Kursus Penulisan Teknikal

Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan
Pemantapan Sistem Dokumentasi Organisasi Kerajaan

Sama ada pihak swasta mahupun kerajaan menghadapi cabaran dalam melatih ahli organisasi khususnya yang baru dalam aspek dokumentasi teknikal. Antara yang dikenal pasti adalah melibatkan penyediaan dokumen penting pengurusan seperti dokumen-dokumen rasmi melibatkan laporan, memorandum, kertas projek dan kertas konsep, minit mesyuarat dan sebagainya.

Isu yang berbangkit adalah kekurangan pegawai yang benar-benar memahami konsep dan format yang sebenar dalam pengendalian dokumen-dokumen rasmi ini. Ini secara tidak langsung membawa kepada isu kualiti dalam penyediaan dokumen yang terbabit. Kadangkala ditambah pula dengan penguasaan bahasa yang lemah, ia menyebabkan penyediaan dokumen yang boleh dipersoalkan kredibilitinya.

Dokumentasi yang bersesuaian diselarikan dengan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan amat penting bagi memastikan kelancaran segala urusan pentadbiran.

Bengkel yang wajib disertai oleh anda apabila anda ingin melihat penulisan dan penerbitan buku secara sinergi. Apabila anda menyertai program ini, anda akan didedahkan mengenai apakah mitos-mitos dan faktor penghalang kepada seorang penulis. Di sini anda akan memecahkan belenggu yang bermain di minta kebanyakan penulis.

Bukan itu sahaja, anda akan didedahkan kaedah untuk melindungi hak cipta, menjaga harta intelek anda yang amat berharga itu. anda juga akan diberikan pendedahan teknik langkah demi langkah menghasilkan sebuah penulisan buku yang memenuhi kehendak pasaran. Daripada bagaimana memilih bidang, mencerna idea hinggalah menumpahkan idea anda ke atas kertas. Di samping itu juga anda akan mengetahui keseluruhan proses penerbitan buku, percetakan hinggalah kepada memasarkannya ke pasaran.

Durasi Program

1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Apa yang Peserta Akan Peroleh?

Bengkel ini dapat:

Modul yang Dibentangkan

Siapa Jurulatih Bengkel?

Dato’ Nazim Mohamad Shaari

Dato' Nadzim Shaari

Pernah memegang beberapa jawatan penting kerajaan. Beliau pernah menjadi pegawai anggota Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (Malaysian Administrative and Diplomatic Service) selama 30 tahun. Berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Kemudian beliau dinaikkan menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri II Perak Darul Ridzuan sebelum bersara daripada perkhidmatan. Jurulatih dan perunding kanan dalam bidang pengurusan strategik dan penulisan teknikal. Antara pelanggan yang menjemput beliau adalah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Dalam Negeri, Pejabat Kesihatan Negeri Perak, Kementerian Kesihatan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan ramai l

MOHD IKRAM WAZIR

Ikram Wazir

Pengurus Besar Penerbitan PTS Media Group Sdn. Bhd., syarikat yang menaungi Kumpulan Penerbitan PTS. Graduan jurusan ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini bermula daripada menjadi seorang editor peroleh di PTS Millennia Sdn Bhd, membangunkan produk-produk buku bestseller di sana. Beliau sering dijemput mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dokumen rasmi kerajaan dan bengkel mengalihkan tesis kepada buku bestseller di institusi kerajaan dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Beliau juga pernah menghasilkan beberapa buah buku antaranya buku bestseller PTS, Anggun Di Luar Serlah Pesona dari Dalam. Beliau juga adalah jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Dapatkan Sebutharga

Apa pandangan peserta yang pernah menyertai bengkel kendalian kami

  • Kursus ini telah memberikan ilmu dalam menghasilkan penulisan yang boleh menjadi rujukan generasi masa depan. Perjalanan kursus baik dan penceramah ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

    Ir. Mohd Aminudin Md Amin
    Ir. Mohd Aminudin Md AminPengarah CPK, Jabatan Kerja Raya Malaysia
  • Amat memuaskan. Banyak cara-cara dan teknik-teknik penulisan yang disampaikan sehinggakan keinginan saya untuk menulis buku memuncak. Kursus ini sangat baik dan perlu diteruskan bagi semua pendidik dan semua yang berminat untuk menulis

    Yufiza Mohd Yusof
    Yufiza Mohd YusofPegawai Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Sg. Siput, Perak
  • Banyak ilmu yang saya dapat terutama dari segi penulisan yang betul cara-cara bagaimana menulis dengan betul dan menarik minat pembaca

    Mudzamlie bin Mt Ali @ Abdul Halim
    Mudzamlie bin Mt Ali @ Abdul HalimJuruteknik tingkatan biasa (TT09), ICT RO Kuantan TNB

share on