Akademi Penulis Sdn. Bhd.» Kolumnis

Tip Penulisan Novel 1: Bagaimana Bermula?
RAMAI penulis fikyen bermula dengan minat suka membaca genre fiksyen. Saya sendiri tidak terkecuali.

Apa sahaja yang berbentuk fiksyen atau seakan-akan fiksyen akan menjadi bahan bacaan utama saya. Tidak kisahlah sama ada cerpen, luahan hati atau sajak walaupun tidak banyak yang mampu saya fahami kerana olahan bahasanya yang kadangkala tidak terjangkau dek minda kecil saya.

Setiap kali membaca akhbar atau majalah, ruangan utama yang akan saya selak dahulu atau novel bersiri atau cerpen.  Saya baca, saya hayati, saya ketawa dan kadangkala bersedih bersama-sama watak yang dibangunkan penulis dalam karyanya.

Saya akan tersenyum andai pengakhiran kisah sama seperti yang saya mahukan. Sebaliknya saya pasti akan merungut tidak puas hati andai kesudahannya tidak seperti yang saya harapkan.

Bermula dengan minat membaca, akhirnya saya bina angan-angan mahu menulis. Terlalu banyak membaca, membuatkan saya terbawa-bawa dengan beberapa ayat dan kisah.

Saya biarkan ayat dan kisah itu berlegar-legar dalam kepala saya. Saya biarkan imaginasi saya menerawang sendiri. Siapa wataknya, apa konfliknya, bagaimana kesudahannya. Semua itu bagaikan menjadi suatu visual kasar di minda.

Seterusnya saya ‘menulis’ dalam minda. Saya menulis plot sebab akibat yang tercetus, saya menulis dialog yang terungkap antara watak-watak, saya turunkan kalimah-kalimah saya kira mampu menggugah jiwa.

Tetapi saya rasa tidak puas dengan sekadar menulis dalam minda. Saya mahu lebih puas, akhirnya saya luahkan atas kertas dengan pensel. Jadilah sebuah karya!

Saya pasti ramai yang punya kisah serupa seperti saya. Bermula dengan minat membaca, akhirnya menjadi seorang penulis fiksyen.

Saudara saudari juga boleh menulis andai punya minat membaca seperti saya. Sebabnya, membaca adalah asas kepada menulis. Bayangkan jika karya saudara saudari yang ditatap orang, indah bukan?

Bagaimana hendak mula menulis? Sertai saya dalam Bengkel Penulisan Novel pada 11 – 12 Disember akan datang.  Saya akan tunjukkan caranya!

Daftar diri secara online di http://www.penulisannovel.com

Saya Ingin Menulis Tetapi Saya Tidak Dikenali Ramai
Ramai yang ingin menulis dan melalui pelbagai pengalaman hebat apabila berada di dunia penulis bebas. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Meminati dunia penulisan tidak seharusnya tinggal minat sahaja, lebih-lebih lagi apabila ia memberi pulangan yang baik kepada diri berbanding sebelumnya.

Terdapat beberapa alasan mengapa ramai yang ingin menjadi seorang penulis rencana berakhir dengan angan-angan.

Dibandingkan kehidupan seorang penulis bebas untuk majalah dengan penulis karya-karya kreatif berbentuk novel, menulis rencana lebih mudah dan senang diurus berbanding yang kedua.

Tetapi kebanyakannya terperangkap dalam dongengan-dongengan penulis bebas yang sebenarnya merupakan penghalang untuk kita mencetuskan kelebihan diri.

Pernahkah kita mendengar alasan ini bersuara dari dalam atau disampaikan orang lain?

Alasan itu berkata, “Saya ingin menulis tetapi saya tidak dikenali ramai.”

Izinkan saya beritahu, kita tidak perlu dikenali ramai untuk menulis rencana pertama dalam hidup.

