Tahniah ALUMNI Akademi Penulis UTHM

Akademi Penulis dimaklumkan oleh Tuan Zulfadli Jusoh, Penolong Pendaftar Pusat Kemajuan dan Hubungan ALUMNI yang juga merupakan ALUMNI Akademi Penulis mengenai penerbitan buku terbaru Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Buku bertajuk 50 ALUMNI UTHM ini adalah gabungan tulisan beberapa bekas mahasiswa UTHM. Kebanyakan penulis yang terlibat dalam penghasilan buku ini adalah merupakan bekas peserta bengkel penulisan kendalian Akademi Penulis dengan kerjasama Penerbit UTHM.

Buku tulisan para penulis bekas mahasiswa UTHM, sebahagian besarnya adalah ALUMNI Akademi Penulis

Pihak Akademi Penulis mengucapkan tahniah kepada semua pengarang yang terlibat. Pihak Akademi Penulis amat berbangga dan terharu dengan kejayaan yang cukup bermakna ini. Semoga ia menjadi satu obor penyemarak semangat para pengarang lain.

Tahniah Kepada ALUMNI Akademi Penulis Dr. Haryati Shafii atas Terbitnya Karya Beliau

Hari ini pihak Akademi Penulis mendapat satu lagi berita gembira iaitu buku karya pertama Dr. Haryati Shafii, salah seorang peserta Bengkel Penulisan Ilmiah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kendalian Akademi Penulis sudah diterbitkan. Karya yang bertajuk Tempat Tinggal dan Kualiti Hidup Di Bandar terbitan Penerbit UTHM ini adalah hasil daripada perbincangan pelan operasi penulisan beliau semasa bengkel ini dianjurkan tempoh hari.

Buku hasil perbincangan proposal semasa bengkel

Tahniah diucapkan kepada Dr., semoga ia akan membakar semangat para ALUMNI lain untuk merealisasikan impian menjadi seorang pengarang. Dr. Haryati dalam proses menyiapkan novel pertama beliau. Pihak kami doakan novel ini berjaya diterbitkan juga. Tahniah sekali lagi.

Ini kata-kata beliau dalam facebook semasa berinteraksi dengan Tuan Fauzul.

Sesiapa berminat untuk menjadi seperti Dr. Haryati, boleh menyertai Bengkel Penulis Super yang diadakan oleh pihak Akademi Penulis. Layari www.penulissuper.com untuk maklumat lanjut.

Tahniah Tuan Md Ali Berahim Atas Terbitnya Karya Pertama

Akademi Penulis mengucapkan tahniah kepada Tuan Md. Ali Berahim kerana terbitnya karya pertamanya Menyembuhkan Virus-virus Bisnes terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Tuan Md Ali Berahim adalah ALUMNI Akademi Penulis dan pernah menghadiri Bengkel Penulis Super pertama. Ini kata-kata beliau dalam laman web ini

Tuan Fauzul, bengkel yang tuan kendalikan ini amat berguna bagi mereka yang ingin menjadi penulis. Walaupun saya ada cara tersendiri menulis buku, saya dapat banyak manfaat dari bengkel ini. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan dan rakan-rakan tuan di PTS yang sudi menerima manuskrip pertama saya dan yakin menerbitkan buku pertama saya.

Insya Allah buku pertama saya “Sembuhkan Virus-virus Bisnes” akan berada di pasaran pada 1.12.2009. Saya sekarang sedang menulis manuskrip untuk buku kedua saya mengenai kesetiaan pelanggan. Nota yang tuan berikan semasa bengkel yang mengandungi 7 modul saya rujuk berulangkali. Ada faktor motivasi tersembunyi di setiap modul. Sekali lagi terima kasih Tuan Fauzul.

Tahniah sekali lagi Tuan, teruskan berkarya untuk memandaikan ummah. Pelawat laman yang lain, bila lagi hendak menghasilkan karya pertama Anda. Bagi berminat untuk mengetahui Formula Penulis Super seperti Tuan Md. Ali Berahim sertai Bengkel Penulis Super: Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller. Layari www.penulissuper.com untuk mendaftar diri. Bertindak sekarang!

Pulangan Menulis Buku Lebih Baik Daripada Pulangan ASB

Semalam saya duduk minum petang bersama Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad dan Puan Ainon Mohd.. Dr. Tengku Asmadi datang ke pejabat PTS di Wangsa Melawati bagi berbincang mengenai program latihan dan juga mengambil royalti tahunan bagi tahun 2007.

Dalam duduk berbincang pelbagai isu masa kini, Dr. Tengku Asmadi menceritakan senario beliau memotivasikan para eksekutif di bawahnya untuk menulis. Beliau berkata kepada salah seorang eksekutifnya.

[Read more...]

Apakah Skrip Hidup Anda Dalam Bidang Penulisan?

Apabila saya bertanya kepada peserta-peserta bengkel penulisan yang saya kendalikan. Mengapakah Anda semua tidak menulis? Ramai yang memberikan seribu satu alasan hampir sama.

Antara alasan yang diberikan “Kami tidak ada pengalaman”, “Kami tidak ada bakat”, Kami tidak tahu bagaimana hendak menulis”, kami tidak itu, kami tidak ini.

Kesemua alasan dan jawapan sebegini sama sahaja sama ada pesertanya di kalangan remaja ataupun dewasa, di kalangan pelajar ataupun pensyarah, di kalangan pendidikan rendah hinggalah bertaraf profesor.

