Bengkel Penulisan Buletin & Fotografi anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah inovasi baru dalam pengendalian bengkel-bengkel penulisan anjuran Akademi Penulis. Pada bengkel kali ini Akademi Penulis menggunakan pendekatan TULIS, TANGKAP & TULIS kepada para pesertanya. Bengkel 3 hari ini dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Azree Hanifah, dua orang jurulatih kanan di Akademi Penulis.
2 elemen digabungkan dalam bengkel kali ini. Elemen penulisan buletin berkualiti dan berpengaruh disampaikan oleh Tuan Zamri Mohamad. Pelbagai teknik diperkenalkan, daripada mengkonsepkan penulisan, 6 topi berfikir hingga kepada bagaimana mengirimkan penulisan kepada akhbar dan majalah diterangkan. Elemen kedua adalah elemen fotografi yang dikendalikan oleh Tuan Azree Hanifah. Para peserta dibawa keluar daripada hotel dengan membawa kamera masing-masing. Ia tidak mengira sama ada mempunyai kamera berkuasa tinggi (SLR), kamera kompak ataupun kamera telefon bimbit. Semua memburu subjek untuk sesi fotografi mereka. Kemudian setiap gambar diambil dikomen oleh jurulatih. Di samping itu diajarkan juga kaedah menyunting gambar menggunakan Adobe Photoshop.
Ini adalah inovasi terbaru Akademi Penulis. Kepada mana-mana organisasi berminat untuk menganjurkan bengkel serupa di organisasi Tuan Puan, boleh langsung hubungi 0341492560 ataupun emelkan ke latihan@akademipenulis.com.