Dr James Herrio tidak menyangka catatan kisah pengalamannya sebagai seorang doktor haiwan di Yorkshire, England menjadikan seorang yang terkenal.

Apatah lagi seorang yang bernama Stephen King, beliau tidak mengetahui sama ada keputusannya untuk berhenti menjadi seorang guru untuk menumpukan perhatian dalam penulisan membawa kepada kepopularannya sehingga ke hari ini.

Sekiranya kita menyangka bahawa hasil rencana tidak akan dibaca kerana tidak ada sesiapa yang akan mengenali kita ketahuilah itulah dongengan yang tidak ada asasnya.

Dikenali atau tidak turut berlaku hatta di kalangan penulis popular sekalipun. Dengan erti kata lain, kemungkinan ini berlaku kepada sesiapa sahaja. Apa yang membuatkan seseorang itu dikenali atau sebaliknya ialah jenis khayalak pembaca yang bakal kita berhadapan kelak.

Anda tidak boleh memberikan sesuatu yang bersifat teori kepada golongan pembaca yang menggemari sesuatu yang bersifat praktikal.

Tidak mustahil untuk dikatakan bahawa pendedahan kali pertama kita sebagai seorang penulis bebas akan mendapat perhatian ramai apabila kita muncul dalam kelompok dan masa yang sesuai.

Senaraikan kepada saya sepuluh penulis popular yang kita kenali.

Sekarang saya akan tulis pada setiap nama yang popular itu, “Setiap daripada mereka tidak dikenali ketika menulis buat kali pertama.”

Apa yang mereka lalui itulah yang kita lalui. Ia cerita yang sama.

Dongengan ’saya tidak dikenali ramai’ ini akan membuat seseorang terus berada dalam dunia yang tidak akan berubah.

Melainkan tanpa minat, halangan-halangan lain adalah halangan-halangan kecil yang akan menyekat individu untuk terus berkembang dan meningkatkan potensinya.

Anda mempunyai kemampuan untuk mengubah halangan-halangan kepada peluang-peluang yang bermakna. Ingat, alasan hanya akan memberi masa untuk kita membazirkan masa yang sedia ada.

Jangan biarkan bintang yang kita ingin capai terlepas dari gengggaman. Berkomunikasi dengan minda kita dan biarkan ia mengeluarkan perancangan hebat untuk kita bermula.

Bertindaklah hari ini. Menjadi penulis rencana dan menikmati kejayaan dari rumah atau organisasi bukanlah tertakluk kepada tuah, tetapi ia adalah pilihan untuk kita mendapatkannya.

Tuan dan puan dapat menjadi suara menulis rencana itu dalam acuan sendiri. Bagaimana mendapat acuan itu, akan saya saya dedahkan strategi ini satu persatu dalam bengkel tiga hari penulisan berita dan rencana anjuran Akademi Penulis pada 29 sehingga 31 Oktober 2010 ini.

Bina pengaruh melalui penulisan rencana akhbar dan majalah hari ini!

Penulis rencana ini adalah nama yang asing dan tidak pernah dikenali ramai sehinggalah beliau menulis rencana pertama yang membawa kepada puluhan rencana dan belasan buku.

Menulis Rencana Tanpa Perlu Modal Yang Besar
Siapa sahaja kita hari ini, bekerja di bawah mana-mana sektor atau sedang menuntut di mana-mana kolej dan institut pengajian tinggi, semua orang mempunyai peluang untuk menjadi seorang penulis rencana secara bebas yang berjaya dari sudut bakatnya malah dari sudut kewangannya.

Anda mungkin telah berjaya mencapai apa yang diinginkan tetapi kita mencari sesuatu yang boleh memberi lebih banyak ruang untuk kebebasan kewangan persendirian dan keluarga.

Pada masa yang sama kita sedang mencari peluang menambah pendapatan tanpa perlu kita ke mana-mana, cukuplah sekadar di rumah.

