RAMAI penulis fikyen bermula dengan minat suka membaca genre fiksyen. Saya sendiri tidak terkecuali.
Apa sahaja yang berbentuk fiksyen atau seakan-akan fiksyen akan menjadi bahan bacaan utama saya. Tidak kisahlah sama ada cerpen, luahan hati atau sajak walaupun tidak banyak yang mampu saya fahami kerana olahan bahasanya yang kadangkala tidak terjangkau dek minda kecil saya.
Setiap kali membaca akhbar atau majalah, ruangan utama yang akan saya selak dahulu atau novel bersiri atau cerpen. Saya baca, saya hayati, saya ketawa dan kadangkala bersedih bersama-sama watak yang dibangunkan penulis dalam karyanya.
Saya akan tersenyum andai pengakhiran kisah sama seperti yang saya mahukan. Sebaliknya saya pasti akan merungut tidak puas hati andai kesudahannya tidak seperti yang saya harapkan.
Bermula dengan minat membaca, akhirnya saya bina angan-angan mahu menulis. Terlalu banyak membaca, membuatkan saya terbawa-bawa dengan beberapa ayat dan kisah.
Saya biarkan ayat dan kisah itu berlegar-legar dalam kepala saya. Saya biarkan imaginasi saya menerawang sendiri. Siapa wataknya, apa konfliknya, bagaimana kesudahannya. Semua itu bagaikan menjadi suatu visual kasar di minda.
Seterusnya saya ‘menulis’ dalam minda. Saya menulis plot sebab akibat yang tercetus, saya menulis dialog yang terungkap antara watak-watak, saya turunkan kalimah-kalimah saya kira mampu menggugah jiwa.
Tetapi saya rasa tidak puas dengan sekadar menulis dalam minda. Saya mahu lebih puas, akhirnya saya luahkan atas kertas dengan pensel. Jadilah sebuah karya!
Saya pasti ramai yang punya kisah serupa seperti saya. Bermula dengan minat membaca, akhirnya menjadi seorang penulis fiksyen.
Saudara saudari juga boleh menulis andai punya minat membaca seperti saya. Sebabnya, membaca adalah asas kepada menulis. Bayangkan jika karya saudara saudari yang ditatap orang, indah bukan?
Bagaimana hendak mula menulis? Sertai saya dalam Bengkel Penulisan Novel pada 11 – 12 Disember akan datang. Saya akan tunjukkan caranya!
Daftar diri secara online di http://www.penulisannovel.com

