Program Latihan Dalaman Organisasi

Kami Memenuhi Keperluan Organisasi Cemerlang

Akademi Penulis sering dijemput bagi mengendalikan bengkel-bengkel penulisan untuk latihan dalamanĀ  organisasi kerajaan/korporat di dalam dan luar negara. Bengkel-bengkel ini dianjurkan berdasarkan keperluan organisasi terbabit.

Bengkel-bengkel anjuran Akademi Penulis di organisasi kerajaan dan korporat adalah:

  • Bengkel Penulisan Ilmiah
  • Bengkel Penulisan Buletin / Berita dan Rencana
  • Bengkel Mengalihkan Tesis/Modul/Bahan Penyelidikan Kepada Buku
  • Bengkel Pemerkasaan Manuskrip
  • Bengkel Penulisan Laporan Tahunan
  • Bengkel Perekaan Penerbitan
  • Bengkel Penulisan Surat Rasmi, Minit Mesyuarat dan Memorandum
  • Bengkel Penulisan Fiksyen/Karya Kreatif/Novel

Bengkel-bengkel ini dikendalikan oleh para pakar dan jurulatih kanan kami yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan industri berkaitan.

Pihak kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Anda bagi mengendalikan program latihan dalaman dalam bidang penulisan di organisasi/tempat Anda. Kami memberikan komitmen untuk mereka bentuk modul bersesuaian dengan keperluan pihak Anda.

Bengkel Penulisan Buku Bukan Fiksyen Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia

Bengkel Penulisan Ilmiah Dewan Bahasa & Pustaka Brunei

Bengkel Penulisan Ilmiah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor

Bengkel Penulisan Laporan Tahunan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Dapatkan Sebut Harga

Permohonan Sebut Harga untuk Kursus

Pohon isikan maklumat selengkapnya bagi memudahkan pihak kami memberikan perkhidmatan terbaik buat pihak Anda
  • Please enter a value between 0 and 100.

Apa pandangan peserta yang pernah menyertai bengkel kendalian kami

Bengkel anjuran Akademi Penulis membuka dimensi baru dalam pola pemikiran saya sebagai individu yang cuba berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Saya rasa teruja dan tercabar untuk memenuhi potensi diri sebagai penulis selepas menghadiri bengkel kendalian Akademi Penulis.

Dr. Syed Najmuddin Syed Hassan
Dr. Syed Najmuddin Syed Hassan Pengarah Pusat Pengajian & Pembelajaran UTEM

Amat memuaskan. Banyak cara-cara dan teknik-teknik penulisan yang disampaikan sehinggakan keinginan saya untuk menulis buku memuncak. Kursus ini sangat baik dan perlu diteruskan bagi semua pendidik dan semua yang berminat untuk menulis

Yufiza Mohd Yusof
Yufiza Mohd Yusof Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Sg. Siput, Perak