Kursus Penulisan Buletin

Bengkel Penulisan Rencana, Berita & Artikel
Membangun Penjenamaan Korporat Organisasi

Apabila anda menulis sesuatu rencana untuk dalam mana-mana ruangan penulisan, ia bukan sahaja akan menaikkan imej diri anda tetapi juga organisasi tempat anda berfungsi serentak. Penulisan artikel dan rencana dapat memperkenalkan organisasi kepada khalayak dalam situasi yang terbaik dan berimej positif di mata pembaca.

Kaedah ini digunakan oleh organisasi sebagai cara mendorong kepada para kakitangan organisasi bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka kepada kakitangan dalaman ataupun kepada orang luar.

Menyusun maklumat dari awal

Organisasi yang memberi pendedahan kepada setiap kakitangan teknik menulis berita dan rencana akan membantu setiap jabatan mendokumentasi perkembangan mereka dan dijadikan bahan cetak seperti buletin, buku sambutan ulang tahun dan bahan sebaran umum.

Mendorong sikap sayang dan hormat organisasi

Amalan organisasi antarabangsa mendorong kakitangan menulis berita dan rencana mencetuskan perasaan hormat, sayang dan menjaga nama organisasi. Ini adalah Kesan daripada melibatkan mereka dalam perkembangan organisasi secara dalam diam.

Durasi Program

1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Apa yang Peserta Akan Peroleh?

Di akhir bengkel ini anda sebagai peserta akan:

3 Komponen Bengkel

Modul yang Dibentangkan

Siapa Jurulatih Bengkel?

Zamri Mohamad

Zamri Mohamad

Pengarah Eksekutif di Akademi Penulis Sdn. Bhd.. Merupakan jurulatih dan perunding kanan yang aktif mengendalikan bengkel penulisan di dalam dan luar negara. Seorang penulis sepenuh masa dan rakan strategik pembangunan imej organisasi melalui penulisan dan kempen media online serta offline. Beliau sudah menulis 20 buah buku dalam pasaran. Beliau menulis secara aktif dalam akhbar dan majalah sebelum ini antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Minda, Majalah-I dan Mutiara Minda. Seorang jurulatih bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Aktif dalam melancarkan gerakan pembacaan melalui Baca@LRT, Baca@Komuter dan terlibat secara aktif dalam Perbadanan Kota Buku Berhad.

Dapatkan Sebutharga

Apa pandangan peserta yang pernah menyertai bengkel kendalian kami

  • Kursus ini telah memberikan ilmu dalam menghasilkan penulisan yang boleh menjadi rujukan generasi masa depan. Perjalanan kursus baik dan penceramah ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

    Ir. Mohd Aminudin Md Amin
    Ir. Mohd Aminudin Md AminPengarah CPK, Jabatan Kerja Raya Malaysia
  • Amat memuaskan. Banyak cara-cara dan teknik-teknik penulisan yang disampaikan sehinggakan keinginan saya untuk menulis buku memuncak. Kursus ini sangat baik dan perlu diteruskan bagi semua pendidik dan semua yang berminat untuk menulis

    Yufiza Mohd Yusof
    Yufiza Mohd YusofPegawai Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Sg. Siput, Perak
  • Banyak ilmu yang saya dapat terutama dari segi penulisan yang betul cara-cara bagaimana menulis dengan betul dan menarik minat pembaca

    Mudzamlie bin Mt Ali @ Abdul Halim
    Mudzamlie bin Mt Ali @ Abdul HalimJuruteknik tingkatan biasa (TT09), ICT RO Kuantan TNB

share on