Ramai Golongan Professional Menyertai Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2 18 & 19 Julai 2009
Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2 berjaya diadakan pada 18 & 19 Julai 2009 di bilik JomTraining, Wisma DPI-Invergold, Bandar Tasik Selatan. Seramai 24 orang peserta yang hadir menyertai bengkel kali ini. Kebanyakannya daripada kalangan professional seperti arkitek, doktor perubatan, pensyarah IPG, pegawai penerbitan dan broker saham.
Bengkel kali ini juga dihadiri oleh En. Ab. Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Unit Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Bengkel kali ini dikendalikan oleh En. Fauzul Na’im Ishak dan En. Zamri Mohamad.
Satu lagi bengkel serupa akan diadakan pada 25 & 26 Julai 2009. Di bawah dikongsikan koleksi gambar sepanjang bengkel berlangsung.


22. Jul, 2009 









No comments yet... Be the first to leave a reply!