Kemahiran menulis makalah jurnal tidak dapat dipisahkan dengan kerjaya sebagai ahli akademik. Kursus ini mendedahkan asas penulisan bagi ahli akademik baru dan lama.

Ia menjadi platform bagi mereka menulis dan menerbitkan makalah berkualiti bagi diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi. Seterusnya organisasi juga berpeluang menerbitkan jurnal mereka sendiri.

Durasi Bengkel

1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Apa yang Peserta Akan Peroleh?

Di akhir bengkel ini Anda sebagai peserta akan:

  • Dengan menguasai teknik menulis yang betul, peserta dapatvmengetahui ciri-ciri makalah buletin dan jurnal berkualiti.
  • Dengan aktiviti praktikal dan hands-on, peserta dapat menulis makalah dan mendapat komen dan reviu daripada fasilitator dan rakan (peer-review), supaya hasil tulisan mereka lebih mantap.
  • Dengan mengetahui selok-belok proses penerbitan makalah buletin dan jurnal, peserta dapat memulakan inisiatif menerbitkan buletin dan jurnal jabatan mereka.

Modul yang Dibentangkan

  • Modul 1: Mencari idea menulis
  • Modul 2: Memahami proses menulis makalah jurnal
  • Modul 3: Gaya penulisan ilmiah
  • Modul 4: Seksyen metodologi kajian
  • Modul 5: Seksyen hasil kajian dan perbincangan
  • Modul 6: Seksyen kajian literatur
  • Modul 7: Seksyen kesimpulan dan kajian lanjutan
  • Modul 8: Seksyen pengenalan
  • Modul 9: Seksyen rujukan dan petikan
  • Modul 10: Seksyen abstrak
  • Modul 11: Memilih tajuk yang ampuh
  • Modul 12: Hubungan penulis dengan penerbit
  • Modul 13: Menguruskan penerbitan dan editorial
  • Modul 14: Penyuntingan, pewasitan dan pemasaran jurnal
  • Modul 15: Pemasaran dan pengantarabangsaan jurnal Malaysia

Jemputan Bengkel & Program

Untuk sebarang pertanyaan ataupun jemputan bengkel boleh terus hubungi pejabat di talian (+6) 03 4149 2560 ataupun gunakan borang online di bawah.

Permohonan Sebut Harga untuk Kursus

Pohon isikan maklumat selengkapnya bagi memudahkan pihak kami memberikan perkhidmatan terbaik buat pihak Anda
  • Please enter a value between 0 and 100.

Mari Berdiskusi Di Sini