Pulangan Menulis Buku Lebih Baik Dari Pulangan ASB
July 5, 2008 Oleh Fauzul Naim Ishak
Filed under Motivasi
Semalam saya duduk minum petang bersama Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad dan Puan Ainon Mohd.. Dr. Tengku Asmadi datang ke pejabat PTS di Wangsa Melawati bagi berbincang mengenai program latihan dan juga mengambil royalti tahunan bagi tahun 2007.
Dalam duduk berbincang pelbagai isu masa kini, Dr. Tengku Asmadi menceritakan senario beliau memotivasikan para eksekutif di bawahnya untuk menulis. Beliau berkata kepada salah seorang eksekutifnya.
“Saudara ada wang RM100K?“, Dr. Tengku Asmadi berkata
“RM100K Dr.?, manalah saya ada“, balas eksekutifnya.
“Tak apalah tidak ada RM100K, RM50K cukuplah. Ada?” Balas beliau pula.
“Bagi pelaburan di ASB, pulangan dividennya setiap tahun dalam 8 ke 10 peratus setahun. Kita ambillah 10 peratus. Bagi mendapatkan RM5K kita perlu ada sekurang-kurangnya RM50K. bagi mendapatkan RM10K kita perlukan sekurang-kurangnya RM100K.
Ada satu lagi pelaburan yang ada mana pelaburannya tidak tinggi, hanya menggunakan otak sahaja. Satu tahun ada yang mendapat pulangan berpuluh ribu. Sebagai contoh saudara Ahmad Fadzli Yusof. Beliau memperoleh purata royalti tahunan RM30K setiap tahun. Itu bersamaan dengan pelaburan yang perlu diletakkan ke dalam ASB sebanyak RM300K.
Jadi perlu menulis sekarang bagi mendapatkan pulangan yang lebih dari pendapatan ASB ini.”
Para eksekutifnya senyap dan senyum.
Analogi ini memang hebat dan logik. Mana ada pihak atau organisasi kewangan yang boleh memberikan pulangan dari tiada kepada ada sehebat pulangan menulis buku. Modalnya menulis buku, mendapat lebih bagus daripada ASB. Terima kasih Dr. Tengku Asmadi. Orang lain! Bila mahu mula menulis?
Nota : Tahun ini ada dua pengarang PTS Millennia Sdn Bhd yang mendapat royalti melebihi RM50K. Saya sendiri kagum apabila menandatangani surat royalti mereka.
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my
Terkini Dari Setiap Kategori
- Aktiviti/Pengumuman: Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009 - August 10th, 2008
- Dari Pejabat Akademi: Hotel Vistana Kuala Lumpur, Tempat Berlangsungnya Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009 - August 21st, 2008
- Jadi Bestseller: Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa - May 13th, 2008
- Motivasi: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Teknik: Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Utama: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Motivasi
- Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 2 - May 15th, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 1 - May 15th, 2008
- Apakah Skrip Hidup Anda Dalam Bidang Penulisan? - February 14th, 2008
- Apakah Azam Kita Dalam Bidang Penulisan? - January 10th, 2008












Alamak, kantoi aku!
Bukan kantoi, ini adalah satu contoh yang baik. Tahniah saudara Fadzli dan teruskan perjuangan saudara memandaikan anak bangsa dengan buku.
Tuan Fadzli Yusof adalah salah satu tanda aras saya bagi bekerja lebih kuat menghasilkan karya yang diterima penerbit dan masyarakat.
Moga Allah permudahkan.
izinkan saya buat sedikit pembetulan.
ASB jatuh dalam kategori portfolio income.
Royalti jatuh dalam kategori passive income.
Tidak boleh disamakan.
Untuk meraih portfolio income mempunyai skill yang berbeza.
Untuk meraih passive income juga mempunyai skill yang berbeza.
Tidak semua orang boleh menulis. Juga tidak semua orang boleh menguruskan pelaburan portfolio dengan baik.
Barangkali menulis buku lebih wajar dibandingkan dengan melukis komik, artwork, menyanyi, menulis lirik dan sebarang sumber pendapatan berbentuk royalti.
Terima kasih atas pencerahan yang diberikan. Mengenai portfolio income dan passive income memang ada perbezaan yang nyata. Namun begitu persoalannya di sini adalah pelaburan itu di mana.
Ramai orang melihat pelaburan kepada organisasi-organisasi kewangan lebih berharga daripada pelaburan kepada kemahiran dan kebolehan. Pelaburan kepada organisasi perlukan wang namun begitu pelaburan kepada kemahiran dan kebolehan atas diri sendiri.
Dalam hal di atas kita tidak menyatakan bahawa jenis pendapatan yang diperoleh. Ia lebih kita menekankan pelaburan yang lebih berfaedah dan berharga apabila digarap.
Terima kasih Pakdi atas pencerahan yang diberikan.