Dunia perbukuan Malaysia berkembang pada kadar yang amat pesat. Pertumbuhan syarikat-syarikat penerbitan buku di Malaysia umpama cendawan tumbuh di waktu pagi. Syarikat lama dan baru bertanding mengeluarkan produk terbaru bagi menunjukkan merekalah pengeluar produk bacaan terbaik dalam pasaran.Apa yang membezakan antara satu syarikat dan syarikat lain adalah strategi penerbitan, konsep produk dan kaedah pemasaran.

Adakah anda ingin mengetahui konsep produk terbaru yang memenuhi citarasa pelanggan? Adakah anda seorang individu ataupun mewakili organisasi yang ingin menghasilkan buku bukan sahaja bagus daripada sudut isi tetapi dapat menyerap masuk ke dalam pasaran dengan baik? Adakah anda ingin memastikan strategi penerbitan anda memenuhi standard semasa industri penerbitan di Malaysia dan antarabangsa? Adakah ingin produk terbitan anda dapat dipasarkan kepada golongan sasar dengan baik?

Bengkel Strategi Penerbitan Buku ada jawapannya. Apabila anda menghadiri bengkel ini, anda akan dibawa menjelajah setiap pelosok industri buku terkini, mengetahui amalannya, proses penerbitannya dan bagaimana mengaplikasikannya. anda juga akan mengetahui trend terkini penerbitan di Malaysia dan antarabangsa. Anda juga dapat mengalihkan teknologi penerbitan terbaru ke dalam organisasi anda.

Durasi Bengkel

Kursus penerbitan buku ini boleh dianjurkan mengikut tempoh 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Apa yang Peserta Akan Peroleh?

Di akhir bengkel ini anda sebagai peserta akan:

  • Mengetahui trend semasa penerbitan buku Malaysia khususnya dan dunia amnya.
  • Mengetahui amalan penerbitan yang bersesuaian dengan organisasi semasa.
  • Mengalihkan teknologi penerbitan ke dalam organisasi.
  • Menjelajah ruang-ruang baru penerbitan untuk diaplikasikan ke dalam amalan penerbitan.
  • Merancang program pemasaran dan jualan bersesuaian dengan musim penerbitan semasa.

3 Komponen Bengkel

  • KOMPONEN 1: Pembangunan produk
  • KOMPONEN 2: Gerak kerja editorial
  • KOMPONEN 3: Pemasaran dan jualan

Modul yang Dibentangkan

  • Modul 1: Amalan penerbitan yang baik.
  • Modul 2: Amalan editorial mengikut standard industri semasa.
  • Modul 3: Anatomi buku.
  • Modul 4: Gerak kerja produksi.
  • Modul 5: Daripada stor kepada pelanggan.

Jemputan Bengkel & Program

Untuk sebarang pertanyaan ataupun jemputan bengkel boleh terus hubungi pejabat di talian (+6) 03 4149 2560 ataupun gunakan borang online di bawah.

Permohonan Sebut Harga untuk Kursus

Pohon isikan maklumat selengkapnya bagi memudahkan pihak kami memberikan perkhidmatan terbaik buat pihak Anda
  • Please enter a value between 0 and 100.

Mari Berdiskusi Di Sini