Boleh jadi ini bukan isu wang, tetapi masa yang berbaki dalam kitaran hidup dua puluh empat jam sehari milik kita hendak dipenuhi dengan sesuatu yang berfaedah serta menguntungkan.

Sebab utama kebanyakan orang menjadi penulis bebas sebagai karier sampingan yang berjaya kerana menjadi bakat dan pengetahuan sebagai modal membina reputasi diri agar dihormati dan menjadikan ia sumber kewangan sampingan.

Banyak alasan yang muncul dalam pemikiran untuk memilih menjadi seorang penulis bebas dalam situasi yang berbeza.

Bagi seorang pelajar misalnya, sumber kewangan melalui karier sampingan ini membantu untuk menampung pengajiannya meliputi perbelanjaan harian dan simpanan.

Bagi seorang yang bekerja, hasil penulisannya membantu melunaskan bayaran-bayaran tetap bulanan tanpa menyentuh wang gajinya.

Malah ada yang melakukannya kerana hobi atau untuk meningkatkan reputasi. Tersiarnya rencana di akhbar dan majalah sama ada secara komersial atau melalui cetakan organisasi meningkatkan status penulisnya sendiri dan dilihat berbeza sama sekali.

Penulis rencana menjual kemahiran dan bakatnya. Kemampuan akal adalah sumber aset untuk menggandakan sumber kewangannya. Seorang penulis bebas melakukan perkara-perkara berikut.

Mereka menjual kemahiran, pengalamanan, pengetahuan, bakat dan latar belakang mereka yang diterjemah dalam bentuk penulisan.

Mereka tidak menjual barangan untuk syarikat lain dari pintu ke pintu untuk memperolehi sumber kewangan.

Mereka tidak menghasilkan produk-produk besar yang memerlukan ruang fizikal yang luas dan teknologi serta peralatan berkuasa tinggi yang mahal untuk menghasilkannya.

Mereka tidak memerlukan sebuah tempat khusus sebagai pejabat untuk bekerja sebagai penulis bebas. Di mana sahaja mereka berada, di situlah mereka akan bekerja.

Mereka tidak memerlukan sebarang staf tambahan untuk membantu tugas-tugas seorang penulis bebas kerana cenderung untuk bertindak sendirian. Pengurusan hidup di bawah kawalan satu individu sahaja yakni diri kita.

Mereka berkerja dengan alat-alat komunikasi yang minimum meliputi komputer, telefon, talian internet, pen dan kertas yang tidak memerlukan model yang sangat besar dan boleh dimiliki pada bila-bila masa.

Bertindaklah hari ini. Menjadi penulis rencana dan menikmati kejayaan dari rumah atau organisasi bukanlah tertakluk kepada tuah, tetapi ia adalah pilihan untuk kita mendapatkannya.

Tuan dan puan dapat menjadi suara menulis rencana itu dalam acuan sendiri. Bagaimana mendapat acuan itu, akan saya dedahkan strategi ini satu persatu dalam bengkel tiga hari penulisan berita dan rencana anjuran Akademi Penulis pada 29 hingga 31 Oktober 2010 ini.

Bina pengaruh melalui penulisan rencana akhbar dan majalah hari ini!

Menulis Rencana Mengubah Hidup Saya 360 Darjah
“Lebih banyak suara peribadi dan ruang kreativiti dalam sebuah majalah.”

- Susan Costars -

Banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan selepas saya mengambil keputusan untuk belajar dan mengadaptasi hidup sebagai seorang penulis rencana secara bebas.

Ia memberi ruang yang besar untuk lebih berinteraksi dengan orang ramai, mencipta lebih banyak peluang, memberi banyak pengajaran dan ilmu-ilmu baru untuk dihayati.

Malah ada juga yang meminta saya agar menulis sesuatu yang berkaitan dengan masalah-masalah hidup mereka sebagai cara ia didengari dan diberi perhatian.

