Kursus Penulisan Buletin | Bengkel Penulisan Rencana, Berita & Artikel

Membangun Penjenamaan Korporat Organisasi

Apabila anda menulis sesuatu rencana untuk dalam mana-mana ruangan penulisan, ia bukan sahaja akan menaikkan imej diri anda tetapi juga organisasi tempat anda berfungsi serentak. Penulisan artikel dan rencana dapat memperkenalkan organisasi kepada khalayak dalam situasi yang terbaik dan berimej positif di mata pembaca.

Kaedah ini digunakan oleh organisasi sebagai cara mendorong kepada para kakitangan organisasi bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka kepada kakitangan dalaman ataupun kepada orang luar.

Menyusun maklumat dari awal

Organisasi yang memberi pendedahan kepada setiap kakitangan teknik menulis berita dan rencana akan membantu setiap jabatan mendokumentasi perkembangan mereka dan dijadikan bahan cetak seperti buletin, buku sambutan ulang tahun dan bahan sebaran umum.

Mendorong sikap sayang dan hormat organisasi

Amalan organisasi antarabangsa mendorong kakitangan menulis berita dan rencana mencetuskan perasaan hormat, sayang dan menjaga nama organisasi. Ini adalah Kesan daripada melibatkan mereka dalam perkembangan organisasi secara dalam diam.

Durasi Program

1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Apa yang Peserta Akan Peroleh?

Di akhir bengkel ini anda sebagai peserta akan:

  • Memahami bagaimana teknik penulisan majalah dan akhbar diamalkan oleh para pengamal media komersial dan non komersial
  • Menguasai cara menulis gaya majalah dan akhbar ke atas maklumat organisasi.
  • Merancang kaedah mencipta kejayaan-kejayaan menyiarkan rencana organisasi ke dalam buletin, akhbar dan majalah.

3 Komponen Bengkel

  • KOMPONEN 1: Penulis
  • KOMPONEN 2: Penulisan
  • KOMPONEN 3: Pemasaran

Modul yang Dibentangkan

  • Modul 1: Motivasi penulisan.
  • Modul 2: Hak penulis & hak cipta.
  • Modul 3: Cara bekerja seorang penulis berita & rencana.
  • Modul 4: Bedah siasat gaya majalah dan akhbar di Malaysia.
  • Modul 5: Mahir kaedah jana idea.
  • Modul 6 : Kaedah mencari bahan 2.0.
  • Modul 7 : Membangunkan rencana berpengaruh.
  • Modul 8: Dunia penulisan berita.
  • Modul 9 Merancang pelan tindakan jabatan dan individu.

Siapa Jurulatih Bengkel?

Zamri Mohamad

Zamri MohamadPengarah Eksekutif di Akademi Penulis Sdn. Bhd.. Merupakan jurulatih dan perunding kanan yang aktif mengendalikan bengkel penulisan di dalam dan luar negara. Seorang penulis sepenuh masa dan rakan strategik pembangunan imej organisasi melalui penulisan dan kempen media online serta offline. Beliau sudah menulis 20 buah buku dalam pasaran. Beliau menulis secara aktif dalam akhbar dan majalah sebelum ini antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Minda, Majalah-I dan Mutiara Minda. Seorang jurulatih bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Aktif dalam melancarkan gerakan pembacaan melalui Baca@LRT, Baca@Komuter dan terlibat secara aktif dalam Perbadanan Kota Buku Berhad.

Dapatkan Sebut Harga

Permohonan Sebut Harga untuk Kursus

Pohon isikan maklumat selengkapnya bagi memudahkan pihak kami memberikan perkhidmatan terbaik buat pihak Anda
  • Please enter a value between 0 and 100.

Apa pandangan peserta yang pernah menyertai bengkel kendalian kami

Kursus ini telah memberikan ilmu dalam menghasilkan penulisan yang boleh menjadi rujukan generasi masa depan. Perjalanan kursus baik dan penceramah ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

Ir. Mohd Aminudin Md Amin
Ir. Mohd Aminudin Md Amin Pengarah CPK, Jabatan Kerja Raya Malaysia

Amat memuaskan. Banyak cara-cara dan teknik-teknik penulisan yang disampaikan sehinggakan keinginan saya untuk menulis buku memuncak. Kursus ini sangat baik dan perlu diteruskan bagi semua pendidik dan semua yang berminat untuk menulis

Yufiza Mohd Yusof
Yufiza Mohd Yusof Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Sg. Siput, Perak