Akademi Penulis menganjurkan bengkel khusus untuk awam. Ini bagi memberikan peluang dan ruang kepada semua ahli masyarakat bagi mendapatkan input terbaik daripada orang industri mengenai industri perbukuan, majalah dan akhbar luar dan dalam negara.
Para jurulatih kami adalah di kalangan para pakar yang menceburi dunia penulisan dan penerbitan buku, majalah dan akhbar sejak 10 tahun lampau. Ini menjadikan mereka adalah individu terbaik untuk mengendalikan bengkel-bengkel penulisan ini. Program-program dianjurkan sama ada di hotel terpilih dan ruang latihan Akademi Penulis.
Program latihan awam Akademi Penulis ini terbahagi kepada 3 jenis:
A) Program Latihan Penulisan Peringkat Asas (INTRO)
Ini adalah program 1 hari yang memberikan asas pengetahuan penulisan dalam pelbagai bidang penulisan. Program ini memberikan gambaran menyeluruh dan sesuai bagi mereka yang ingin berkenalan dengan dunia penulisan.
B) Program Latihan Penulisan Peringkat Termaju (ADVANCE)
Ini adalah program tahap termaju (ADVANCE). Ia dianjurkan selama 2 ke 3 hari untuk memberikan pengetahuan mendalam dan intensif untuk para penulis yang serius untuk meneburi dunia penulisan.
C) Klinik Penulisan
Klinik penulisan ini adalah program separuh hari khusus untuk perbincangan proposal dan manuskrip buku. Ia diadakan khusus bagi mereka yang sudah menyiapkan proposal dan manuskrip mereka. Bahan-bahan ini akan diberikan pandangan oleh para perunding dan jurulatih Akademi Penulis.
Antara program yang sudah dianjurkan dan bakal diadakan adalah:
- Bengkel Penulis Super
- Bengkel Penulisan Berita & Rencana
- Bengkel Penulisan Novel
- Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku Bestseller
- Seminar Jana Wang Dengan Menulis
- Seminar Penulisan Buku Popular
Kepada yang berminat untuk mengetahui jadual program anjuran Akademi Penulis, sila layari laman web ini selalu. Pihak kami akan mengemaskini maklumat daripada semasa ke semasa.

Para peserta Bengkel Peulisan Novel bersama jurulatih utama, Tuan Fauzul Na'im dan jurulatih kanan, Cik Salina Ibrahim


