Pengarang Berjiwa Besar, Pengarang Berjiwa Kecil

April 16, 2008

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 memberikan seribu satu kesimpulan buat sesiapapun yang ingin menganalisa. Daripada gelagat pempamer yang pelbagai, gelagat pengunjung pelbagai karenah hinggalah gelagat pengarang yang menarik hati.

Saya ada bertemu dengan beberapa pengarang PTS dan bukan PTS. Ada yang menerbitkan dengan pelbagai penerbit yang lain. Apa yang saya ingin ceritakan di sini adalah perbezaan di antara pengarang berjiwa besar dan pengarang yang berjiwa kecil. Di sini bukanlah untuk memperkecilkan sesiapapun tetapi hanya sebagai satu muhasabah di antara kita.

Apabila saya bertanya dengan para penulis terutamanya penulis PTS (kerana saya pengurus di PTS Millennia Sdn Bhd), mengapakah tidak membuat penonjolan diri di gerai PTS. Pihak PTS amat mengalu-alukan mana-mana pengarang untuk membuat penampilan diri di sana. Pasti akan ada tukang lelong yang akan memperkenalkan para pengarang PTS kepad orang ramai. Ini juga adalah nilai tambah kepada PTS dan para pelanggannya.

Read more

Saya Menulis Satu Judul Buku Satu Hari

March 6, 2008

Saya bertemu dengan beberapa orang rakan penerbit dan penulis penulis di Pesta Buku Islam Jakarta 2008 baru-baru ini. Mereka ini tidak lokek untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai dunia penerbitan mereka di sana. Apabila melihat kepada rangkaian judul dan jumlah buku yang besar, kita dapat menjangkakan bahawa komuniti pengarang di sana adalah jauh lebih maju berbanding dengan Malaysia. Ada beberapa kelompok pengarang yang bekerjasama bagi memastikan karya-karya terbitan Indonesia berkualiti tinggi. Antara yang boleh disebut adalah Forum Lingkar Pena. Yang menarik lagi di sana wujud agensi-agensi swasta yang ditubuhkan sebagai konsultan kepada para penulis.

Salah satu yang saya baru tahu adalah agensi milik saudara Ali Muakhir, bekas pengurus di Dar Mizan, salah satu anak syarikat Mizan Publishing House. Ali adalah sahabat lama yang pertama kali saya temui beliau pada Pesta Buku Indonesia pada tahun 2004 (cop passport saya yang pertama dari Jakarta pada November 2004). Beliaulah orang yang menyambut kami pada lawatan pertama kami di sana. Selepas bertemu di Jakarta, kami bertemu lagi di Bandung semasa kami melawat pejabat Mizan Bandung. Hinggalah akhirnya saya mendengar khabar bahawa beliau sudah meletakkan jawatan dan keluar daripada Dar Mizan. Satu kejutan.

Read more

Faisal Tehrani Yang Ku Kenali

January 15, 2008

Faisal TehraniPada hari ini adalah hari pertama saya mulakan satu topik baru di bawah Akademi Penulis Karya Bestseller, iaitu pengarang minggu ini.

Buat artikel pertama saya ingin tulis mengenai saudara Faisal Tehrani atau nama sebenarnya Faizal Musa. Sejarah saya bersama beliau agak lama, bermula daripada zaman saya di tahun satu dua Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.

Pada ketika itu saya bertugas sebagai Setiausaha Biro Sukan & Kebudayaan, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 1996/97. Ia adalah salah sebuah biro di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.

Pada ketika itu saya kenal beliau sebagai seorang cerpenis dan penggiat teater Universiti Malaya. Beberapa teater beliau antaranya Rintih Chicago ama dikagumi hasilnya oleh ramai penggiat teater kampus dan negara. Saya amat meminati tulisan beliau. Beliau amat pandai ‘menipu’ pembaca dengan penulisan realist hinggakan kita berasa berada di tempat di mana cerpen itu berada. Ini kehebatan beliau hingga sekarang.

Read more