Testimonial Peserta : Coach Sha

Dipetik dari blog Coach Sha (Klik Di Sini)

dsc01076

Coach Sha

Assalamu’alaikum wrt wbh.

Sorry for not updating the blog. Been busy-busy bumblebee.

Our latest project (Umi Sha & Abi Ridz) is completing a proposal for writing a bestseller. Have always wanted to see my own book in every bookstore I hop in. Niat sudah lama dipasang. Disusuli dengan tindakan pertama. Belajar dari orang yang berilmu dalam bidang tulis dan terbit buku.

I registered myself (the last one to sign up) for a one-day seminar on writing – Seminar Jana Wang dengan Menulis. This is what I call ‘rezeki’ from Allah..Ya Waasi’, Ya Ghaniy, Ya Baasit. Allah blessed me with the ‘thought’ to visit Tuan Fauzul Naim’s website.

That’s how I found out about this mind-opening seminar!

My say: What an inspiration! Takbir!! This guy really knows his stuff (tabik spring Tuan Fauzul!).

Baca seterusnya…..

Testimonial Peserta : En. Helmi Shuhaimi

Dipetik daripada Blog En. Helmi Shuhaimi, peserta Seminar Jana Wang Dengan Menulis 1

Alhamdulillah..

Semalam 17 Januari 2009 bertempat di Hotel Vistana penulis telah menghadiri Program PENULIS SUPER : Seminar Jana Wang Dengan Menulis anjuran Fauzul Na’im Sdn Bhd.

Keseluruhannya, penulis amat berpuas hati 150% dan sangat bersyukur kerana berpeluang dan diizinkan Allah untuk menghadiri program seumpama ini. Ia memberi pelbagai ilmu baru dalam bidang penulisan juga penerbitan.

helmishuhaimi

En. Mohd Helmi Md Shuhaimi

Tarikan cara ceramah dan input daripada En. Fauzul Na’im Ishak amat menarik dan menghiburkan. Pelbai info yang membuka mata dan membuatkan penulis lebih bersemangat untuk terus berada di dalam bidang penulisan dan juga penerbitan.

Penulis sememangnya amat berterima kasih kepada En. Fauzul Na’im Ishak kerana memberikan sinar yang InsyaAllah cerah kepada penulis untuk menjadi ‘Penulis SUPER’. Berusaha dan berusaha untuk menjadi yang terbaik adalah impian penulis. Penulis telah berjanji kepada diri sendiri untuk menghasilkan karya tersendiri serta menerbitkan karya pihak lain.

Tarikan cara ceramah dan input daripada En. Fauzul Na’im Ishak amat menarik dan menghiburkan. Pelbagai info yang membuka mata dan membuatkan penulis lebih bersemangat untuk terus berada di dalam bidang penulisan dan juga penerbitan.

8 Modul sememangnya sangat baik tetapi penulis tetap merasa tidak cukup untuk mencari ilmu yang lebih banyak. Pada 21 dan 22 Februari 2009 sekali lagi penulis akan menyertai Program Penulis SUPER yang mana ia mengajar untuk menjadi Penulis BESTSELLER.

Sebagai penghargaan kepada semua, penulis akan memberikan antara input menarik persembahan darpada En. Fauzul Na’im.

Baca selanjutnya (KLIK DI SINI)

Testimonial Peserta : En. Hapiz Rajali

Dipetik daripada Blog En. Hapiz Rajali, peserta Seminar Jana Wang Dengan Menulis Pertama

Saya baru je balik dari menyertai satu seminar iaitu Seminar Jana Wang dengan Menulis yang dianjurkan oleh syarikat Fauzul Na`im Sdn Bhd yang dianjurkan sendiri oleh pengarahnya sendiri iaitu En. Fauzul Naim Ishak dan beliau juga adalah Pengurus Besar penerbitan kumpulan di syarikat PTS.

hapizrajali

En. Hapiz Rajali, peguam berkaliber

Salah satu daripada kata-kata En. Fauzul yang saya tetap akan ingat dan membuatkan saya menyahut cabaran beliau untuk menghasilkan sebuah buku selepas ini yang mengatakan menulis buku boleh diumpamakan sebagai satu jihad sepertimana yang telah lama dibuat oleh para ilmuwan Islam pada masa dahulu seperti Imam Al-Ghazali contohnya, kerana dengan adanya buku itulah ilmu penulisnya akan berkembang dan disebarkan kepada orang lain. Ini juga selari dengan maksud sebuah Hadis yang sering kita dengar dan ketahui iaitu salah satu daripada 3 perkara yang akan mengikut orang yang telah mati adalah ilmu yang memberikan manfaat kepada orang lain. Jadi dengan adanya buku, ilmu si penulis itu dapat diwariskan dan digunakan oleh orang lain.

