Program Publik

Khas untuk individu yang ingin menambah pendapatan pasif dan ingin meningkatkan kredibiliti dalam pasaran

Akademi Penulis menganjurkan bengkel khusus untuk awam. Ini bagi memberikan peluang dan ruang kepada semua ahli masyarakat bagi mendapatkan input terbaik daripada orang industri mengenai industri perbukuan, majalah dan akhbar luar dan dalam negara.

Para jurulatih kami adalah di kalangan para pakar yang menceburi dunia penulisan dan penerbitan buku, majalah dan akhbar sejak 10 tahun lampau. Ini menjadikan mereka adalah individu terbaik untuk mengendalikan bengkel-bengkel penulisan ini. Program-program dianjurkan sama ada di hotel terpilih dan ruang latihan Akademi Penulis.

Program latihan awam Akademi Penulis ini terbahagi kepada 3 jenis:

Program Latihan Penulisan Peringkat Asas

Ini adalah program 1 hari yang memberikan asas pengetahuan penulisan dalam pelbagai bidang penulisan. Program ini memberikan gambaran menyeluruh dan sesuai bagi mereka yang ingin berkenalan dengan dunia penulisan.

Program Latihan Penulisan Peringkat Advance

Ini adalah program tahap termaju (ADVANCE). Ia dianjurkan selama 2 ke 3 hari untuk memberikan pengetahuan mendalam dan intensif untuk para penulis yang serius untuk meneburi dunia penulisan.

Klinik Penulisan

Klinik penulisan ini adalah program separuh hari khusus untuk perbincangan proposal dan manuskrip buku. Ia diadakan khusus bagi mereka yang sudah menyiapkan proposal dan manuskrip mereka. Bahan-bahan ini akan diberikan pandangan oleh para perunding dan jurulatih Akademi Penulis.

Antara program yang sudah dianjurkan dan bakal diadakan adalah:

Kepada yang berminat untuk mengetahui jadual program anjuran Akademi Penulis, sila layari laman web ini selalu. Pihak kami akan mengemaskini maklumat daripada semasa ke semasa.

Dapatkan Sebutharga

Apa pandangan peserta yang pernah menyertai bengkel kendalian kami

  • Bengkel anjuran Akademi Penulis membuka dimensi baru dalam pola pemikiran saya sebagai individu yang cuba berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Saya rasa teruja dan tercabar untuk memenuhi potensi diri sebagai penulis selepas menghadiri bengkel kendalian Akademi Penulis.

    Dr. Syed Najmuddin Syed Hassan
    Dr. Syed Najmuddin Syed HassanPengarah Pusat Pengajian & Pembelajaran UTEM
  • Amat memuaskan. Banyak cara-cara dan teknik-teknik penulisan yang disampaikan sehinggakan keinginan saya untuk menulis buku memuncak. Kursus ini sangat baik dan perlu diteruskan bagi semua pendidik dan semua yang berminat untuk menulis

    Yufiza Mohd Yusof
    Yufiza Mohd YusofPegawai Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Sg. Siput, Perak
  • Banyak ilmu yang saya dapat terutama dari segi penulisan yang betul cara-cara bagaimana menulis dengan betul dan menarik minat pembaca

    Mudzamlie bin Mt Ali @ Abdul Halim
    Mudzamlie bin Mt Ali @ Abdul HalimJuruteknik tingkatan biasa (TT09), ICT RO Kuantan TNB

share on