Bengkel Penulis Super 2/2010 Bermula

Bengkel Penulis Super kali kedua tahun 2010 bermula semalam. Bengkel 3 hari 2 malam yang diadakan secara julung-julung kalinya di Pusat Latihan Akademi Penulis (PULAPEN) ini mengumpulkan 15 peserta daripada pelbagai negeri dan latar belakang pekerjaan. Ia bermula jam 2.30 petang dengan pembentangan modul oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak mengenai motivasi penulisan.

Yang lebih membanggakan Akademi Penulis, bengkel ini turut minat peserta dari negara jiran kita Singapura. Ini satu kejayaan di peringkat pengurusan Akademi Penulis. Kita sudah berjaya menjemput peserta luar negara dalam bengkel anjuran Akademi Penulis. Tahniah kepada semua karyawan Akademi Penulis atas kejayaan ini.

Hari ini bengkel dimulakan jam 8.30 pagi dengan penerangan mengenai anatomi buku dan sekarang ini berlangsung diskusi berkumpulan pelan operasi penulisan yang akan dibentangkan oleh para peserta petang ini.

Klinik Penulisan 3 Membedah 6 Proposal Penulisan ALUMNI Akademi Penulis

Akademi Penulis mengadakan klinik penulisan ketiga pada 24 Julai 2010. Klinik kali ini disertai 6 orang ALUMNI, 4 daripadanya datang dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor dan 2 dari Lembah Klang dan Selangor. Sebanyak 6 proposal penulisan dibentangkan dan dibedah dalam klinik kali ini. Klinik penulisan kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih utama Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak.

Para peserta klinik penulisan ketiga bergambar bersama Tuan Fauzul Na'im

Pembangunan dan Pengubahsuaian Pusat Latihan Akademi Penulis Bermula

Akademi Penulis dalam proses pengwujudan Pusat Latihan Akademi Penulis di lot 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Pusat ini akan menjadi pusat latihan dan pembangunan penulis pertama di Malaysia. Selepas ia siap sepenuhnya Julai 2010 ini, ia akan menjadi ruang utama program PUBLIC anjuran Akademi Penulis. Antara faedah dan kelebihan pengwujudan pusat ini adalah pengurangan kos operasi dan ini dapat dipulangkan kepada para peserta dalam bentuk pengurangan yuran penyertaan. Ini dapat dilihat dengan penurunan yuran dua program terdekat Bengkel Penulis Super 30 Julai-1 Ogos 2010 (www.penulissuper.com) dan Bengkel Penulisan Novel 7 & 8 Ogos 2010 (www.penulisannovel.com).

Bengkel Penulis Super sebelum ini mengenakan yuran pada kadar RM1,200 bagi bengkel 3 hari 2 malam. Namun dengan wujudnya pusat ini ia diturunkan RM950 dengan pengisian dan kualiti kemudahan yang lebih baik. Bengkel Penulisan Novel diturunkan yurannya RM1,200 (bengkel 3 hari 2 malam) kepada RM650 (bengkel 2 hari 1 malam). Satu pelaburan jangka panjang Akademi Penulis untuk kepentingan semua pihak.

Gerak kerja pengubahsuaian sedang giat dijalankan oleh kontraktor terlantik. Ia dijangka siap sepenuhnya 15 Julai 2010. Di bawah dikongsikan gambar pembangunan dan pengubahsuaian yang dijalankan.

Pembukaan Pusat Latihan Akademi Penulis, Pusat Latihan Penulisan Pertama di Malaysia

Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan pembukaan ruang baru Akademi Penulis. Sebelum ini Akademi Penulis beroperasi di lantai 9-2 Jalan Wangsa Setia 3 Wangsa Melawati Kuala Lumpur. Ia berkongsi pejabat dengan syarikat induknya Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) dan syarikat bersekutu lain. Pihak pengurusan FNSB untuk menyewa satu lagi unit di tingkat bawah pejabat urusan ini khusus untuk mewujudkan Pusat Latihan Akademi Penulis. Selepas ini Pusat Latihan Akademi Penulis akan berfungsi di lantai 9-1 Jalan Wangsa Setia 3 Wangsa Melawati Kuala Lumpur.

pintu masuk

Pintu masuk ke ruang yang bakal menempatkan Pusat Latihan Akademi Penulis

ruang bakal direnovasi

Ruang yang bakal direnovasi menjadi Pusat Latihan Akademi Penulis

Deposit dan sewaan bagi unit ini sudah diselesaikan pada hari ini. Gerak kerja pengubahsuaian bangunan akan bermula 1 Julai 2010. Dijangkakan Pusat Latihan Akademi Penulis ini dapat memuatkan seramai 30 orang peserta pada satu-satu masa. Ia akan menjadi pusat latihan penulisan pertama di Malaysia yang mempunyai ruang latihan sendiri. Di samping itu juga pusat latihan ini dapat mengurangkan kos pengendalian program yang menyebabkan yuran program dapat diturunkan. Peserta membayar kurang dengan nilai yang lebih.

