Kursus Penulisan Buku | Bengkel Mengalihkan Tesis kepada Buku Bestseller

Daripada Alam Akademik ke Alam Popular

Sebenarnya kita mempunyai jumlah manuskrip yang cukup banyak untuk diterbitkan menjadi buku. Manuskrip yang dimaksudkan ini adalah tesis. Saban tahun kita melahirkan beribu-ribu graduan pasca sarjana dan ratusan pelajar ijazah doktor falsafah.

Daripada jumlah itu, tesis yang terhasil sudah tentu mampu memenuhi permintaan pembaca buku jika ia diterbitkan. Namun, ia kembali kepada persoalan yang paling asas, adakah manuskrip tesis itu sesuai untuk diterbitkan? Adakah ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi? Adakah ia dapat memenuhi kehendak pembaca di pasaran buku Malaysia? Adakah ia mampu menjadi karya bestseller?

Bengkel Daripada Tesis kepada Buku Bestseller ini dibentuk hasil daripada pengamatan dan pengalaman bertahun-tahun dalam mengendalikan penerbitan buku di pasaran buku Malaysia. Sememangnya tidak mustahil untuk menghasilkan buku-buku bestseller daripada tesis asalkan ia dialihkan dengan sistem yang betul. Namun ramai yang kecundang dalam proses mengalihkan tesis kepada buku hanya kerana kurangnya pengalaman dan sokongan daripada pihak yang berpengalaman.

Durasi Program

1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Apa yang Peserta Akan Peroleh?

Di akhir bengkel ini anda sebagai peserta akan:

  • Mendedahkan rahsia dan teknik memindahkan tesis kepada manuskrip yang sedia untuk diterbitkan kepada individu yang mempunyai tesis pasca sarjana mahupun ijazah doktor falsafah.
  • Melatih individu yang mempunyai tesis pasca sarjana mahupun ijazah doktor falsafah bagi menaik taraf tesis menjadi buku bestseller.
  • Melatih editor memahami anatomi memindahkan tesis pasca sarjana mahupun ijazah doktor falsafah menjadi buku yang sedia untuk diterbitkan.

Modul yang Dibentangkan

  • Modul 1: Dunia penulisan & penerbitan : motivasi & pengalaman.
  • Modul 2: Pengarang & undang-undang : kenali hak anda.
  • Modul 3: Penarafan universiti dunia dan penyelidikan & penulisan.
  • Modul 4: Memahami bestseller & anatomi buku bestseller.
  • Modul 5: Proses penerbitan buku.
  • Modul 6: Teknik pemindahan tesis kepada buku bestseller.
  • Modul 7: Membedah buku bestseller yang asalnya tesis.
  • Modul 8: Membedah tesis untuk dijadikan buku bestseller.
  • Modul 9: Pengubahsuaian awalan, isi dan akhiran tesis kepada buku.
  • Modul 10: Pengubahsuaian pakej tesis kepada pakej buku bestseller.
  • Modul 11: Memahami ekonomi penerbitan tesis kepada buku bestseller.

Siapa Jurulatih Bengkel?

Fauzul Na'im Ishak

Fauzul Naim IshakMaster trainer dan pengasas Akademi Penulis Sdn. Bhd.. Beliau juga adalah sebagai Pengarah Penerbitan di PTS Media Group Sdn. Bhd. Seorang jurulatih program latihan bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia dan GEM International. Beliau diiktiraf di antara jurulatih paling bertauliah untuk mengendalikan bengkel-bengkel penulisan buku dan ilmiah di seluruh Malaysia. Beliau sudah mengendalikan lebih daripada 300 bengkel penulisan dan pembangunan potensi diri dengan peserta melebihi 10,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia. Beliau dilantik sebagai Naib Presiden 1, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Musim Malaysia. Antara para pelanggan beliau adalah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan banyak lagi.

Mohd Ikram Wazir

Ikram WazirPengurus Besar Penerbitan PTS Media Group Sdn. Bhd., syarikat yang menaungi Kumpulan Penerbitan PTS. Graduan jurusan ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini bermula daripada menjadi seorang editor peroleh di PTS Millennia Sdn Bhd, membangunkan produk-produk buku bestseller di sana. Beliau sering dijemput mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dokumen rasmi kerajaan dan bengkel mengalihkan tesis kepada buku bestseller di institusi kerajaan dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Beliau juga pernah menghasilkan beberapa buah buku antaranya buku bestseller PTS, Anggun Di Luar Serlah Pesona dari Dalam. Beliau juga adalah jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Dapatkan Sebut Harga

Permohonan Sebut Harga untuk Kursus

Pohon isikan maklumat selengkapnya bagi memudahkan pihak kami memberikan perkhidmatan terbaik buat pihak Anda
  • Please enter a value between 0 and 100.

Apa pandangan peserta yang pernah menyertai bengkel kendalian kami

Kursus ini telah memberikan ilmu dalam menghasilkan penulisan yang boleh menjadi rujukan generasi masa depan. Perjalanan kursus baik dan penceramah ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

Ir. Mohd Aminudin Md Amin
Ir. Mohd Aminudin Md Amin Pengarah CPK, Jabatan Kerja Raya Malaysia

Amat memuaskan. Banyak cara-cara dan teknik-teknik penulisan yang disampaikan sehinggakan keinginan saya untuk menulis buku memuncak. Kursus ini sangat baik dan perlu diteruskan bagi semua pendidik dan semua yang berminat untuk menulis

Yufiza Mohd Yusof
Yufiza Mohd Yusof Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Sg. Siput, Perak