Majalah Potensi Menjadi Rakan Media Akademi Penulis

Pada 28 Ogos 2010 pihak Akademi Penulis mendapat kunjungan rasmi daripada Majalah Potensi. Majalah Potensi adalah sebuah majalah yang menfokuskan kepada dunia bisnes dan pembangunan diri. Ia memberikan pelbagai info dan maklumat yang berkualiti dan sesuai dibaca mereka yang berminat mengetahui rahsia kejayaan usahawan, pakar bidang, orang perseorangan dalam membentuk diri sendiri.

Dari kiri: Tuan Zamri Mohamad, Puan Salno dan Tuan Fauzul Na'im

Rombongan diketuai oleh Puan Salno Abdullah, Timbalan Ketua Pengarang Majalah Potensi berserta dua krew. Akademi Penulis diwakili Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis, Puan Nurulhilyati Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Fauzul Na’im dan jurulatih kanan Akademi Penulis, Tuan Zamri Mohamad. Perbincangan dua hala di antara kedua-dua pihak menghasilkan  kerjasama strategik. Majalah Potensi akan menjadi rakan media untuk Akademi Penulis. Akademi Penulis akan menjadi antara penyumbang utama artikel berkualiti untuk Majalah Potensi. Artikel ini datang daripada para jurulatih dan para ALUMNI Akademi Penulis.


Di samping itu juga Akademi Penulis akan mengedarkan Majalah Potensi kepada semua peserta yang hadir di dalam mana-mana program anjuran Akademi Penulis. Ini diberikan sebagai salah satu bahan sampingan di dalam beg peserta. Artikel pertama sumbangan Akademi Penulis diterbitkan dalam Majalah Potensi edisi September 2010. Dapatkannya di pasaran.

Mini Seminar Jana Wang Dengan Menulis Julung-julung Kali Diadakan Dalam Bulan Ramadhan

Mini Seminar Jana Wang Dengan Menulis 1/2010 adalah mini seminar pertama dianjurkan oleh Akademi Penulis Sdn. Bhd. Yang lebih menarik ia juga adalah program pertama anjuran Akademi Penulis diadakan selama separuh hari dan julung-julung kali diadakan dalam bulan Ramadhan. 3 keistimewaan dalam sebuah program. Ia diadakan pada 28 Ogos 2010 dan dihadiri oleh 18 orang peserta daripada seluruh pelosok negara.

3 elemen penting yang disampaikan oleh jurulatih utama Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak adalah kepercayaan negatif masyarakat Malaysia terhadap dunia penulisan, bagaimana memilih bidang penulisan dan dari mana datangnya wang dalam menulis. Ini membuka mata kesemua peserta mengenai dunia penulisan dan penerbitan buku Malaysia. Bengkel seterusnya adalah Bengkel Fast Track Penulisan Popular yang akan diadakan pada 2 Oktober 2010.

Mini Seminar Jana Wang Dengan Menulis 28 Ogos 2010, Pengenalan Kepada Dunia Penulisan

Mini Seminar Jana Wang Dengan Menulis 1/2010 buat julung-julung kalinya bakal diadakan pada 28 Ogos 2010. Yang menariknya inilah program pertama Akademi Penulis yang diadakan di tengah-tengah kemeriahan kita berpuasa Ramadhan. Suatu program yang sudah dirancang untuk mengisi bulan mulia ini.

Mini seminar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada orang awam mengenai dunia penulisan. Masyarakat sering dimomok-momokkan dengan pelbagai perkara yang negatif mengenai dunia penulisan. Buat apa mahu menulis, orang Malaysia tidak membaca. Buat apa mahu menulis, tulis buku tidak boleh menjana pendapatan. Buat apa mahu menulis, buku sekarang sukar hendak dijual. Ini antara pernyataan negatif yang memberikan gambaran buruk mengenai dunia penulisan.

Namun begitu realiti sebenarnya tidak begitu. Inisiatif Akademi Penulis mengadakan mini seminar bagi memberikan pandangan dan persepsi baru mengenai dunia penulisan. Persepsi yang bakal mengubah hidup para penulis dan bakal penulis. Hasil daripada itu diharapkan dapat menjadikan dunia penulisan suatu dunia harmoni dengan wujudnya lebih banyak karya diterbitkan dalam pasaran.

