Kursus Penulisan Artikel Web | Bengkel Penulisan Web Portal

Membangun Imej Online Organisasi

Menulis rencana untuk tujuan cetakan dan di web portal adalah berbeza. Apabila ia tidak dikendalikan dengan betul, maklumat tidak sampai, pelanggan tidak berpuas hati dan kesan berantai berlaku kepada keseluruhan organisasi.

Penulisan berita dan rencana di web portal memperkenalkan organisasi kepada khalayak dalam situasi yang terbaik dan berimej positif di mata pembaca. Ia bermula dengan mengetahui apakah gaya penulisan yang mesra mata di skrin dan mesra mata pada bahan cetak.

Kaedah ini digunakan oleh organisasi sebagai cara mendorong kepada para kakitangan organisasi bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka kepada kakitangan dalaman atau pun kepada orang luar.

Bengkel yang wajib disertai oleh anda apabila anda ingin melihat penulisan dan penerbitan buku secara sinergi. Apabila anda menyertai program ini, anda akan didedahkan mengenai apakah mitos-mitos dan faktor penghalang kepada seorang penulis. Di sini anda akan memecahkan belenggu yang bermain di minta kebanyakan penulis.

Bukan itu sahaja, anda akan didedahkan kaedah untuk melindungi hak cipta, menjaga harta intelek anda yang amat berharga itu. anda juga akan diberikan pendedahan teknik langkah demi langkah menghasilkan sebuah penulisan buku yang memenuhi kehendak pasaran. Daripada bagaimana memilih bidang, mencerna idea hinggalah menumpahkan idea anda ke atas kertas. Di samping itu juga anda akan mengetahui keseluruhan proses penerbitan buku, percetakan hinggalah kepada memasarkannya ke pasaran.

Durasi Program

1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Apakah Kelainan Program Ini?

  • Bengkel ini dikendalikan oleh pengamal dalam dunia penulisan. Beliau menekankan 80 peratus praktikal dan 20 peratus teori
  • Pengalaman organisasi dan penerbitan komersial digabungkan. Ini menjadi nilai tambah kepada peserta dalam bengkel.
  • 'Result orientation' yang tinggi ditekankan berdasarkan keperluan penganjur apabila diperlukan melalui saranan selepas bengkel.

Fasa-Fasa Latihan

  • Fasa Pertama : Penulis
  • Fasa Kedua : Penulisan
  • Fasa Ketiga : Pemasaran

Modul yang Dibentangkan

  • Modul 1: Motivasi penulisan
  • Modul 2: Hak penulis & hak Cipta
  • Modul 3: Bedah siasat web 2.0
  • Modul 4: Memahami konsep penulisan untuk online
  • Modul 5: Menstruktur rencana mesra pembaca
  • Modul 6: Pembentangan, analisa dan penstrukturan
  • Modul 7: Mahir kaedah jana idea
  • Modul 8 : Kaedah mencari bahan 2.0
  • Modul 9: Dunia penulisan berita

Siapa Jurulatih Bengkel?

Zamri Mohamad

Zamri MohamadPengarah Eksekutif di Akademi Penulis Sdn. Bhd.. Merupakan jurulatih dan perunding kanan yang aktif mengendalikan bengkel penulisan di dalam dan luar negara. Seorang penulis sepenuh masa dan rakan strategik pembangunan imej organisasi melalui penulisan dan kempen media online serta offline. Beliau sudah menulis 20 buah buku dalam pasaran. Beliau menulis secara aktif dalam akhbar dan majalah sebelum ini antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Minda, Majalah-I dan Mutiara Minda. Seorang jurulatih bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Aktif dalam melancarkan gerakan pembacaan melalui Baca@LRT, Baca@Komuter dan terlibat secara aktif dalam Perbadanan Kota Buku Berhad.

Azree Hanifiah

Azree HanifiahSeorang yang berpengalaman selama 3 tahun sebagai fotografer rasmi bagi sebuah badan NGO antarabangsa WAMY (World Assembly of Muslim Youth) yang berpusat di Arab Saudi. Beliau sering mengadakan bengkel fotografi bagi tujuan bisnes kecil, pendidikan dan korporat. Juga menjadi pengasas untuk Yosh Fotografi iaitu satu komuniti remaja Muslim yang berdakwah melalui foto. Merupakan trainer khusus dalam bidang pembangunan laman web, fotografi dan editing untuk individu, agensi swasta, badan kerajaan dan universiti. Sekarang beliau adalah pengurus unit penerbitan eBook PTS Media Group Sdn Bhd yang menerbitkan karya-karya berbahasa Melayu dalam versi digital. Karya-karya ini dapat diakses di portal maya e-sentral.com. Antara pelanggan yang pernah menggunakan khidmat beliau adalah Kementerian Belia dan Sukan, Markas Tentera Laut Diraja Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Dapatkan Sebut Harga

Permohonan Sebut Harga untuk Kursus

Pohon isikan maklumat selengkapnya bagi memudahkan pihak kami memberikan perkhidmatan terbaik buat pihak Anda
  • Please enter a value between 0 and 100.

Apa pandangan peserta yang pernah menyertai bengkel kendalian kami

Kursus ini telah memberikan ilmu dalam menghasilkan penulisan yang boleh menjadi rujukan generasi masa depan. Perjalanan kursus baik dan penceramah ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

Ir. Mohd Aminudin Md Amin
Ir. Mohd Aminudin Md Amin Pengarah CPK, Jabatan Kerja Raya Malaysia

Amat memuaskan. Banyak cara-cara dan teknik-teknik penulisan yang disampaikan sehinggakan keinginan saya untuk menulis buku memuncak. Kursus ini sangat baik dan perlu diteruskan bagi semua pendidik dan semua yang berminat untuk menulis

Yufiza Mohd Yusof
Yufiza Mohd Yusof Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Sg. Siput, Perak