Penulisan Buku Perlu Ada Warna
September 5, 2007 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Teknik
Masa betul-betul mencemburui saya. Hendak mencari masa terluang bagi menitipkan sedikit tulisan di sini pun perlu mencuri-curi detik penting. Banyak perkara yang berlaku di PTS. Hendak bercerita, panjang pula tulisan ini. Produk buku semakin hari semakin mencabar dan menarik. Buku-buku yang bagus-bagus bakal menemui peminat buku Malaysia dari PTS Millennia Sdn Bhd.

Apabila menyebut penulisan buku perlu ada warna. Tentu orang terbayang buku yang tebal, kulit dan isi dalam berwarna warni, penuh gambar dan ilustrasi. Bukan itu maksud saya.Apabila kita menulis buku, kita perlu menstrukturkan buku dengan baik. Kita perlu lihat apakah elemen-elemen yang ingin dimasukkan bagi memastikan buku tersebut menarik dibaca, isinya padat dan memudahkan pembacaan. Semua ilmu adalah mutiara bercahaya, keperluan ummah. Namun begitu bagaimanakah kita ingin memastikan ilmu itu mudah sampai kepada pembaca. Itulah kepentingannya penstrukturan buku.
Dalam buku ada beberapa elemen asas iaitu :
- Prakata
- Isi kandungan
- Bahagian
- Bab dalam bahagian
- Penutup
- Blurb
Kesemua di atas adalah elemen yang pada pandangan saya wajib ada di dalam buku. Namun begitu apabila bahan-bahan ini sahaja ia nampak seperti makanan tanpa hiasan. Tanpa penyeri tambahan. Kalau kita ke kedai makanan, kita memesan nasi goreng. Nasi goreng hanyalah nasi goreng jika tiada tambahan bahan lain. Jika kita hendak menjadikannya nasi goreng yang lebih menarik, kita tawarkan nasi goreng lain seperti nasi goreng pattaya, nasi goreng kampung, nasi goreng padprik dan sebagainya.
Nasi-nasi goreng ini tetap nasi goreng cuma ia sudah diubahsuai mengikut kesesuaian dan kehendak para pelanggan. Orang yang hendakkan nasi berlaukkan daging merah dan telur mata kerbau ia dipanggil nasi goreng USA. Nasi goreng bersalut telur dipanggil nasi goreng pattaya. Kesemua ini yang mewarnai penghasilan nasi goreng.
Begitu juga penulisan, ia perlu rempah ratus dan warna warni bagi memastikan ia dapat dihadam dengan baik oleh pembaca. Pandangan pertama mengenai buku tersebut pun baik. Para pembaca terus membeli sebaik sahaja membaca isinya. Ini yang kita akan bincangkan di sini dalam beberapa artikel daripada sekarang. Tunggu…..
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my
Terkini Dari Setiap Kategori
- Aktiviti/Pengumuman: Bengkel Intensif Teknik Menulis C2M pada 21 hingga 22 Februari 2009 - September 6th, 2008
- Dari Pejabat Akademi: JomTraining Sebagai Tempat Bengkel Intensif - September 6th, 2008
- Jadi Bestseller: Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa - May 13th, 2008
- Motivasi: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Soal Jawab Penulisan: Jawapan Kepada Abdul Malek : Adakah Tesis Ph.D. ataupun Master Boleh Diterbitkan - September 7th, 2008
- Teknik: Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Utama: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Teknik
- Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Konsep Berdasarkan Tujuan - January 11th, 2008
- Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Konsep Buku? - November 28th, 2007
- Perkara Teknik Untuk Pembaca Yang Berfikir - November 21st, 2007
- Tip Menulis 3 : Cari & Jumpa Penerbit - November 5th, 2007












Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!