Apakah sebenarnya berlaku di sini? Adakah memang benar perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Jika kita telitikan satu persatu, alasan-alasan sebegini bukan hanya dalam berkisar persoalan penulisan sahaja. Apabila soalan yang sama ditanya mengenai mengapa tidak berniaga? Mengapa tidak menyanyi? Mengapa tidak menyertai amanah saham? Mengapa tidak  itu dan ini. Alasan seakan-akan sama akan dikeluarkan. Benarkah? Cubalah mula bertanya kepada rakan-rakan terdekat.

Saya yakin dan percaya lebih daripada 70% jawapan adalah seperti di atas.

Mengapa begini jadinya? Ini semuanya bermula daripada diri sendiri. Apakah skrip hidup yang kita tulis dalam diri kita mengenai sesuatu perkara. Skrip itu skrip menarikkah, berjayakah ataupun gagalkah? Kesemuanya diterjemahkan kepada cara kita berfikir dan bertindak. Bagaimana hendak mengenali dan keluar daripada situasi sebegini? Kita akan bincangkan dalam artikel mendatang.

Penulisan Adalah Satu Seni, Penerbitan Adalah Bisnes

DSC_0156.jpg Para pengarang selalu merasakan penulisan adalah satu kesenian. Ia adalah gabungan inspirasi dan pengetahuan yang diterjemahkan ke dalam bentuk bertulis. Apabila begitu ramai yang merasakan ia perlukan bakat semulajadi. Sesiapa yang tidak berbakat tidak mampu merasakan naluri seni itu.

Pada pandangan peribadi saya, saya bersetuju dengan pandangan penulisan sebagai seni itu. Namun begitu saya tidak bersetuju bahawa penulisan itu semata-mata bakat semulajadi. Bakat itu boleh dilatih. Ia bergantung kepada seseorang individu ingin berubah ataupun tidak.

Satu ketika dahulu, kita sendiri tidak tahu apa itu huruf A, B, C hinggalah ke Z. Kemudian kesan daripada itu kita tidak tahu menulis angka-angka tersebut. Namun begitu selepas proses pembelajaran di taman asuhan kanak-kanak ataupun di rumah, kita sudah mengenalinya. Seterusnya kita tahu mengaplikasikannya dalam menulis setiap hari.

Menulis juga begitu. Pada mulanya ramai pengarang yang tidak tahu bagaimanakah menghasilkan karya yang baik. Ramai yang mempunyai mitos-mitos dan falas-falasi pelik-pelik dalam minda masing-masing. Kemudian mereka datang ke bengkel, mengetahui teknik-teknik menulis. Bertanya-tanya dan bertukar-tukar pandangan dengan pengarang lain. Mendengar saranan mentor ataupun sifu penulisan. Kemudian berusaha menghasilkan karya pertama. Itu memang sangat susah.

Kemudian apabila karya pertama sudah keluar, kepuasan diri datang. Terus menulis karya kedua, karya ketiga dan seterusnya. Ini adalah satu keadaan yang boleh kita lihat berlaku kepada pengarang semasa. Asalnya mereka ada ketakutan, apabila sempadan ketakutan itu dipecahkan maka ia terus berlari dengan baik.

Penerbitan pula adalah bisnes. Apabila satu-satu karya sudah siap ditulis, dikirimkan kepada mana-mana penerbit. Persoalan bisnes pula diambil kira. Adakah karya ini boleh dijual ataupun tidak? Bagaimanakah untuk melakukan program pemasaran? Siapakah sasaran pembelinya? Siapakah yang ingin menjualnya? Apakah pakejnya? Kesemua ini diambil kira pula.

Jadi dalam perkara ini, pada pandangan saya. Pengarang seharusnya menggabungkan kedua-dua unsur ini dalam minda mereka. Pengarang seharusnya menjadi pengarang yang mempunyai minda ahli pemasaran. Ia bukan sahaja menulis untuk inspirasi, tetapi untuk pembacanya. Apabila pengarang mempunyai minda begini, dengan sendirinya buku yang ditulis bersesuaian dengan citarasa pembaca.

Gabungan penulisan sebagai satu seni dan penerbitan sebagai satu bisnes menghasilkan inovasi dan kreativiti. Kreatif dalam mengeluarkan idea yang segar dan berinovasi dalam menyediakan pakej bersesuaian.

Pengarang selalunya selepas mengirimkan naskhah kepada para penerbit, yang ditanya adalah bila royalti hendak dibayar. Mentaliti sebegini seharusnya diubah. Saya tertarik dengan satu email yang dikirimkan kepada saya.

Fundamental atau tujuan menulis yang meletakkan wang sebagai force, sesuatu yang amat menakutkan. Ia boleh merosakkan penulis2 yang berbakat. Kita kena tekankan soal sebenar sebab kita menulis…..Sangat bahaya cara saudara meletakkan wang sebagai faktor utama….

Betulkan balik….

Ini adalah mentaliti pengarang berfikir cara lama. Mereka merasakan kepengarangan adalah soal bakat semata-mata. Cara berfikir sebegini perlu diubah. Saya sebagai seorang pengamal penerbitan tahu bagaimana sesebuah karya itu dilayan. Apakah karenah pengarang.

Apabila sesebuah karya itu boleh dijual dengan baik lebih ramai yang dapat membelinya. Lebih ramai orang membeli lebih banyak ilmu dimanfaatkan. InsyaAllah di akhirat kelak ada bahagiannya.

Cuba kita lihat sebaliknya. Karya yang tidak dibeli dan boleh dijual, sedikit orang membelinya. Maka tidak banyak ilmu bermanfaat disebarkan atas muka bumi.

Kita fikirkanlah.

Sesiapa yang berminat untuk menghadiri program pembangunan penulis Akademi Penulis, sila lawatiwww.janawangdenganmenulis.com (KLIK DI SINI)