Transformasi Buletin TENAGAWAN TNB: Ke Arah Memperkasa Penulisan Buletin Organisasi

Bagi memperkasakan lagi penulisan dalam Buletin Tenagawan TNB, Jabatan Komunikasi Korporat TNB dengan kerjasama Akademi Penulis menganjurkan Bengkel Penulisan Tenagawan TNB 2012. Objektif utama bengkel penulisan ini adalah untuk mendedahkan teknik penulisan buletin yang lebih mesra pembaca.

Bedah siasat akhbar

Bedah dan dedah kan kepada peserta

Sebanyak empat siri bengkel penulisan ini dijalankan. Setiap siri mewakili setiap zon dimulakan dengan Zon Selatan, diikuti Zon Utara, Zon Timur dan diakhiri dengan Zon Tengah. Keempat-empat siri ini dijalankan di Kondominium Peranginan TNB, Port Dickson. Dua orang jurulatih Akademi Penulis terlibat dengan bengkel ini iaitu Tuan Syarafuddin dan Tuan Zamri Mohamad.

Pembentangan serta penambahbaikan daripada jurulatih

Keseronokan dalam menulis

Dalam waktu yang agak singkat, beberapa formula penting penulisan artikel dikongsi oleh jurulatih bersama peserta. Formula-formula ini bertepatan dengan amalan industri pada masa sekarang. Elemen pembentangan dan perbincangan antara peserta dan jurulatih tetap dilaksanakan bagi memberi kesan yang lebih efektif dalam penulisan masing-masing kelak.

Jenaka diselang-selikan dalam penyampaian

Keempat-empat bengkel ini dijalankan secara berasingan. Walaupun dijalankan secara berasingan, namun peserta untuk keempat-empat bengkel ini hadir dengan objektif yang sama selari dengan objektif yang dibawa oleh Jabatan Komunikasi Korporat sendiri.

Peserta bergambar kenangan di akhir bengkel

Walaupun masa yang diperuntukkan agak singkat, rata-rata peserta mendapat input-input berguna yang boleh diaplikasikan bukan sahaja dalam penulisan buletin TENAGAWAN, malahan dalam menghasilkan wang tambahan.

Beberapa testimonial yang dapat dikongsikan peserta :

Penceramah Menggunakan bahasa yang mudah difahami. Pendedahan dalam penulisan disampaikan dengan jaya dan sempurna. Segala idea yang dicurahkan penceramah dapat diadaptasikan dalam penulisan saya kiniNik Kamarul Hisyam b. Nik Abdullah, Kop. CSJ, JPUR (PHE)

Banyak ilmu yang saya dapat terutama dari segi penulisan yang betul cara-cara bagaimana menulis dengan betul dan menarik minat pembacaMudzamlie bin Mt Ali @ Abdul Halim, Juruteknik tingkatan biasa (TT09), ICT RO Kuantan

Dapat menambah ilmu penulisan berita, berita rencana, dan rencana yang betul. Juga tahu gaya, tajuk yang menarik minat pembaca dan yang paling utama tahu kenapa Penulisan. Sering ditolakAz Faizal Mohammad, Pembantu Tadbir, Perkhidmatan Pengguna dan penjangkaan, TNBD 

 

Jemputan Bengkel Penulisan Buletin dan Rencana kepada info@fineacademy.com.my

About The Author

Pentadbir Akademi Penulis

Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Mari Berdiskusi Di Sini