Mereka yang menghantar emel menyatakan masalah mereka rasa berbesar hati dan cukup dihargai apabila emel mereka dibaca dan dibalas oleh saya.

Kepada mereka ia adalah satu penghargaan dari seseorang yang hanya dikenali melalui baris-baris huruf dari majalah yang mereka baca setiap bulan.

Tidak kurang juga para remaja yang masih menuntut di kolej dan universiti ingin mempelajari kaedah untuk menulis secara bebas tanpa menjejaskan pembelajaran mereka kerana kekurangan sumber kewangan ketika belajar.

Kritikan dan cadangan juga adalah sesuatu yang biasa diterima oleh mereka yang membaca penulisan saya agar ia dapat ditingkatkan kualitinya. Hari ini melalui laman web yang diwujudkan sejak lima tahun lalu, pelbagai respon terus diberikan oleh mereka yang membaca siri penulisan yang dihasilkan.

Mungkin janggal untuk mengetahui ada kanak-kanak yang usianya kurang dari 12 tahun termasuk dalam senarai penulis-penulis yang berjaya dalam sejarah hari ini.

Siapa sangka dan siapa percaya sehinggalah mereka akhirnya membuktikannya. Hari ini kita boleh memulakannya sama sebagaimana saya memulakan dunia penulisan secara bebas khususnya sebagai mengisi masa kita membantu mengembangkan bakat dan potensi kewangan kita.

Mungkin ia menjadi sebab kita meninggalkan legasi yang akan disebut oleh anak-anak dan cucu kita apabila mereka bangga melihat simpanan catatan kita yang tersiar.

Apa yang kita ketahui selepas ini adalah himpunan pendekatan-pendekatan dan kaedah yang dikutip dari pengalaman mereka yang telah menjadikan penulisan bebas di majalah sebagai sumber pendapatan dalam hidup mereka serta melalui beberapa panduan berguna yang dikongsi dari pelbagai sumber ilmu yang disusun untuk kegunaan ramai.

Harinya akan tiba apabila kita berdiri bersama penulis-penulis hebat dahulu dan kini.

Jangan sekali-kali lupa, mereka tidak dikenali sesiapa pada satu ketika. Jika mereka boleh melakukannya, mengapa tidak kita.

Bertindaklah hari ini. Menjadi penulis rencana dan menikmati kejayaan dari rumah atau organisasi bukanlah tertakluk kepada tuah, tetapi ia adalah pilihan untuk kita mendapatkannya.

Tuan dan puan dapat menjadi suara menulis rencana itu dalam acuan sendiri. Bagaimana mendapat acuan itu, akan saya dedahkan strategi ini satu persatu dalam bengkel tiga hari penulisan berita dan rencana anjuran Akademi Penulis pada 29 sehingga 31 Oktober 2010 ini.

Bina pengaruh melalui penulisan rencana akhbar dan majalah hari ini!

Menjadikan Masalah Harian Sebagai Lubuk Emas Penulisan Rencana
Anda sering mendengar cerita-cerita menarik dari seorang rakan yang bertugas di jabatan percukaian dan mendengar pelbagai masalah yang berlaku melibatkan pelanggan-pelanggan yang berurusan.

Pelbagai keluhan dan rungutan baik dari rakan kita yang berkhidmat begitu juga di pihak pelanggan keadaan yang sama berlaku. Jangan mendengar sahaja, ambil pen dan kertas sekarang!

Rakan-rakan kita dari pelbagai sektor baik dalam jabatan polis dan tentera, pendidikan, perkhidmatan kesihatan adalah mereka yang dapat membantu kita menghasilkan artikel-artikel yang akan membantu pembaca.

Berbincanglah dengan mereka dengan cadangan kita untuk menulisnya, dapatkan kerjasama mereka. Mereka akan gembira membantu kita kerana kita mendengar cerita mereka. Keadaan-keadaan berikut mungkin membantu kita mengenalpasti rakan-rakan sedemikian.

