Akademi Penulis dimaklumkan oleh Tuan Zulfadli Jusoh, Penolong Pendaftar Pusat Kemajuan dan Hubungan ALUMNI yang juga merupakan ALUMNI Akademi Penulis mengenai penerbitan buku terbaru Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Buku bertajuk 50 ALUMNI UTHM ini adalah gabungan tulisan beberapa bekas mahasiswa UTHM. Kebanyakan penulis yang terlibat dalam penghasilan buku ini adalah merupakan bekas peserta bengkel penulisan kendalian Akademi Penulis dengan kerjasama Penerbit UTHM.
Pihak Akademi Penulis mengucapkan tahniah kepada semua pengarang yang terlibat. Pihak Akademi Penulis amat berbangga dan terharu dengan kejayaan yang cukup bermakna ini. Semoga ia menjadi satu obor penyemarak semangat para pengarang lain.