Seminar Penulisan Buku Popular 10 Oktober 2009 Universiti Islam Antarabangsa, Pendaftaran Dibuka Sekarang

Pendaftaran untuk Seminar Penulisan Buku Popular 2009 yang akan berlangsung pada 10 Oktober 2009 di Universiti Islam Antarabangsa sedang giat dilakukan. Setiap hari berdering telefon di pejabat Akademi Penulis dengan panggilan pendaftaran dan pertanyaan. Alhamdulillah. Kita menjemput semua individu ataupun organisasi berminat menyertainya dengan menghubungi Penolong Pengurus Latihan, Saudara Qahhar di talian 013 6288614 ataupun terus menghubungi pejabat 0341492560 ataupun email kepada latihan@akademipenulis.com.

posterseminar2

About Pentadbir Akademi Penulis
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Comments

  1. Shakir Md Taha says:

    Selalunya kursus dibuat di Kuala Lumpur sahaja.Kenapa tidak sekali sekala berubah tempat,ke Pulau Pinang misalnya. Salam

  2. Terima kasih atas maklum balas Tuan dalam hal ini. InsyaAllah pihak kami ada perancangan ke arah itu. Jika Tuan berminat untuk menganjurkan di sana pihak kami amat terbuka dari sudut itu. Terima kasih.

  3. Adakah pendaftaran untuk Seminar Penulisan Buku Popular 2009 di UIA ini masih lagi dibuka? saya seorang pelajar yang berminat. Boleh sy tau details tentatif dan pengisian seminar sehari ini?

  4. Penyertaan masih dibuka. Boleh langsung hubungi saudara Abdul Qahhar di talian 0136288614

  5. Zahari says:

    Insyaallah jumpa tuan di sana esok – 10/10/2009 (Sabtu)

  6. faiz says:

    assalamua’laikum..
    sy begitu berminat dalam bidang penulisan. bilakah tarikh dan tmpt yang baru akan diadakan kursus seperti ini lagi?

  7. InsyaAllah kita akan maklumkan daripada masa ke semasa melalui laman web Akademi Penulis ini. Terima kasih atas sokongan Tuan kepada program kami.

  8. Noraini Baharu says:

    Saya Noraini dari utara. Saya terlepas info tentang bengkel di UIA bulan Oktober 2009. Kalau ada lagi bengkel di UIA sila maklumkan, mungkin saya dapat bersama-sama dengan peserta yang lain.

Speak Your Mind

*