Kursus Penulisan ilmiah | Kursus Penulisan Buku

Membangun Penulis Buku Berkualiti Tinggi

Penulisan adalah gabungan dua unsur iaitu unsur seni dan unsur bisnes. Kedua-duanya adalah sinergi dan saling berkait rapat. Buku yang baik tidak akan memberikan manafaat kepada para pembaca jika diterbitkan dan tidak dirancang pengedarannya dengan baik. Begitu juga jika mempunyai pasukan penerbitan dan pengedaran buku yang baik tetapi tidak mempunyai produk buku berkualiti.

Bengkel yang wajib disertai oleh anda apabila anda ingin melihat penulisan dan penerbitan buku secara sinergi. Apabila anda menyertai program ini, anda akan didedahkan mengenai apakah mitos-mitos dan faktor penghalang kepada seorang penulis. Di sini anda akan memecahkan belenggu yang bermain di minta kebanyakan penulis.

Bukan itu sahaja, anda akan didedahkan kaedah untuk melindungi hak cipta, menjaga harta intelek anda yang amat berharga itu. anda juga akan diberikan pendedahan teknik langkah demi langkah menghasilkan sebuah penulisan buku yang memenuhi kehendak pasaran. Daripada bagaimana memilih bidang, mencerna idea hinggalah menumpahkan idea anda ke atas kertas. Di samping itu juga anda akan mengetahui keseluruhan proses penerbitan buku, percetakan hinggalah kepada memasarkannya ke pasaran.

Durasi Program

1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Apa yang Peserta Akan Peroleh?

Di akhir bengkel ini anda sebagai peserta akan:

  • Mengetahui trend terkini dunia penulisan dan penerbitan buku.
  • Mengenal pasti permasalahan undang-undang yang sering dihadapi oleh pengarang.
  • Menjaga hak-hak penulis yang termaktub dalam perundangan Malaysia dan dunia.
  • Mengetahui fasa-fasa dalam menghasilkan karya berkualiti dan mesra pembaca.
  • Menyediakan pemikiran strategik seorang pengarang.
  • Menggunakan teknologi penulisan terkini dengan aplikasi kaedah berkesan KJ Metode.
  • Mengetahui rahsia kejayaan pengarang bestseller terdahulu.
  • Mendalami setiap proses penerbitan buku daripada suntingan hinggalah ke pasaran.
  • Mengetahui apakah rahsia sebuah penerbitan buku berjaya.

Fasa-Fasa Latihan

  • Fasa 1: Fasa pra penulisan
  • Fasa 2: Fasa penulisan
  • Fasa 3: Fasa pasca penulisan
  • Fasa 4: Fasa penerbitan dan pemasaran buku

Modul yang Dibentangkan

  • Modul 1: Dunia penulisan & penerbitan : motivasi & pengalaman.
  • Modul 2: Pengarang & undang-undang : kenali hak anda.
  • Modul 3: Anatomi buku.
  • Modul 4: Memulakan langkah sebagai seorang pengarang
  • Modul 5: Teknik menjana idea kreatif untuk penulisan
  • Modul 6: Teknik menulis efektif dan efisien : tulis, rakam & susun
  • Modul 7: Kaedah menulis rujukan Gaya APA
  • Modul 8: Teknik adaptasi : Teori & praktikal
  • Modul 9: Proses penerbitan buku
  • Modul 10: Pemasaran buku

Siapa Jurulatih Bengkel?

Fauzul Na'im Ishak

Fauzul Naim IshakMaster trainer dan pengasas Akademi Penulis Sdn. Bhd.. Beliau juga adalah sebagai Pengarah Penerbitan di PTS Media Group Sdn. Bhd. Seorang jurulatih program latihan bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia dan GEM International. Beliau diiktiraf di antara jurulatih paling bertauliah untuk mengendalikan bengkel-bengkel penulisan buku dan ilmiah di seluruh Malaysia. Beliau sudah mengendalikan lebih daripada 300 bengkel penulisan dan pembangunan potensi diri dengan peserta melebihi 10,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia. Beliau dilantik sebagai Naib Presiden 1, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Musim Malaysia. Antara para pelanggan beliau adalah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan banyak lagi.

Mohd Ikram Wazir

Ikram WazirPengurus Besar Penerbitan PTS Media Group Sdn. Bhd., syarikat yang menaungi Kumpulan Penerbitan PTS. Graduan jurusan ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini bermula daripada menjadi seorang editor peroleh di PTS Millennia Sdn Bhd, membangunkan produk-produk buku bestseller di sana. Beliau sering dijemput mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dokumen rasmi kerajaan dan bengkel mengalihkan tesis kepada buku bestseller di institusi kerajaan dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Beliau juga pernah menghasilkan beberapa buah buku antaranya buku bestseller PTS, Anggun Di Luar Serlah Pesona dari Dalam. Beliau juga adalah jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Dapatkan Sebut Harga

Permohonan Sebut Harga untuk Kursus

Pohon isikan maklumat selengkapnya bagi memudahkan pihak kami memberikan perkhidmatan terbaik buat pihak Anda
  • Please enter a value between 0 and 100.

Apa pandangan peserta yang pernah menyertai bengkel kendalian kami

Kursus ini telah memberikan ilmu dalam menghasilkan penulisan yang boleh menjadi rujukan generasi masa depan. Perjalanan kursus baik dan penceramah ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

Ir. Mohd Aminudin Md Amin
Ir. Mohd Aminudin Md Amin Pengarah CPK, Jabatan Kerja Raya Malaysia

Amat memuaskan. Banyak cara-cara dan teknik-teknik penulisan yang disampaikan sehinggakan keinginan saya untuk menulis buku memuncak. Kursus ini sangat baik dan perlu diteruskan bagi semua pendidik dan semua yang berminat untuk menulis

Yufiza Mohd Yusof
Yufiza Mohd Yusof Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Sg. Siput, Perak