3 modul bakal dibentangkan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak , jurulatih utama Akademi Penulis. Boleh rujuk ke ruangan Program Pembangunan Penulis dibahagian atas laman web ini untuk mendapatkan perinciannya. 3 modul yang bakal mengubah diri semua peserta yang hadir.

Yang lebih menarik, dalam masa kurang daripada 4 hari pelancaran pendaftarannya seramai 16 orang sudah mendaftar diri dan hanya tingga 12 tempat sahaja lagi. Yuran program kali ini adalah yang termurah dalam sejarah Akademi Penulis. Hanya RM100 sahaja. Bagi yang berminat untuk hadir boleh mendaftar secara online di www.tinyurl.com/miniseminar28ogos.

Bertindak sekarang sebelum tempat penuh. Mini seminar akan diadakan di BilikTraining.Com. Ia bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Ruang Latihan Pusat Latihan Akademi Penulis Dibuka Untuk Disewa

Pusat Latihan Akademi Penulis ataupun dikenali sebagai BilikTraining.Com mula dibuka dan digunakan untuk tujuan penganjuran bengkel-bengkel kendalian Akademi Penulis 1 Julai 2010. Bengkel pertama diadakan di sana adalah Bengkel Penulis Super 2/2010.  Bengkel ini dihadiri oleh 15 orang peserta dari seluruh pelosok Malaysia hingga ke Singapura. Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya daripada urusan tempat, pendaftaran, peralatan, tempat hinggalah ke urusan katering. Ini satu kejayaan buat Akademi Penulis.

Berdasarkan pengalaman inilah Akademi Penulis membuat keputusan untuk membuka ruang latihan ini kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengadakan dan menganjurkan program latihan dan motivasi di PULAPEN. Pihak PULAPEN menawarkan pakej lengkap ruang latihan. Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk di laman web khas www.biliktraining.com

Bengkel Penulis Super 2/2010 Berakhir, Satu Lagi Bengkel Serupa 6 Hingga 8 Ogos 2010

Bengkel Penulis Super 2/2010 melabuhkan tirainya pada petang tadi jam 5.30 petang. Alhamdulillah bengkel 3 hari 2 malam ini berjaya melahirkan 15 buah proposal penulisan yang bermutu tingkat. Berdasarkan maklum balas Tuan Fauzul Na’im Ishak, beliau yakin dan percaya proposal-proposal penulisan yang disiapkan oleh para peserta bengkel ini 90 peratus berpotensi diterbitkan.

Atas permintaan yang menggalakkan terhadap Bengkel Penulis Super ini, ini berdasarkan maklum balas bakal peserta yang tidak dapat datang dalam bengkel minggu ini. Sekali lagi Akademi Penulis mengumumkan bahawa Bengkel Penulis Super 3/2010 akan diadakan pada minggu hadapan 6 hingga 8 Ogos 2010 bertempat di Pusat Latihan Akademi Penulis. Ia hanya terhad kepada 16 orang peserta sahaja. Ini adalah juga bengkel terakhir seumpamanya sebelum bulan Ramadhan Almubarak.

Sesiapa yang berminat boleh terus menghubungi saudara Qahhar di talian 0136288614 ataupun pejabat 0341492560 ataupun mendaftar secara online di www.penulissuper.com. Ada yang sudah mendaftar diri, bertindak sekarang.

Bengkel Penulis Super 2/2010 Bermula

Bengkel Penulis Super kali kedua tahun 2010 bermula semalam. Bengkel 3 hari 2 malam yang diadakan secara julung-julung kalinya di Pusat Latihan Akademi Penulis (PULAPEN) ini mengumpulkan 15 peserta daripada pelbagai negeri dan latar belakang pekerjaan. Ia bermula jam 2.30 petang dengan pembentangan modul oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak mengenai motivasi penulisan.

Yang lebih membanggakan Akademi Penulis, bengkel ini turut minat peserta dari negara jiran kita Singapura. Ini satu kejayaan di peringkat pengurusan Akademi Penulis. Kita sudah berjaya menjemput peserta luar negara dalam bengkel anjuran Akademi Penulis. Tahniah kepada semua karyawan Akademi Penulis atas kejayaan ini.

Hari ini bengkel dimulakan jam 8.30 pagi dengan penerangan mengenai anatomi buku dan sekarang ini berlangsung diskusi berkumpulan pelan operasi penulisan yang akan dibentangkan oleh para peserta petang ini.