Portfolio

Selamat Datang Ke Akademi Penulis

Dunia penerbitan dan penulisan Malaysia berkembang dengan baik dari hari ke hari. Dahulunya hanya ada beberapa sahaja kedai buku ternama di sini, namun begitu sekarang berpuluh. Kedai-kedai buku berantai yang muncul mewarnai wajah dunia buku Malaysia dengan pilihan judul pelbagai. Kewujudan kedai-kedai buku super di bandar-bandar besar memberikan impak hebat kepada budaya membaca di Malaysia.

Walaubagaimanapun, perkembangan kedai-kedai buku besar ini tidak selari dengan penghasilan tajuk-tajuk baru yang berkualiti. Ini disebabkan oleh dua faktor iaitu kurangnya penulis-penulis baru dan kurangnya penghasilan buku dari penerbit tempatan. Kedua-dua faktor ini saling berkaitan dan amat mendesak di Malaysia.

Nisbah keperluan buku Malaysia bagi setiap seribu orang penduduk satu buku, oleh itu bagi populasi dua puluh lapan juta penduduk kita memerlukan dua puluh lapan ribu buku. Namun begitu penghasilannya sekarang di bawah sepuluh ribu naskhah sahaja. Usaha perlu digembleng bagi memastikan dunia buku Malaysia menjadi harmoni dengan lebih banyak judul-judul buku dengan wujudnya lebih banyak pengarang berkualiti dan hebat.

Apakah Itu Akademi Penulis?

Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blognya itu dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd.

Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Pengalaman inilah yang mewarnai dunia latihan Akademi Penulis. Akademi Penulis memperkenalkan pelbagai jenis program latihan penulisan. Antara yang sudah dibangunkan dan dilaksanakan adalah:

  • Seminar Jana Wang Dengan Menulis
  • Bengkel Praktikal Penulis Bestseller
  • Bengkel Penulis Super
  • Bengkel Penulisan Novel
  • Bengkel Penulisan Berita dan Rencana
  • Bengkel Pemerkasaan Manuskrip
  • Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku Bestseller

Kesemua program ini sudah dimulakan sejak tahun 2008. Sebelum itu, para pakar perunding di Akademi Penulis sering dijemput menyampaikan modul yang sama di organisasi kerajaan, organisasi swasta, institut pengajian tinggi awam dan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan. Antara pelanggan kami adalah :

  • Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia
  • Dewan Bahasa & Pustaka Brunei
  • Bahagian Teknik & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  • Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
  • e-Rehal Training & Services Sdn. Bhd.
  • Institut Aminuddin Baki (Kampus Induk Genting Highlands)
  • Universiti Malaya
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia, Kampus Perubatan, Kubang Kerian
  • Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan, Transkrian
  • Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
  • Angkatan Belia Islam Malaysia
  • dan ramai lagi

Akademi Penulis adalah anak syarikat kepada Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Maklumat mengenai Fauzul Na’im Sdn. Bhd. boleh diperoleh di www.fauzulnaim.com.

Pihak kami amat berminat bekerjasama dengan Anda untuk menganjurkan bengkel-bengkel di atas di tempat Tuan. Boleh hubungi kami di talian(+6) 03 4149 2460 ataupun email kepada latihan@akademipenulis.com ataupun ke ruangan Hubungi Kami

NOTA: Mana-mana program yang dimulakan dengan kod PUBLIC adalah untuk orang awam dan penganjurnya adalah Akademi Penulis sendiri. Ia boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Namun begitu bagi program berkod CORPORATE adalah program latihan dalam organisasi yang mana pihak Akademi Penulis dijemput menjadi pengendali sahaja.