Kursus Penulisan Laporan Tahunan | Bengkel Penulisan Laporan Tahunan

Membangun Penjenamaan Korporat Organisasi

Bengkel Penulisan Laporan Tahunan Berwibawa ini adalah bengkel komprehensif mengenai laporan tahunan berdasarkan kajian dan pengalaman mengendalikan latihan dalam bidang penerbitan buku di pasaran buku Malaysia.

Sememangnya tidak mustahil untuk menghasilkan laporan tahunan yang berkualiti tinggi dan berwibawa asalkan ia dipandu dengan teknik dan langkah yang betul. Laporan tahunan sewajarnya tidak dipandang remeh kerana ia adalah bentuk penerbitan tahunan yang dapat membantu meningkatkan kualiti penjenamaan organisasi seandainya ia dimanfaatkan sebaik mungkin.

Durasi Program

1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Apa yang Peserta Akan Peroleh?

Bengkel ini akan:

  • Mendedahkan rahsia dan teknik penghasilan sebuah laporan tahunan yang mencerminkan imej positif organisasi, menjadi alat penjenamaan yang berkuasa dan bahan penceritaan yang sedap dibaca oleh kumpulan sasaran utama.
  • Melatih pihak yang berkenaan untuk melihat proses penghasilan laporan tahunan secara menyeluruh dan komprehensif menggunakan pendekatan yang praktikal mengikut kapasiti dan kemampuan organisasi.
  • Memberikan panduan langkah demi langkah daripada proses percambahan idea dan pengumpulan bahan berkaitan sehingga proses askhir sebelum laporan tahun dihantar kepada percetakan.

Modul yang Dibentangkan

  • Modul 1: Motivasi Penulisan Laporan Tahunan
  • Modul 2: Memahami Psikologi Pembaca Laporan Tahunan
  • Modul 3: Pengenalan Kepada Laporan Tahunan
  • Modul 4: Pelan Operasi Penulisan Laporan Tahunan
  • Modul 5: Teknik Menulis KJ Method untuk Penulisan Laporan Tahunan
  • Modul 6: Teknik Menulis – Menstrukturkan Penulisan Laporan Tahunan
  • Modul 7: Pasca Penulisan Laporan Tahunan
  • Modul 8: Memahami Pakej Penerbitan laporan Tahunan
  • Modul 9: Hak Penulis & Hak Cipta

Siapa Jurulatih Bengkel?

Mohd Ikram Wazir

Ikram WazirPengurus Besar Penerbitan PTS Media Group Sdn. Bhd., syarikat yang menaungi Kumpulan Penerbitan PTS. Graduan jurusan ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini bermula daripada menjadi seorang editor peroleh di PTS Millennia Sdn Bhd, membangunkan produk-produk buku bestseller di sana. Beliau sering dijemput mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dokumen rasmi kerajaan dan bengkel mengalihkan tesis kepada buku bestseller di institusi kerajaan dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Beliau juga pernah menghasilkan beberapa buah buku antaranya buku bestseller PTS, Anggun Di Luar Serlah Pesona dari Dalam. Beliau juga adalah jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Dapatkan Sebut Harga

Permohonan Sebut Harga untuk Kursus

Pohon isikan maklumat selengkapnya bagi memudahkan pihak kami memberikan perkhidmatan terbaik buat pihak Anda
  • Please enter a value between 0 and 100.

Apa pandangan peserta yang pernah menyertai bengkel kendalian kami

Kursus ini telah memberikan ilmu dalam menghasilkan penulisan yang boleh menjadi rujukan generasi masa depan. Perjalanan kursus baik dan penceramah ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

Ir. Mohd Aminudin Md Amin
Ir. Mohd Aminudin Md Amin Pengarah CPK, Jabatan Kerja Raya Malaysia

Amat memuaskan. Banyak cara-cara dan teknik-teknik penulisan yang disampaikan sehinggakan keinginan saya untuk menulis buku memuncak. Kursus ini sangat baik dan perlu diteruskan bagi semua pendidik dan semua yang berminat untuk menulis

Yufiza Mohd Yusof
Yufiza Mohd Yusof Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Sg. Siput, Perak