Apabila kita sebut menulis, sebenarnya ia bergantung kepada masing-masing individu. Teknik yang digunakan oleh seseorang individu berkemungkinan tidak bersesuaian dengan individu yang lain. Di sini saya hanya menyenaraikan tip-tip penulisan yang boleh diikut bersesuaian dengan apa yang kita rasa. Jika kita berasa ia sesuai dengan kita, gunakan. Jika tidak tinggalkan.
Pertama sekali penulis perlu memilih apakah sebenarnya bidang yang ingin ditulis. Cuba kecilkan skop, namun begitu jangan sampai ia membekukan idea kita. Sebagai contoh, seseorang yang ingin menulis dalam bidang motivasi. Pilih motivasi apa yang ingin dibuat. Motivasi ibu bapa, motivasi pelajar, motivasi Islam dan sebagainya. Daripada motivasi-motivasi tersebut kecilkan sedikit, teknik belajar, motivasi perubahan. Kesemua ini penting sebagai skima penulisan kita hingga ke masa hadapan.
Ia juga memudahkan kita mempakejkan diri kita sebagai apa. Apabila kita ingin menjadi pakar pengurusan, perlulah menulis buku dalam bidang tersebut. Pakar bisnes dalam bidang bisnes dan seterusnya. Tentu ada yang bertanya bolehkah saya pilih lebih daripada dua bidang. Boleh dan tidak boleh!
Belon hidup kita mempunyai kapasiti yang sama. Jika kita sebut kapasitinya adalah 100 maka itulah maksimumnya. Jika kita mengambil dua bidang maka kita perlu membahagikan belon tadi kepada dua bahagian. Ia tidak termasuk dibahagikan kepada pekerjaan, keluarga, masa santai dan sebagainya. Jadi apabila kita memilih lebih daripada satu, maka banyaklah masa dan tenaga yang perlu dibahagikan. Hingga akhirnya kita semput sebab tidak cukup udara bagi bernafas. Terus kita letih dan tinggalkan. Biar fokus kepada satu dahulu. Baru kita tengok yang lain jika ada keperluan.
Apabila kita membaca karya-karya daripada Barat. Kita berasa seolah-olah kita yang menjadi sebahagian kajian kes penulisan mereka. Apabila membaca satu bab, berasa seperti kita berada di dalam penulisan mereka. Karya-karya tulisan Anthony Robbins, Stephen Covey dan Jack Canfield adalah antara koleksi penulisan yang saya kagumi. Tulisan mereka amat membumi.
Sesiapa yang selalu mengunjungi laman ini pasti mengatakan saya ini sudah semakin malas menulis di dalam ruangan ini. Bukan begitu, memang kesibukan semakin menjadi-jadi dari hari ke hari. Daripada urusan pejabat, bisnes online hinggalah kepada urusan PBAKL 2008. Semua ini mencengkam masa saya. Walaubagaimanapun ORANG SIBUK SAHAJA YANG ADA MASA kan?
Penulis buku ataupun karya disarankan menggunakan watak evergreen sebagai subjek utama. Watak yang evergreen menyebabkan buku yang ditulis boleh menjadi evergreen.