilmu penulisan saya meningkat. Saya akan menulis. Memuaskan.

Dr.Rushdan Ibrahim
Pegawai Penyelidik, FRIM

Penyampaian bersemangat. Tahniah dan syukur. Perkongsian ilmu telus dan sepenuh hati. Terima kasih kepada seisi keluarga Akademi Penulis.

Norashikin Muhammad
Pendidik, Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengalaman penceramah selama berbelas tahun dijelmakan dalam 1 hari. Mendapat momentum dan senario sebenar untuk menulis buku. Masa ditepati. Buat klinik.

Faridah Mohd Ali

Ianya menyediakan dan memberikan maklumat lengkap tentang dunia penulisan. Ia juga membuka mata tentang betapa dunia penulisan kehausan dan kekurangan pengarang.

Rosita Arman Michael
Pensyarah

Mendedahkan saya proses penulisan yang betul. Sesuai untuk peserta yang tidak pernah ada pengalaman menulis.

Norsa’adah

Dimuatkan dengan teknik-teknik menjana idea, pemasaran dan pengetahuan mengenai hak cipta. Juga dimotivasikan berdasarkan semangat ‘jihad’. Maklumat berdasarkan pengalaman penerbit yang matang dalam bidangnya. Semuanya okay, Alhamdulillah.

Nor Azian Md. Noor
Pensyarah, Institut Pendidikan UIAM, Gombak

Kursus ini jarang diadakan disebabkan masa Tuan Fauzul yang amat padat, beliau kali ini bersedia untuk bersama dengan para peserta menjelajah dunia penulisan buku dengan cara komprehensif berdasarkan 17 tahun pengalaman dalam dunia perbukuan Malaysia.

Berapa Yuran?

RM350 Sahaja

Lebih menarik, tawaran EARLY BIRD kami berikan kadar paling rendah iaitu:

RM300 Sahaja (sebelum 15 Julai 2017)

Anda hanya ada masa


Selepas tarikh di atas, kadar akan kembali kepada asal. Bertindak sekarang

Jaminan Sepenuhnya

Kami beri jaminan 100% wang akan dipulangkan jika Anda hadir dan tidak mendapat apa-apa daripada bengkel ini. Satu lagi, ini bukan program untuk UPSELL. Ia adalah SEPENUHNYA TEORI & PRAKTIKAL sebenar. Tuan Fauzul tidak akan sembunyikan apa-apa pun. Beliau beri komitmen untuk penuhi segala pertanyaan walaupun terpaksa menunggu sampai ke malam.

Apa lagi BERTINDAK SEKARANG!! Mungkin peluang ini tidak akan datang lagi di masa akan datang atas kesibukan Tuan Fauzul.

Terus Isikan borang di bawah, kami nantikan Anda di bengkel akan datang. Tempat terhad kepada 15 orang sahaja. Ini adalah bengkel yang praktikal, jadi kami tidak mahu terlampau ramai kerana Tuan Fauzul berminat untuk lebih interaksi dengan para peserta.