Mentor : Ahmad Naim Jaafar


naimjaafar.jpg

Ahmad Naim Jaafar dilahirkan pada 18 Mei 1979 di Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan. Beliau adalah perunding dan jurulatih dalam bidang kepimpinan. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau adalah pengasas Pusat Pembangunan Kepimpinan yang meng-anjurkan program latihan untuk organisasi bagi mempromosi pendidikan kepimpinan di Malaysia. Beliau adalah salah seorang penerima Tun Razak Youth Leadership Award anjuran Malaysia Institute of Managemant MIM) pada tahun 2004. Beliau juga aktif sebagai penceramah dan perunding kepada program Bina Insan anjuran kerajaan negeri Selangor. Buku tulisan beliau berjudul Membina Karisma dijadikan modul pengajian di Pusat Ko-kurikulum Universiti Malaya dan beliau sendiri adalah tenaga pengajarnya. Beliau juga adalah pengarang bersama Dato` Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

Buku-buku karya Ahmad Naim Jaafar yang diterbitkan adalah:

  1. Membina Karisma
  2. Kuasa Karisma
  3. Membina Remaja Berkarisma
  4. Tip Menjadi Individu Menarik
  5. Anda Gentleman Apabila…?
  6. Anda Berkarisma Apabila…?
  7. Anda Berkredibiliti Apabila…?
  8. Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman
  9. Anggun di Luar Serlah Pesona dari Dalam
  10. Kunci Menjadi Individu Berkredibiliti
  11. 55 Kerja Berpasukan

Beliau dilantik menjadi mentor penulis di Akademi Penulis dan mengendalikan Bengkel Intensif Teknik Menulis dengan En. Fauzul Na’im Ishak.

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google