Baca selanjutnya (KLIK DI SINI)

Lagi Ulasan En. Zakaria Sungib Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Tempoh Hari

Dipetik dari blog Zakaria Sungib

Berbalik kepada persoalan memilih subjek yang hendak ditulis, saya mendapat jawapannya apabila bertemu dengan Tuan Fauzul Naim Ishak beberapa hari lalu. Saya ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghadiri satu bengkel penulisan selama tiga hari. Tidak sangka pula Tuan Fauzul Naim yang mengendalikan bengkel itu dari awal sampai akhir.

Latar belakang beliau adalah dalam bidang kejuruteraan tetapi ditakdirkan yang beliau lebih berjaya menjuruterai dan mementori penulis sepanjang lapan tahun menceburi dunia penerbitan buku. Di bawah bimbingan beliau selaku editor dan pengurus penerbitan, lahir ramai penulis termasuk penulis-penulis ‘bestseller’.

Beliau mengajak para peserta bengkelnya melakukan ‘self discovery’. Mencari kekuatan diri. Dari situ nanti seseorang itu akan tahu kekuatan sebenarnya dan mengetahui apakah ‘ada buku’ dalam dirinya. Apa subjek penulisan yang sesuai untuknya dan mampukah dia menulis tentang subjek itu.

Saudara boleh membaca artikel sepenuhnya di blog beliau (KLIK DI SINI)

Berminat menyertai bengkel kendalian Akademi Penulis? Sila lawati www.janawangdenganmenulis.com (KLIK DI SINI)

Ulasan Menarik En. Zakaria Sungib, Editor Kanan Galeri Ilmu Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen

“Kenapa kita mengadakan bengkel ini? Kerana kita hendak melahirkan ramai pengarang. Dengan lahirnya ramai pengarang, kita hendak lahirkan banyak buku. Apabila sudah ada banyak buku, barulah industri penerbitan buku di Malaysia benar-benar layak dipanggil ‘industri’,” 

kata Encik Fauzul Na’im yang mempunyai pengalaman lapan tahun sebagai editor dan penerbit buku. Beliau berjaya melahirkan barisan penulis-penulis buku ‘best-seller’ melalui PTS Millennia Sdn Bhd yang diterajuinya.

Beliau mengajak para peserta melihat penulisan buku sebagai bisnes, bukan sekadar seni. “Jangan tengok buku sebagai seni saja.”

Rujuk laman blog Galeri Ilmu untuk artikel sepenuhnya (KLIK DI SINI)

Bagi sesiapa yang berminat hendak mengikuti bengkel dan seminar yang dikendalikan oleh pihak Akademi Penulis, boleh lawati http://www.janawangdenganmenulis.com

Jawapan Kepada Abdul Malek : Adakah Tesis Ph.D. ataupun Master Boleh Diterbitkan

Saya tertarikh hendak berkongsi beberapa maklumat mengenai penerbitan buku berasaskan tesis. Ada soalan di chat box bertanyakan sama ada tesis Ph.D. atau Master boleh diterbitkan dan sudah diterbitkan.

Jawapannya YA dan TIDAK.

YA tesis Ph.D. atau Master boleh diterbitkan. Ia adalah khazanah ilmu yang cukup berharga. Hasil kajian bertahun-tahun dari para pakar ini seharusnya diterbitkan bagi manfaat umum.

TIDAK boleh diterbitkan dalam keadaan asal. Ia harus diolah semula dalam bentuk baru, bentuk yang lebih memberikan manfaat kepada semua. Dalam tesis, bab pertama yang berkaitan metodologi dan teorinya itu tidak memberikan makna kepada para pembaca. Bab-bab lain itu diambil dan diolah semula dalam bentuk yang lebih mesra pembaca.

Bagaimana? Isi utama diambil dari setiap tesis dan diterjemahkan ke dalam bahasa orang awam. Segala terma saintifik yang canggih dan sukar difahami dipermudahkan bagi pemahaman umum.

Saya melihat dan berjumpa dengan banyak tesis di barat yang sudah diterbitkan dalam bentuk buku dengan olahan baru. Ada di antaranya sudah menjadi bestseller di sana. Saya yakin dan percaya hasil kajian orang Malaysia setaraf dengan mereka. Malahan ada yang lebih dari itu. Berjumpa dengan penerbit ataupun hadiri bengkel-bengkel penulisan yang ada bagi mengetahui lanjut mengenai perkara ini.

InsyaAllah ada program pembangunan penulis yang bakal dilancarkan dalam oktober 2008. Ia pasti memberikan input terbaik buat Tuan Puan semua. Nantikan kehadirannya dan sentiasalah melawati laman ini bagi maklumat terbaru.