Revolusi Penulis Super Melahirkan 11 Penulis Baru

Wangsa Melawati 28 Januari 2012 – Membuka tirai 2012, Akademi Penulis divisyen latihan FINE Academy menganjurkan program pertamanya hari ini. Seramai 11 orang peserta berjaya dilahirkan melalui Bengkel Revolusi Penulis Super yang bertempat di Fine Hall 1, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Bengkel ini dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman dan berautoritatif dalam bidang penulisan , Tuan Fauzul Na’im Ishak. Peserta didedahkan pelbagai ilmu asas mengenai dunia penulisan buku. Ia digabungkan dengan pengisian motivasi dan kata-kata semangat kepada para peserta dalam menulis buku.

Pengalaman jurulatih yang bertahun-tahun dalam dunia penulisan dikongsikan kepada semua peserta hari ini. Bengkel ini bukan sahaja memberi motivasi kepada para peserta, tetapi mendedahkan beberapa kaedah untuk menulis antaranya adalah KJ Method. Ia diajar secara teori dan praktikal. Bengkel bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada 5.30 petang.

Di akhir bengkel, kami menerima maklum balas positif daripada peserta-peserta, dan mereka sangat gembira hadir ke bengkel ini. Ini merupakan salah satu testimonial salah seorang peserta Bengkel Revolusi Penulis Super.

Tahniah Tuan Fauzul! terima kasih yang tak terhingga atas ilmu yang diberi. Kursus ini sangat bagus kerana berjaya membuka minda dan membuang rasa takut saya untuk menjadi penulis. Jurulatih menunjukkan dan berkongsi cara yang sangat mudah difahami dan sangat praktikal.” – Shahila binti Hakim

Mari Berdiskusi Di Sini