Taqwim Program Akademi Penulis 2010 Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat

Akademi Penulis baru selesai mengadakan perbincangan dengan para jurulatih Akademi Penulis bagi merancang taqwim program tahun 2010. Ada beberapa bengkel yang sudah ditentukan tarikhnya dan bakal diumumkan dalam masa terdekat. Antara yang sudah diputuskan adalah :

  • Bengkel Penulisan Buku Ilmiah
  • Bengkel Penulisan Buku Popular
  • Bengkel Penulisan Novel
  • Bengkel Penulisan Bahan Pemasaran
  • Bengkel Penghasilan Buletin dan Newsletter
  • Bengkel Penulisan Cerpen & Fiksyen
  • Bengkel Penulisan Laporan Tahunan
  • Bengkel Penulisan Tesis Kepada Bestseller
  • Bengkel Penulisan Surat Rasmi, Minit Mesyuarat dan Memorandum Untuk Kakitangan Awam

Pihak kami akan mengumumkan tarikh-tarikh bengkel dalam bulan November 2009. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bengkel-bengkel ini boleh dirujuk kepada penolong pengurus Akademi Penulis, saudara Abdul Qahhar Mohd Noor di talian 013 628 8614 ataupun 03 4149 2560 ataupun email latihan@akademipenulis.com

Kami juga akan berada di Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang bagi mengadakan Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah di sana. Ia diadakan pada hari Isnin, 25 Oktober 2009.

About Pentadbir Akademi Penulis
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Speak Your Mind

*