Siapa Kami?

Akademi Penulis Karya Bestseller adalah sebuah akademi latihan penulis maya yang diwujudkan bermula Februari 2007. Laman ini dibina oleh MQ Human Development, sebuah syarikat perunding motivasi dan pembangunan diri yang antara fokus utamanya melatih penulis, bakal penulis, organisasi kerajaan, organisasi bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam & swasta dan sesiapa sahaja berminat dalam bidang penulisan dan penerbitan buku.
Akademi ini dibina bagi memberikan panduan, khidmat nasihat dan berkongsi pengalaman bersama para individu yang berminat dalam bidang penulisan karya. Para karyawan kini sering disogokkan pelbagai ‘mitos’ dunia penerbitan dan penulisan yang menyebabkan kebanyakannya berasa putus asa dengan dunia penerbitan. Mitos pembaca Malaysia tidak baca buku, penulis tidak boleh menjadi kaya dan apabila menerbitkan karya sudah tentu karyanya tidak boleh dijual sering dimomok-momokkan oleh media massa dan elektronik. Keadaan ini menjadikan dunia penerbitan semakin hari semakin lesu.
Hakikat sebenar dunia penerbitan adalah sebaliknya. Jualan buku di kedai-kedai buku besar negara meningkat daripada tahun ke tahun. Penulis novel yang menghampiri taraf jutawan sudah bercambah. Kehendak pembaca kepada buku-buku ilmu di kedai-kedai buku juga memberangsangkan. Perkara ini tidak diketahui oleh kebanyakan orang.
Akademi Penulis Karya Bestseller ingin membawa para penulis dan bakal penulis keluar daripada kepompong lama dunia penulisan. Melihat dunia penulisan dengan lebih global dan moden.
Visi Akademi
Akademi Penulis Karya Bestseller mempunyai visi menghasilkan lebih ramai penulis berkaliber yang menghasilkan banyak karya bestseller. Penulisan karya-karya ini harus mencapai taraf antarabangsa dalam negara sendiri.
Misi Akademi
Pihak akademi berusaha menyampaikan maklumat terkini dan praktikal yang boleh diamalikan oleh para individu berminat. Di samping itu juga pihak akademi menyediakan ruangan latihan dan khidmat nasihat bagi yang memerlukan.
Bagi melihat modul-modul latihan yang disediakan oleh pihak MQ Human Development, sila lawati ruangan navigasi modul latihan di atas laman.