Adakah kita mempunyai saudara mara atau sahabat yang bekerja dengan di hospital baik sebagai doktor, pembantu perubatan, pegawai farmasi atau seorang jururawat?

Apakah perkara yang menarik perlu diketahui oleh pembaca-pembaca tentang prosedur dan gaya kerja dalam bidang tersebut?

Mungkin terdapat beberapa perkara terkini yang perlu diketahui oleh mereka dalam perkhidmatan ini. Majalah-majalah kesihatan dan perubatan memerlukan idea-idea ini untuk penerbitan mereka.

Adakah kita mempunyai rakan-rakan yang berkhidmat dalam bidang pendidikan berasaskan teknologi maklumat (IT)?

Mungkin mereka sedang menghasilkan satu teknologi baru untuk pendidikan jarak jauh bagi institusi pendidikan tinggi. Majalah-majalah pendidikan dan teknologi memerlukan bahan-bahan seperti ini bagi keluaran bulan hadapan.

Adakah kita mempunyai rakan-rakan di kalangan petani dan peladang moden atau yang sedang berkhidmat di jabatan pertanian negeri.

Mungkin mereka mempunyai cerita-cerita menarik untuk kita yang akan menarik perhatian pembaca untuk mengetahui bidang ini. Terdapat skim dan bantuan pendidikan untuk mereka yang ingin berkhidmat di bawah jabatan tersebut.

Mungkin terdapat kisah-kisah yang melibatkan kerjasama dengan institut-institut luar negara yang masih belum diketahui. Majalah keusahawanan, pertanian dan pendidikan memerlukan cerita ini.

Mekanik di kawasan kita sering bercerita tentang tahap kesedaran yang rendah pemilik kereta terhadap kenderaannya.

Pada masa yang sama beliau menceritakan bagaimana mekanik-mekanik yang tidak jujur mengenakan harga yang tinggi dan baik pulih yang tidak diperlukan tanpa diketahui oleh pelanggan.

Sehinggakan perkara mudah seperti memeriksa minyak hitam dan air bateri juga diserahkan kepada pembantu stesyen minyak setiap pagi sebelum ke tempat kerja.

Ambil kamera dan ambil gambar bahagian enjin yang perlu diketahui dan diperiksa secara kerap. Susun panduan yang diberikan olehnya dan kirimkan bersama gambar kepada majalah-majalah automotif atau mencadangkan kepada majalah tertentu untuk diwujudkan ruangan satu halaman untuk isu tersebut.

Sahabat kita seorang pegawai di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Aduan-aduan pelajar yang tidak mendapat pekerjaan dengan alasan universiti-universiti yang dimasuki tidak diiktiraf Malaysia atau pun jawapan permohonan skim pinjaman dan biasiswa yang lewat. Perkara yang sama terpaksa diulang-ulangnya kepada setiap pelajar dan ibu bapa yang datang bertanya.

Peranan kita menjadi wakilnya, hasilkan sebuah artikel dan majalah-majalah pendidikan memerlukannya.

Cuba belek akhbar dan majalah, saya yakin kita akan mendengar suara-suara yang menceritakan masalah dalam bentuk rencana yang menarik. Itu dapat menjadi panduan kita menulis rencana seumpama itu.

Kenalpasti masalah dan ketahui majalah atau akhbar mana yang mahukan rencana seperti itu.

Tuan dan puan dapat menjadi suara menulis rencana itu dalam acuan sendiri. Bagaimana mendapat acuan itu, akan saya dedahkan strategi ini satu persatu dalam bengkel tiga hari penulisan berita dan rencana anjuran Akademi Penulis pada 29 sehingga 31 Oktober 2010 ini.

Bina pengaruh melalui penulisan rencana akhbar dan majalah hari ini!

Betapa Mudah Menjadi Penulis Rencana kepada Si Pakar
Saya tidak tahu menulis kerana saya tidak ada idea.

