Perkara Teknik Untuk Pembaca Yang Berfikir

Pada hari ini akan diadakan satu pertandingan boling antara anak syarikat PTS. Suatu acara yang pastinya menarik buat para ahli keluarga Kumpulan PTS. Ia dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi, Kumpulan PTS. Sebanyak 8 pasukan daripada unit Kumpulan PTS bakal menonjolkan aksi masing-masing pada malam ini.

Saya bersama isteri adalah antara peserta yang agak teruja dengan permainan ini. Apabila sesuatu perkara yang kami suka ataupun teruja, selalunya kami berdua akan melakukan sedikit sebanyak penyelidikan mengenainya. Daripada perkara yang berkaitan anak-anak, percutian, pemakanan hinggalah permainan.

Isteri dan saya membuka laman-laman web yang memberikan maklumat mengenai permainan boling. Banyak maklumat yang diperoleh daripada sana. Situasi begini membuat saya berfikir, mungkin ramai lagi manusia di luar sana yang sebenarnya mempunyai minat sebegini. Apabila sesuatu perkara menjentik minda dan menyebabkan ia teruja. Mereka membuat penyelidikan mengenainya.

Ini idea yang boleh dimanfaatkan oleh para penulis. Buku-buku teknikal mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh buku mengenai sukan, hobi, cara membela kucing dan sebagainya. Ia tidak meluas tetapi masih mempunyai nichenya yang tersendiri. Golongan sebegini tidak ‘sayang duit’ bagi mendapatkan maklumat berguna buat mereka

Speak Your Mind

*