Sehubungan dengan itu, bermula Julai keseluruhan program anjuran Akademi Penulis secara PUBLIC (terbuka untuk orang awam) akan diadakan di Pusat Latihan Akademi Penulis ini. Program pertama yang akan diadakan di sini adalah Bengkel Penulis Super pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 ini. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh dirujuk di www.penulissuper.com.

Tahniah kepada pasukan Akademi Penulis atas kejayaan ini. Semoga pengwujudan Pusat Latihan Akademi Penulis ini akan merancakkan lagi program pembangunan penulisan dan dapat melahirkan lebih ramai penulis di tanahair kita khusus dan dunia amnya.

Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku Bestseller Mengubah Persepsi Dunia Akademik

Apabila menyebut tesis, ramai berpandangan ia suatu bahan yang dianggap berat dan akademik. Ia ditulis dan digagas berdasarkan disiplin akademik yang cukup tinggi. Para sarjana menulisnya khusus bagi memperoleh pengiktirafan kepada kesarjanaan mereka. Selalunya ia ditulis mengikut kehendak para penilai. Sumber-sumber yang diambil untuk tujuan penulisannya kebanyakan daripada sumber primer, iaitu sumber hasil penyelidikan sendiri sarjana itu.

Persepsi sebegini menyebabkan kebanyakan tesis terhasil hanya menghiasi rak buku sarjana yang menulis dan rak di perpustakaan universiti. Apabila begitu hasil penyelidikan bertahun-tahun itu hanya ‘sia-sia’ dan tidak dapat memanfaatkan masyarakat sekitar. Atas inisiatif inilah Akademi Penulis melihat keperluan untuk mengubah persepsi itu. Penganjuran Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku Bestseller yang julung-julung kali diadakan pada 25 hingga 27 Jun 2010 tempoh hari memberikan persepsi baru dunia akademik.

Modul direka bentuk bagi membolehkan hasil penyelidikan dalam tesis tidak kira tesis sarjana muda, sarjana ataupun doktor falsafah diubahsuai menjadi buku umum yang mungkin bestseller. Bengkel 3 hari 2 malam ini mengumpulkan 5 orang sarjana daripada pelbagai latar belakang. Prof. Dr. Rugayah Hj. Tibek, profesor di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Umi Kalthum Ngah, profesor madya di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Sains Malaysia, Tuan Zaki dan Puan Farah Deba dari Politeknik Port Dickson dan Tuan Zaki dari Yayasan Ilmuwan. Kesemuanya berbengkel, berdiskusi dan bertukar pandangan dalam mengubahsuai hasil tesis mereka ke dalam bentuk buku.

Para peserta bergambar dengan para jurulatih (tidak kelihatan dalam gambar Prof. Dr. Rugayah Hj. Tibek

Bengkel ini dikendalikan oleh Tuan Ikram Wazir, jurulatih kanan Akademi Penulis dengan dibantu oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis. Akademi Penulis berharap dengan wujudnya program sebegini ia dapat memberikan impak baru kepada dunia penulisan buku akademik. Membuka minda dan rasa bagi memastikan bahan-bahan penyelidikan berkualiti dapat dimanfaatkan kepada orang awam.

Bengkel serupa akan diadakan pada 16 hingga 17 Julai 2011. Kepada yang berminat boleh hubungi Akademi Penulis di talian (+6) 03 4149 2560 ataupun (+6) 012 962 8698 (atiqah) ataupun emailkan ke latihan@akademipenulis.com. Maklumat lanjut boleh ke ruangan Program Pembangunan Penulis di navigasi atas laman ini.

Bengkel Penerbitan & Penulisan Modul Politeknik Merlimau Singkat Tetapi Penuh Impak

21 Jun 2010, Akademi Penulis dijemput bagi mengendalikan Bengkel Penerbitan dan Penulisan Modul di Politeknik Merlimau Melaka. Bengkel 1 hari ini dihadiri oleh para pensyarah Politeknik Merlimau dan dikendalikan oleh Tuan Ikram Wazir, jurulatih kanan Akademi Penulis. Walaupun singkat namun ia memberikan impak yang amat baik. Ini dilihat jelas dengan maklum balas yang diberikan oleh para pesertanya.

Para peserta bergambar dengan Tuan Ikram Wazir

Di bawah disertakan koleksi gambar sepanjang bengkel berlangsung.