Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa

Semalam pihak pengurusan PTS Millennia Sdn Bhd bersama dengan pengarah urusan Kumpulan PTS mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hala tuju penerbitan buku terjemahan PTS Millennia. Berdasarkan perkiraan semasa, jumlah buku terjemahan yang bakal terbit di PTS Millennia bagi tahun 2008 adalah melebihi jumlah karya tempatan.

Apakah sebabnya perkara ini berlaku? Mungkin ada yang mengatakan ini semuanya disebabkan saya memilih untuk jadi begitu. Jawapan itu mungkin benar mungkin tidak. Selalunya di PTS Millennia Sdn Bhd, kami memilih karya yang terbaik daripada sudut kualiti isi, kualiti persembahan dan konsep segar. Ini amat penting untuk memastikan para pelanggan memperoleh produk yang terjamin mutunya dan berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.

Setiap hari kita di PTS Millennia Sdn Bhd menerima pelbagai manuskrip daripada tempatan dan ada juga daripada luar negara terutamanya Indonesia (ini dikirimkan sendiri oleh penulis). Daripada genre motivasi, agama hinggalah fiksyen. Kesemua ini dinilai bagi diambil kira untuk tujuan penerbitan di PTS Millennia Sdn Bhd. Selepas mengambil kira manuskrip yang ada dan keperluan penerbitan mengikut musim, barulah kita melihat pula buku-buku yang ingin diterjemah daripada luar. Kekurangan ruang kosong yang tidak boleh diisi oleh para pengarang tempatan akan diisi oleh karya terjemahan.

Dalam kata lain, sebenarnya bukan disebabkan hendak sangat menerbitkan karya terjemahan tetapi disebabkan tiada karya tempatan pada standard dikehendaki oleh PTS Millennia menyebabkan kami terpaksa mencarinya daripada luar. Mungkin ada yang mengatakan PTS Millennia meletakkan standard terlalu tinggi dalam penerbitannya. Pada pandangan saya ia memang sepatutnya begitu. Karya seharusnya pada standard yang tinggi, memberikan ilmu yang segar dan bermanfaat kepada masyarakat.

Kita mahukan karya yang bercerita perkara biasa pada keadaan yang luar biasa. Tidak semestinya karya luar biasa sahaja. Susahlah begitu, tidak susah selagi mana penulis mahu datang kepada pihak kami untuk melihat bagaimana menjadikan karya mereka luar biasa. Ini adalah cabaran kepada semua pengarang. Saya cabar semua penulis untuk bersama PTS Millennia menghasilkan karya yang luar biasa ini. Mari bertemu PTS Millennia, kita sama-sama melihat bagaimana menghasilkan karya yang luar biasa ini.

About Pentadbir Akademi Penulis
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Comments

Speak Your Mind

*