Lapan puluh peratus kejayaan jualan bermula apabila pelanggan membaca lima patah perkataan awal dalam iklan. Baki 20 peratus daripada teks penerangan produk selepas itu. Mempunyai produk yang baik tidak menjamin pelanggan mahu memilikinya. Kajian menunjukkan, iklan jualan produk dan perkhidmatan menjadi jurujual yang meyakinkan pelanggan agar berkata YA sebelum membayarnya.

Kejayaan iklan jualan terbukti melalui pesanan secara pos dan pembelian di internet yang tidak memungkinkan pelanggan melihat produk terlebih dahulu.

Di sepanjang seminar ini, peserta kursus akan didedahkan kepada dua elemen penting iklan jualan, iaitu:

  • Psikologi pelanggan melihat iklan jualan
  • Mendorong jualan melalui visual kepercayaan

Para peserta juga akan didedahkan dengan input-input:

  • Teori iklan jualan yang digunakan oleh gergasi bisnes
  • Mendorong pembelian dan tempahan segera oleh pelanggan

Durasi Bengkel

Kursus copywriting ini dapat dijalankan mengikut tempoh 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Apa yang Peserta Akan Peroleh?

Di akhir bengkel ini Anda sebagai peserta akan:

  • Mengetahui apakah kaedah iklan jualan berpengaruh ke atas pelanggan
  • Menaikkan peratusan dihubungi pelanggan kesan daripada iklan jualan di internet
  • Merancang, menyusun dan menggerakkan kempen iklan jualan di internet secara tersusun dan berstrategi.

Fasa-Fasa Latihan

Dalam bengkel ini, peserta didedahkan dengan teknik dan kaedah yang menjadi kunci iklan jualan produk dan perkhidmatan. Kunci-kunci rahsia itu adalah:

  • Meniru strategi big boy yakni pengiklanan perniagaan komersial ke bisnes kecil
  • Menaikkan rasa mahu dan tahu pelanggan melalui teks dan foto yang tepat.
  • Menggerakkan urgency atau rasa segera bertindak membeli oleh pelanggan.

Modul yang Dibentangkan

  • Modul 1: Apa yang dicari oleh pelanggan
  • Modul 2: Unsur ketakutan dan kesamaan dalam pengiklanan
  • Modul 3: Menjadikan produk unsur wajib ada pada pelanggan
  • Modul 4: Susun, jelas dan ikat pelanggan
  • Modul 5: Psikologi foto, harga dan warna
  • Modul 6: Teks berpengaruh dalam jualan
  • Modul 7: Mencetus pendahuluan mengikat perhatian
  • Modul 8: Pembentangan dan analisa

Jemputan Bengkel & Program

Untuk sebarang pertanyaan ataupun jemputan bengkel boleh terus hubungi pejabat di talian (+6) 03 4149 2560 ataupun gunakan borang online di bawah.

Permohonan Sebut Harga untuk Kursus

Pohon isikan maklumat selengkapnya bagi memudahkan pihak kami memberikan perkhidmatan terbaik buat pihak Anda
  • Please enter a value between 0 and 100.

Mari Berdiskusi Di Sini