Saya kurang pengalaman untuk menulis bidang yang saya tahu.

Pernahkah saudara mendengar ayat ini? Tidak ada idea dan tidak ada pengalaman yang lama dalam sesuatu bidang untuk menulis.

Jika demikian, jadilah penulis kepada si pakar.

Itulah yang dilakukan oleh para wartawan akhbar dan majalah apabila menulis sesuatu rencana. Mereka menulis kepakaran orang lain atas nama mereka sendiri. Seorang wartawan tidak perlu menjadi seorang pakar ekonomi bagi menulis rencana ekonomi, beliau perlu menguasai kefahaman asas dan mendapatkan autoriti yang mengesahkan fakta yang ditulis.

Izinkan saya bercerita mengenai Lea Beadling, seorang penulis bebas yang menulis rencana mengenai dunia perubatan, sedangkan beliau bukan seorang pakar!

Lee Beadling merupakan seorang penulis bebas yang tersohor di Amerika Syarikat. Salah satu artikelnya yang menarik perhatian pembaca bertajuk ‘Man With The Baby’.

Kisahnya sungguh unik yang menggambarkan bagaimana beliau menjadi seorang penulis bebas yang dikenali pakar dalam bidang kesihatan dan perubatan, khususnya dalam bidang ortopedik.

Tetapi beliau bukanlah seorang doktor dan tiada apa-apa kelulusan daripada mana-mana institusi perubatan dunia yang mengesahkan kelayakannya.

Apabila beliau menamatkan pengajiannya di kolej, beliau bekerja sebagai penulis staf di sebuah majalah, Orthopedics Today. Dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang tersebut dan pada masa yang sama tidak meminatinya.

Beadling tetap mahu menulis, ketika itu beliau sudah berumah tangga dan baru bergelar ayah, jadi dia memerlukan pekerjaan. Dia mempelajari ilmu ortopedik dengan menghadiri konferens, mendengar ucapan-ucapan mereka, membaca kertas kerja mereka, menyoal mereka dan merujuk kepada bahan bacaan lain seperti kamus perubatan Dorland.

Dia menulis lapan jam sehari, lima hari seminggu dikhususkan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang kajian terbaru dan perubatan serta mencari berita-berita dari sumber kerajaan dan agensi lain yang berkaitan dengan bidang ortopedik.

Hari ini sebagaimana digambarkannya, “Saya dikenali dan dihormati oleh mereka dan ada yang meminta saya menuliskan ucapan untuk mereka.”

Beadling berhenti dan menjadi penulis bebas bukan sahaja untuk majalah Orthopedics Today, pada masa yang sama terdapat badan-badan berkaitan memintanya menulis tentang bidang tersebut bagi tujuan kenyataan akhbar.

Saya pernah menjadi Lee Beadling dalam acuan Malaysia. Sebagai penulis bebas, saya menemuramah individu dan mendapatkan bahan berautoriti dalam penulisan rencana.

Saya menjadi Lea Beadling dalam satu bidang yang bukan kemahiran saya. Tetapi penulisan itu tidak mustahil jika tahu caranya. Para pembaca berpuas hati kerana ia adalah maklumat baru yang bermanfaat kepada mereka. Malah mereka memintanya lagi dan lagi.

Anda juga boleh jadi begitu, semuanya bermula dari dalam diri.

Nukilan:

Zamri Mohamad

Jurulatih Kanan Akademi Penulis

Salah Laluan Ataupun Salah Produk?
Sepanjang PBAKL 2008, antara isu yang paling hangat diperkatakan di kalangan pempamer adalah nasib pempamer di Dewan Tun Razak 2. Setiap hari sejak bermulanya PBAKL 2008, ada sahaja keluhan para pempamer di sana yang mengatakan dewan agak lengang berbanding dengan ruang pameran yang lain seperti di Dewan Tun Razak 3, 4 dan Ruang Legar Putra PWTC.

