Tahniah Tuan Md Ali Berahim Atas Terbitnya Karya Pertama

Akademi Penulis mengucapkan tahniah kepada Tuan Md. Ali Berahim kerana terbitnya karya pertamanya Menyembuhkan Virus-virus Bisnes terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Tuan Md Ali Berahim adalah ALUMNI Akademi Penulis dan pernah menghadiri Bengkel Penulis Super pertama. Ini kata-kata beliau dalam laman web ini

Tuan Fauzul, bengkel yang tuan kendalikan ini amat berguna bagi mereka yang ingin menjadi penulis. Walaupun saya ada cara tersendiri menulis buku, saya dapat banyak manfaat dari bengkel ini. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan dan rakan-rakan tuan di PTS yang sudi menerima manuskrip pertama saya dan yakin menerbitkan buku pertama saya.

Insya Allah buku pertama saya “Sembuhkan Virus-virus Bisnes” akan berada di pasaran pada 1.12.2009. Saya sekarang sedang menulis manuskrip untuk buku kedua saya mengenai kesetiaan pelanggan. Nota yang tuan berikan semasa bengkel yang mengandungi 7 modul saya rujuk berulangkali. Ada faktor motivasi tersembunyi di setiap modul. Sekali lagi terima kasih Tuan Fauzul.

Tahniah sekali lagi Tuan, teruskan berkarya untuk memandaikan ummah. Pelawat laman yang lain, bila lagi hendak menghasilkan karya pertama Anda. Bagi berminat untuk mengetahui Formula Penulis Super seperti Tuan Md. Ali Berahim sertai Bengkel Penulis Super: Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller. Layari www.penulissuper.com untuk mendaftar diri. Bertindak sekarang!.

About The Author

Pentadbir Akademi Penulis

Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Mari Berdiskusi Di Sini