Lagi Ulasan En. Zakaria Sungib Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Tempoh Hari
November 12, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Corat Coret
Dipetik dari blog Zakaria Sungib
Berbalik kepada persoalan memilih subjek yang hendak ditulis, saya mendapat jawapannya apabila bertemu dengan Tuan Fauzul Naim Ishak beberapa hari lalu. Saya ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghadiri satu bengkel penulisan selama tiga hari. Tidak sangka pula Tuan Fauzul Naim yang mengendalikan bengkel itu dari awal sampai akhir.
Latar belakang beliau adalah dalam bidang kejuruteraan tetapi ditakdirkan yang beliau lebih berjaya menjuruterai dan mementori penulis sepanjang lapan tahun menceburi dunia penerbitan buku. Di bawah bimbingan beliau selaku editor dan pengurus penerbitan, lahir ramai penulis termasuk penulis-penulis ‘bestseller’.
Beliau mengajak para peserta bengkelnya melakukan ‘self discovery’. Mencari kekuatan diri. Dari situ nanti seseorang itu akan tahu kekuatan sebenarnya dan mengetahui apakah ‘ada buku’ dalam dirinya. Apa subjek penulisan yang sesuai untuknya dan mampukah dia menulis tentang subjek itu.
Saudara boleh membaca artikel sepenuhnya di blog beliau (KLIK DI SINI)
Berminat menyertai bengkel kendalian Akademi Penulis? Sila lawati www.janawangdenganmenulis.com (KLIK DI SINI)
Ulasan Menarik En. Zakaria Sungib, Editor Kanan Galeri Ilmu Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen
November 12, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Corat Coret
“Kenapa kita mengadakan bengkel ini? Kerana kita hendak melahirkan ramai pengarang. Dengan lahirnya ramai pengarang, kita hendak lahirkan banyak buku. Apabila sudah ada banyak buku, barulah industri penerbitan buku di Malaysia benar-benar layak dipanggil ‘industri’,”
kata Encik Fauzul Na’im yang mempunyai pengalaman lapan tahun sebagai editor dan penerbit buku. Beliau berjaya melahirkan barisan penulis-penulis buku ‘best-seller’ melalui PTS Millennia Sdn Bhd yang diterajuinya.
Beliau mengajak para peserta melihat penulisan buku sebagai bisnes, bukan sekadar seni. “Jangan tengok buku sebagai seni saja.”
Rujuk laman blog Galeri Ilmu untuk artikel sepenuhnya (KLIK DI SINI)
Bagi sesiapa yang berminat hendak mengikuti bengkel dan seminar yang dikendalikan oleh pihak Akademi Penulis, boleh lawati http://www.janawangdenganmenulis.com
Jawapan Kepada Abdul Malek : Adakah Tesis Ph.D. ataupun Master Boleh Diterbitkan
September 7, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Corat Coret
Saya tertarikh hendak berkongsi beberapa maklumat mengenai penerbitan buku berasaskan tesis. Ada soalan di chat box bertanyakan sama ada tesis Ph.D. atau Master boleh diterbitkan dan sudah diterbitkan.
Jawapannya YA dan TIDAK.
YA tesis Ph.D. atau Master boleh diterbitkan. Ia adalah khazanah ilmu yang cukup berharga. Hasil kajian bertahun-tahun dari para pakar ini seharusnya diterbitkan bagi manfaat umum.
TIDAK boleh diterbitkan dalam keadaan asal. Ia harus diolah semula dalam bentuk baru, bentuk yang lebih memberikan manfaat kepada semua. Dalam tesis, bab pertama yang berkaitan metodologi dan teorinya itu tidak memberikan makna kepada para pembaca. Bab-bab lain itu diambil dan diolah semula dalam bentuk yang lebih mesra pembaca.
Bagaimana? Isi utama diambil dari setiap tesis dan diterjemahkan ke dalam bahasa orang awam. Segala terma saintifik yang canggih dan sukar difahami dipermudahkan bagi pemahaman umum.
Saya melihat dan berjumpa dengan banyak tesis di barat yang sudah diterbitkan dalam bentuk buku dengan olahan baru. Ada di antaranya sudah menjadi bestseller di sana. Saya yakin dan percaya hasil kajian orang Malaysia setaraf dengan mereka. Malahan ada yang lebih dari itu. Berjumpa dengan penerbit ataupun hadiri bengkel-bengkel penulisan yang ada bagi mengetahui lanjut mengenai perkara ini.
InsyaAllah ada program pembangunan penulis yang bakal dilancarkan dalam oktober 2008. Ia pasti memberikan input terbaik buat Tuan Puan semua. Nantikan kehadirannya dan sentiasalah melawati laman ini bagi maklumat terbaru.