Isu ini hingga membawa kepada keluarnya satu petisyen daripada para pempamer TR2 kepada pihak JK pengelola PBAKL. Ada juga pempamer dari TR2 menyerang para JK tertinggi pengelola PBAKL. Semua ini berlaku di hadapan mata saya sendiri. Pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar dikeluarkan oleh mereka.

Antara alasan yang diberikan oleh mereka adalah ramai pengunjung tidak mahu ke sana kerana keletihan apabila sudah memasuki TR3, TR4 dan Legar Putra. Namun begitu peliknya, ia tidak berlaku kepada PTS. Jualan di gerai PTS walaupun berada di TR2 amat baik. Catatan hari biasa (tidak cuti) boleh mencecah jualan RM10 ribu ke RM20 ribu sehari. Catatan paling tinggi adalah pada hujung minggu hingga melebihi RM70 ribu. Gerai PTS tidak pernah lengang ada sahaja pengunjung yang mengerumuni buku-buku terbitannya.

Saya yang berada di kaunter sekretariat PBAKL 2008 (saya adalah JK pengelola PBAKL 2008) seringkali mendapat pertanyaan di manakah gerai PTS? Ruang mana? Kami memang mencari PTS dan banyak lagi pertnyataan lain.

Benarkah isu laluan? Ataupun isu produk? Berdasarkan pemerhatian dan penelitian saya, ada beberapa faktor yang membawa kepada jawapan persoalan ini. Saya boleh simpulkan faktor utama menyumbang kepada perkara ini adalah :

a) Masalah Laluan

Ini tidak boleh dinafikan, kedudukan TR2 yang berada di seberang sungai agak jauh kepada pengunjung biasa. Saya definisikan pengunjung biasa sebagai pengunjung yang datang untuk melihat-lihat atau dalam istilah biasa membeli belah jendela (window shopping, ini terjemahan biasa saya jumpa dalam buku-buku terjemahan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk menterjemahkan buku dari luar. Antara terjemahan yang menggelakkan saya beberapa hari adalah cash cow diterjemah kepada lembu tunai).

Ini boleh dilihat apabila pihak saya perlu mengendalikan pertukaran aliran laluan daripada mula daripada TR3 kepada TR2. Banyak rungutan dan keluhan didengari. Duta-duta PBAKL yang  berada di bawah arahan saya sering dimaki pengunjung terutamanya apabila kami memaksa pengunjung ke TR2 terlebih dahulu.

Para pencinta buku tidak mempunyai masalah ini. Mereka lebih teruja dan bersemangat walaupun TR2 ini agak jauh. Berpusu-pusu mereka ini ke sana.

b) Faktor Produk & Jenama

Kajian kes yang saya ambil adalah PTS. Walaupun PTS berada jauh di TR2, para peminat buku tetap ke sana kerana ingin memperoleh produk terbitan PTS. Ini mungkin kerana jenama PTS amat sinonim dengan produk menarik, pelbagai dan memenuhi citarasa pembaca. PTS tidak bermasalah dalam menghadapi situasi ini.

Berbeza dengan para penggerai lain, gerai PTS tidak pernah sunyi daripada kunjungan masyarakat. Gerai-gerai di tepinya sunyi tanpa pengunjung. Ada yang saya dengar jualan hariannya hanya sekitar RM100 sehari sahaja.

Saya berkesempatan bersembang dengan Pak A. Samad Said, Sasterawan Negara & Saudara Helmi Samad, Pengarah Urusan Penerbit Wira Bukit yang menerbitkan karya Pak Samad. Jualan di gerai mereka amat baik. Ada beberapa judul di gerai mereka habis stok. Ini satu perkara yang amat baik walaupun gerai mereka turut berada di TR2.

c) Promosi & Publisiti

Pempamer yang mempunyai usaha untuk mempromosi produk mereka mendapat perhatian yang lebih. Ada pempamer membawa penulis terbaik mereka, selebriti pelaris dan banyak lagi bagi menarik pelanggan dan pengunjung ke gerai mereka. PTS tidak pernah lekang daripada menganjurkan sesi bersama pengarang setiap hari. Para pengarangnya memberikan komitmen sepenuhnya untuk berada di gerai bagi bersama-sama dengan PTS dalam mempromosikan produk buku mereka.

