Barisan Pakar yang Akan Membantu Anda

Kami komited memberikan yang terbaik dalam setiap program kendalian kami

FAUZUL NA'IM ISHAK

Fauzul Naim IshakMaster trainer dan pengasas Akademi Penulis Sdn. Bhd.. Beliau juga adalah sebagai Pengarah Penerbitan di PTS Media Group Sdn. Bhd. Seorang jurulatih program latihan bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia dan GEM International. Beliau diiktiraf di antara jurulatih paling bertauliah untuk mengendalikan bengkel-bengkel penulisan buku dan ilmiah di seluruh Malaysia. Beliau sudah mengendalikan lebih daripada 300 bengkel penulisan dan pembangunan potensi diri dengan peserta melebihi 10,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia. Beliau dilantik sebagai Naib Presiden 1, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Musim Malaysia. Antara para pelanggan beliau adalah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan banyak lagi.

ZAMRI MOHAMAD

Zamri MohamadPengarah Eksekutif di Akademi Penulis Sdn. Bhd.. Merupakan jurulatih dan perunding kanan yang aktif mengendalikan bengkel penulisan di dalam dan luar negara. Seorang penulis sepenuh masa dan rakan strategik pembangunan imej organisasi melalui penulisan dan kempen media online serta offline. Beliau sudah menulis 20 buah buku dalam pasaran. Beliau menulis secara aktif dalam akhbar dan majalah sebelum ini antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Minda, Majalah-I dan Mutiara Minda. Seorang jurulatih bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Aktif dalam melancarkan gerakan pembacaan melalui Baca@LRT, Baca@Komuter dan terlibat secara aktif dalam Perbadanan Kota Buku Berhad.

MOHD IKRAM WAZIR

Ikram WazirPengurus Besar Penerbitan PTS Media Group Sdn. Bhd., syarikat yang menaungi Kumpulan Penerbitan PTS. Graduan jurusan ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini bermula daripada menjadi seorang editor peroleh di PTS Millennia Sdn Bhd, membangunkan produk-produk buku bestseller di sana. Beliau sering dijemput mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dokumen rasmi kerajaan dan bengkel mengalihkan tesis kepada buku bestseller di institusi kerajaan dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Beliau juga pernah menghasilkan beberapa buah buku antaranya buku bestseller PTS, Anggun Di Luar Serlah Pesona dari Dalam. Beliau juga adalah jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

DATO’ NAZIM MOHAMAD SHAARI

Dato' Nadzim ShaariPernah memegang beberapa jawatan penting kerajaan. Beliau pernah menjadi pegawai anggota Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (Malaysian Administrative and Diplomatic Service) selama 30 tahun. Berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Kemudian beliau dinaikkan menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri II Perak Darul Ridzuan sebelum bersara daripada perkhidmatan. Jurulatih dan perunding kanan dalam bidang pengurusan strategik dan penulisan teknikal. Antara pelanggan yang menjemput beliau adalah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Dalam Negeri, Pejabat Kesihatan Negeri Perak, Kementerian Kesihatan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan ramai lagi.

AHMAD DAN SETAPA

Ahmad Dan SetafaBeliau pernah berkhidmat di Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (BKPP), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA). Mulai 2010 telah dilantik menjadi resource person dalam bidang 5s, MPK, FM, SKT, Re-Org, Pengurusan Mesyuarat, Penulisan Minit Mesyuarat dan PKPA yang lain. (Modul MAMPU). Beliau bergerak aktif sebagai penceramah dan jurulatih dalam aspek Protokol Majlis Rasmi, Pengurusan Majlis, Etiket Sosial, Makan Beradab, Penyediaan Teks Ucapan, Pengucapan Awam dan Pengacaraan Majlis. Antara pelanggan beliau adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Universiti Malaysia Kelantan, Kementerian Belia dan Sukan, Pejabat Kesihatan Negeri Perak, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) dan ramai lagi.

SALINA IBRAHIM

Seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang penulisan fiksyen. Seorang lulusan sarjana muda syariah dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Menceburi bidang editorial dan penerbitan sejak 15 tahun lalu. Bermula sebagai editor di Sasbadi Sdn. Bhd. sebelum berpindah ke Kumpulan Karangkraf dengan jawatan yang sama. Jawatan terakhir beliau adalah Editor Kumpulan Majalah Islam di Kumpulan Karangkraf. Baru dilantik sebagai Munsyi Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga adalah ALUMNI Minggu Penulis Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Seorang novelis yang menghasilkan karya novel bestseller di beberapa syarikat penerbitan terkenal antaranya PTS Litera Utama Sdn Bhd, Grupbuku Karangkraf dan Creative Entreprise. Antara novel yang mendapat tempat di hati pembaca adalah novel Mahligai, Bukan Yang Pertama, Syurga Di Hati, Aina Aini : Ratu Drama, Tulis Cinta dalam Hati dan Tiada Khatimah Cinta.

AZREE HANIFIAH

Azree HanifiahSeorang yang berpengalaman selama 3 tahun sebagai fotografer rasmi bagi sebuah badan NGO antarabangsa WAMY (World Assembly of Muslim Youth) yang berpusat di Arab Saudi. Beliau sering mengadakan bengkel fotografi bagi tujuan bisnes kecil, pendidikan dan korporat. Juga menjadi pengasas untuk Yosh Fotografi iaitu satu komuniti remaja Muslim yang berdakwah melalui foto. Merupakan trainer khusus dalam bidang pembangunan laman web, fotografi dan editing untuk individu, agensi swasta, badan kerajaan dan universiti. Sekarang beliau adalah pengurus unit penerbitan eBook PTS Media Group Sdn Bhd yang menerbitkan karya-karya berbahasa Melayu dalam versi digital. Karya-karya ini dapat diakses di portal maya e-sentral.com. Antara pelanggan yang pernah menggunakan khidmat beliau adalah Kementerian Belia dan Sukan, Markas Tentera Laut Diraja Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

SYAHRUL NIZAM JUNAINI

Shahrul Nizam JunainiPensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak. Pakar perunding latihan dan motivasi dalam bidang komunikasi dan penulisan. Sering dijemput untuk mengendalikan bengkel-bengkel persembahan hebat melalui Power Point, bengkel penulisan jurnal dan buku, bengkel kemahiran memperkukuhkan dan memperkasakan pengaruh. Sudah menghasilkan dua buah buku yang diterbitkan di PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. iaitu Seni Pengaruh dan Persembahan Hebat dengan Power Point..

Apa pandangan peserta yang pernah menyertai bengkel kendalian kami

Bengkel anjuran Akademi Penulis membuka dimensi baru dalam pola pemikiran saya sebagai individu yang cuba berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Saya rasa teruja dan tercabar untuk memenuhi potensi diri sebagai penulis selepas menghadiri bengkel kendalian Akademi Penulis.

Dr. Syed Najmuddin Syed Hassan
Dr. Syed Najmuddin Syed Hassan Pengarah Pusat Pengajian & Pembelajaran UTEM

Amat memuaskan. Banyak cara-cara dan teknik-teknik penulisan yang disampaikan sehinggakan keinginan saya untuk menulis buku memuncak. Kursus ini sangat baik dan perlu diteruskan bagi semua pendidik dan semua yang berminat untuk menulis

Yufiza Mohd Yusof
Yufiza Mohd Yusof Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Sg. Siput, Perak