Mentor : Zamri Mohamad


zamri_mohamad.jpg

Zamri Mohamad dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengk hususan kewartawanan dan media.  Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001.

Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama. Beliau muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademia, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV dan kemudiannya menjawat jawatan Pembantu Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.  Beliau sekarang sepenuh masa menulis dan mengendalikan program penulisan. Beliau juga menggerakkan dan memenuhi jemputan bagi mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dalam skala kecil untuk para remaja sekolah dan institusi pengajian tinggi yang berminat menghasilkan penulisan berbentuk rencana dan buku.

Selain menjadi sukarelawan di laman web drcinta.com, beliau turut terlibat aktif dalam program-program seminar-seminar, kursus, bengkel, pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional, asia tenggara dan antarabangsa yang amat membantu beliau dalam menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk dikongsi orang ramai antaranya:

  • Muncul dalam ruangan Author Highlight majalah PopClub Mac 2007 terbitan Popular Book Co. (M) Sdn Bhd
  • Muncul dalam ruangan Resensi, Selamat Pagi Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kendalian pengacara televisyen, saudara Syed Munawar.
  • Temubual oleh saudari Suhada Masri dalam ruangan Bicara Pengarang, ruangan Sastera dan Budaya, Berita Harian.
  • Temubual oleh saudari Wan Maidatul Razimah Shamsudin dari majalah Perempuan keluaran Mac 2007.
  • Temubual ruangan Pendapat, Isu Hiburan Dalam Islam oleh saudari Zalmimazura Zahari dari majalah I.
  • Muncul dalam program Bicara Buku anjuran bersama PTS Millennia dan rangkaian kedai buku MPH di Alamanda dan Wangsa Maju sempena program Semarakkan Cinta pada Febuari 2007 .
  • Jurufoto bebas bagi ruangan Jejak Wartawan Veteran, majalah Al Islam pada Mac 2007. Temuramah melibatkan Rektor UIAM, Prof. Dato Dr Syed Arabi Idid dan wartawan Al Islam, Norhafiza Mohd Zain.
  • Terlibat bersama-sama Perwakilan Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib dalam pameran seni maya dan bergerak, Expression of Peace anjuran Dr Hirsh Diamant dan para pelajar Evergreen State College, Olympia, Washington D.C pada November 2006.
  • Mengendalikan bengkel penulisan remaja, Teknik Menulis : Teori dan Praktikal 2007 bagi anggota Kelab Kreatif, Pusat Ilmu Asas UIAM dan ahli-ahli PKPIM di Janda Baik, Pahang Darul Makmur
  • Seminar kaunseling Kekeluargaan, Pendekatan Efektif Dalam Membimbing Remaja anjuran Jabatan Kaunseling, UIAM (2006) .
  • Program ‘How to Build Self-Confidence’ oleh Nik Affendy Nik Abdul Rashid. Setiusaha Sulit, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri dan UIAM (2006).
  • Program, ‘The Art of Negotiation’ oleh Jabatan Kaunseling, UIAM (2006).
  • Seminar Psikologi Gunaan 2005 peringkat nasional anjuran Pusat Psikologi Gunaan, Jabatan Kaunseling UIAM (2006).
  • Seminar Gejala Pelacuran di Malaysia anjuran Jabatan Kajian Wanita, Pusat Psikologi Gunaan, UIAM (2005).  - Program ‘A New World Orde’ oleh Ahli Parlimen Britain, George Galloway anjuran AMAN Malaysia dan JUST. (2005)
  • Seminar Kepimpinan Remaja Muslim 2004 anjuran Persatuan Pelajar Somalia.
  • Program ‘A moment with Canadian Muslim’ anjuran kedutaan Kanada dan UIAM (2005).
  • Bengkel Editor Foto ASEAN anjuran Sekretariat Nasional ASEAN-COCI Malaysia dan BERNAMA (2005).
  • Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran Jemaah Islah Malaysia (2002).
  • Seminar Hiburan dan Kesenian Dalam Islam anjuran JAKIM (2005).
  • Program In Person bersama Datuk Manja Ismail, kumpulan editorial Berita Harian (2006).
  • Forum Journalism: Future and Prospect oleh Datuk Ahmad Talib, Maxis Communication anjuran Jabatan Komunikasi UIAM (2006).
  • Seminar Sehari Kebebasan Media anjuran Jabatan Komunikasi UIAM (2005).
  • Forum bersama Persatuan Pelajar Antarabangsa Singapura dan Radio Singapore International (2006).
  • Seminar, ‘Freedom of Media Reporting’ anjuran Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), UIAM (2006).
  • Seminar antarabangsa, The Hadhari Approach: A Catalyst Towards South-South Development and Prosperity anjuran Gerbang Maklumat Selatan-Selatan, Kementerian Penerangan Malaysia (2006).

Beliau dilantik sebagai mentor di Akademi Penulis dan mengendalikan bengkel penulisan rencana dan artikel.

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google