Pak A.Samad Said juga tidak pernah tidak berada di gerai Wira Bukit setiap hari. Ia menjadi tarikan kepada pembeli untuk membeli seterusnya mendapatkan tandantangan beliau.

Para pempamer di TR2 yang mempunyai nilai ini, jualannya lebih baik daripada yang lain.

Satu analisis mudah daripada pemerhati PBAKL 2008. Mungkin lepas ini ada lagi analisis daripada PBAKL 2008.

NOTA : Gambar di atas daripada motivasimindamu.blogspot.com. Foto di bawah adalah koleksi PTS

Bagaimana Hendak Mengantarabangsakan Buku Tulisan Kita
Ramai yang bercita-cita besar untuk menjadikan buku mereka dibaca oleh masyarakat seluruh dunia. Pelbagai tanggapan dan kaedah dibuat bagi mencapai cita-cita ini. Cara yang paling mudah difikirkan adalah dengan menerbitkan karya mereka dalam bahasa Inggeris. Pada pandangan mereka apabila buku mereka ditulis dalam bahasa Inggeris dengan sendirinya ia ada peluang boleh memasuki pasaran luar. Mungkin betul dan mungkin salah.

Pihak PTS tidak berpengalaman dalam menerbitkan karya dalam bahasa Inggeris jadi untuk memberikan komen mengenai perkara ini tidak adil. Namun begitu PTS ada cara lain dalam mengantarabangsakan buku-buku PTS. Caranya melesen hak menerbit dan menterjemah karya PTS dalam bahasa lain. Ini yang PTS sudah mulakan sejak 2 tahun ini.

Bagi yang pernah membaca artikel saya yang sebelum ini tentu sudah tahu mengenai perkara ini. Sebanyak 45 judul buku sudah dilesen oleh penerbit Indonesia bagi diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Apabila diterjemahkan kepada bahasa lain, lebih mudah buku karya kita memasuki ruang pasaran luar. Rekod jualan tertinggi buku PTS yang diterjemahkan ke dalam bahasa lain adalah buku RAHSIA BISNES CINA. Versi Indonesianya sudah terjual melebihi 30,000 naskhah dalam masa kurang daripada 2 bulan. Hebat bukan?

Kaedah melesen hak ini pada pandangan PTS adalah cara terbaik disebabkan beberapa perkara :

Kosnya rendah. Kita tidak perlu menguruskan edarannya ke luar negara kerana sudah diuruskan oleh penerbit yang menterjemahkan karya. Kosnya hanyalah kos pamplet, katalog dan menghantar wakil sahaja.

Kerjasama global. Apabila begini, kita mewujudkan kerjasama antara negara yang erat dan harmoni. Membuka lebih banyak peluang lain di kemudian hari.

Pada ketika Anda membaca artikel ini, saya sudah berada di Indonesia menemui penerbit-penerbit di sana bagi tujuan di atas. Sebab itu pada pandangan saya, bagi seseorang penulis. Ia perlu menambah satu lagi kriteria pemilihan penerbit iaitu penerbit yang mempunyai rangkaian jaringan luas di luar negara. Ia membolehkan karya pengarang menembusi pasaran luar dengan lebih mudah. InsyaAllah dalam masa terdekat pihak PTS dapat menembusi pasaran negara ASEAN lain pula.

InsyaAllah saya akan kongsikan  apa hasil lawatan kerja di Jakarta buat anda semua. Tunggu….!