Akademi Penulis melalui syarikat bersekutu Book Pro Publishing Services sering dijemput bagi mengendalikan bengkel-bengkel penulisan untuk latihan dalamanĀ organisasi kerajaan/korporat di dalam dan luar negara. Bengkel-bengkel ini dianjurkan berdasarkan keperluan organisasi terbabit.
Bengkel-bengkel anjuran Akademi Penulis di organisasi kerajaan dan korporat adalah:
- Bengkel Penulisan Ilmiah
- Bengkel Penulisan Buletin / Berita dan Rencana
- Bengkel Mengalihkan Tesis/Modul/Bahan Penyelidikan Kepada Buku
- Bengkel Pemerkasaan Manuskrip
- Bengkel Penulisan Laporan Tahunan
- Bengkel Perekaan Penerbitan
- Bengkel Penulisan Surat-Menyurat, Minit Mesyuarat dan Memorandum
- Bengkel Penulisan Fiksyen/Karya Kreatif/Novel
Bengkel-bengkel ini dikendalikan oleh para pakar dan jurulatih kanan kami yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan industri berkaitan.
Pihak kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Anda bagi mengendalikan program latihan dalaman dalam bidang penulisan di organisasi/tempat Anda. Kami memberikan komitmen untuk mereka bentuk modul bersesuaian dengan keperluan pihak Anda.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh terus menghubungi saudara Abdul Qahhar Mohd Noor, Timbalan Pengurus Akademi Penulis di talian (+6) 013 628 8614 ataupun email latihan@akademipenulis.com.

Bengkel Penerbitan dan Penulisan Modul Politeknik Merlimau Melaka

Bengkel Penulisan Berita & Rencana CIDB

Bengkel Penulisan Laporan Tahunan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


