Tip Menulis 3 : Cari & Jumpa Penerbit

November 5, 2007 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Teknik

Hari ini kita bertemu kembali di hari bekerja pertama dalam minggu. Minggu ini boleh saya katakan minggu banyak rezeki. Mengapa? Boleh dikatakan setiap hari ada rumah terbuka dan pejabat terbuka. Bermula daripada hari ini hinggalah ke penghabis bulan Syawal ada sahaja jemputan rumah terbuka ini. Hari ini saya ada jemputan rumah terbuka Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di Bukit Kiara. “Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari” kata P Ramlee dalam salah satu filem arahannya.

Apabila kita ingin menulis, kita perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada orang berpengalaman. Dalam industri buku, orang atau pihak paling berpengalaman adalah penerbit. Jadi paling penting datang dan berjumpa dengan penerbit. Sebelum itu saya sarankan pilih terlebih dahulu penerbit yang bersesuaian dengan genre yang ingin ditulis.

Setiap penerbit mempunyai genre terbitan yang tersendiri. Jika novel cinta- Alaf 21, novel sastera berat - Dewan Bahasa & Pustaka ataupun Novel Creative, motivasi - PTS Millennia Sdn Bhd, bisnes - PTS Professional Publishing Sdn Bhd, kanak-kanak - PTS One Sdn Bhd, rujukan sekolah - Sasbadi Sdn Bhd dan ramai lagi. Kesemua mempunyai kelebihan dan kekuatan mereka tersendiri.

Kita di PTS Millennia Sdn Bhd, amat menyarankan agar setiap penulis yang berminat berkarya agar menghubungi pihak kami terlebih dahulu sebelum mula menulis. Ini kerana apabila seseorang penulis sudah siap karyanya dan baru dihantar agak rumit bagi membetulkan konsepnya. Pengarang yang masih belum menulis, apabila bertemu dengan pihak kami. Kita masih boleh bercerita dan merancang konsep buku daripada awal. Jadi hasilnya sudah tentu lebih baik dan pihak kami ada komitmen untuk menerbitkannya.

Untuk cara menghantar, Anda boleh rujuk kembali artikel Cara Menghantar Manuskrip Kepada Penerbit dan Bagaimana Menghantarkan Karya Kepada Penerbit. Lebih baik tuliskan dahulu proposalnya dan terus hubungi editor berkaitan.

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my

Terkini Dari Setiap Kategori

Artikel Lain Dalam Kategori Teknik

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!