Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 Berjaya Dengan Cemerlang

Alhamduillah, pihak Akademi Penulis Sdn. Bhd. berjaya menganjurkan Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 dengan jayanya. Seminar 1 hari yang diadakan di Hotel Vistana Kuala Lumpur dihadiri oleh 50 orang peserta yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia. Ada dari Sabah, Melaka, Johor, Terengganu dan lain-lain negeri. Kesemuanya bersemangat untuk menimba ilmu bagi menjadi seorang pengarang yang mempunyai ilmu kepengarangan.

Kehadiran seminar ini adalah yang terbesar dalam sejarah penganjurannya. Hingga hari penutup pendaftaran, permintaan untuk menjadi peserta masih diperoleh. Namun begitu disebabkan oleh ruang yang terhad dan untuk kelancarang pengendalian program pihak Akademi Penulis terpaksa menghadkan peserta kepada 50 orang sahaja.

Semua peserta Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2

Semua peserta Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2

Masih ramai yang memohon agar seminar ini diteruskan di masa akan datang. Namun begitu pihak Akademi sudah mengambil keputusan ini adalah yang terakhir atas perancangan strategik Akademi. Namun begitu masih ada ruang perbelajaran yang lain bakal dirancang oleh Akademi Penulis. InsyaAllah pihak Akademi bakal mengumumkannya dalam masa terdekat.

Tahniah kepada tenaga penggerak latihan Akademi Penulis yang berusaha bertungkus lumus menjayakan program ini. Kepada para peserta, terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada program anjuran kami. Semoga segala input diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi titik tolak kepada penghasilan buku berkualiti dalam pasaran.

Kami kongsikan memori sepanjang Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 di sini. Kepada para peserta berdaftar, kita jumpa di Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2 akan datang.

About Pentadbir Akademi Penulis
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Speak Your Mind

*