Kursus Penulisan ilmiah | Kursus Penulisan Buku

Membangun Penulis Buku Berkualiti Tinggi

Penulisan adalah gabungan dua unsur iaitu unsur seni dan unsur bisnes. Kedua-duanya adalah sinergi dan saling berkait rapat. Buku yang baik tidak akan memberikan manafaat kepada para pembaca jika diterbitkan dan tidak dirancang pengedarannya dengan baik. Begitu juga jika mempunyai pasukan penerbitan dan pengedaran buku yang baik tetapi tidak mempunyai produk buku berkualiti.

Bengkel yang wajib disertai oleh anda apabila anda ingin melihat penulisan dan penerbitan buku secara sinergi. Apabila anda menyertai program ini, anda akan didedahkan mengenai apakah mitos-mitos dan faktor penghalang kepada seorang penulis. Di sini anda akan memecahkan belenggu yang bermain di minta kebanyakan penulis.

Bukan itu sahaja, anda akan didedahkan kaedah untuk melindungi hak cipta, menjaga harta intelek anda yang amat berharga itu. anda juga akan diberikan pendedahan teknik langkah demi langkah menghasilkan sebuah penulisan buku yang memenuhi kehendak pasaran. Daripada bagaimana memilih bidang, mencerna idea hinggalah menumpahkan idea anda ke atas kertas. Di samping itu juga anda akan mengetahui keseluruhan proses penerbitan buku, percetakan hinggalah kepada memasarkannya ke pasaran.

Durasi Program

1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Apa yang Peserta Akan Peroleh?

Di akhir bengkel ini anda sebagai peserta akan:

Fasa-Fasa Latihan

Modul yang Dibentangkan

Siapa Jurulatih Bengkel?

FAUZUL NA’IM ISHAK

Fauzul Naim Ishak

Master trainer dan pengasas Akademi Penulis Sdn. Bhd.. Beliau juga adalah sebagai Pengarah Penerbitan di PTS Media Group Sdn. Bhd. Seorang jurulatih program latihan bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia dan GEM International. Beliau diiktiraf di antara jurulatih paling bertauliah untuk mengendalikan bengkel-bengkel penulisan buku dan ilmiah di seluruh Malaysia. Beliau sudah mengendalikan lebih daripada 300 bengkel penulisan dan pembangunan potensi diri dengan peserta melebihi 10,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia. Beliau dilantik sebagai Naib Presiden 1, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Musim Malaysia. Antara para pelanggan beliau adalah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan banyak lagi.

MOHD IKRAM WAZIR

Ikram Wazir

Pengurus Besar Penerbitan PTS Media Group Sdn. Bhd., syarikat yang menaungi Kumpulan Penerbitan PTS. Graduan jurusan ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini bermula daripada menjadi seorang editor peroleh di PTS Millennia Sdn Bhd, membangunkan produk-produk buku bestseller di sana. Beliau sering dijemput mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dokumen rasmi kerajaan dan bengkel mengalihkan tesis kepada buku bestseller di institusi kerajaan dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Beliau juga pernah menghasilkan beberapa buah buku antaranya buku bestseller PTS, Anggun Di Luar Serlah Pesona dari Dalam. Beliau juga adalah jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Dapatkan Sebutharga

Apa pandangan peserta yang pernah menyertai bengkel kendalian kami

  • Kursus ini telah memberikan ilmu dalam menghasilkan penulisan yang boleh menjadi rujukan generasi masa depan. Perjalanan kursus baik dan penceramah ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

    Ir. Mohd Aminudin Md Amin
    Ir. Mohd Aminudin Md AminPengarah CPK, Jabatan Kerja Raya Malaysia
  • Amat memuaskan. Banyak cara-cara dan teknik-teknik penulisan yang disampaikan sehinggakan keinginan saya untuk menulis buku memuncak. Kursus ini sangat baik dan perlu diteruskan bagi semua pendidik dan semua yang berminat untuk menulis

    Yufiza Mohd Yusof
    Yufiza Mohd YusofPegawai Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Sg. Siput, Perak
  • Banyak ilmu yang saya dapat terutama dari segi penulisan yang betul cara-cara bagaimana menulis dengan betul dan menarik minat pembaca

    Mudzamlie bin Mt Ali @ Abdul Halim
    Mudzamlie bin Mt Ali @ Abdul HalimJuruteknik tingkatan biasa (TT09), ICT RO Kuantan TNB

share on