Pembangunan dan Pengubahsuaian Pusat Latihan Akademi Penulis Bermula

Akademi Penulis dalam proses pengwujudan Pusat Latihan Akademi Penulis di lot 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Pusat ini akan menjadi pusat latihan dan pembangunan penulis pertama di Malaysia. Selepas ia siap sepenuhnya Julai 2010 ini, ia akan menjadi ruang utama program PUBLIC anjuran Akademi Penulis. Antara faedah dan kelebihan pengwujudan pusat ini adalah pengurangan kos operasi dan ini dapat dipulangkan kepada para peserta dalam bentuk pengurangan yuran penyertaan. Ini dapat dilihat dengan penurunan yuran dua program terdekat Bengkel Penulis Super 30 Julai-1 Ogos 2010 (www.penulissuper.com) dan Bengkel Penulisan Novel 7 & 8 Ogos 2010 (www.penulisannovel.com).

Bengkel Penulis Super sebelum ini mengenakan yuran pada kadar RM1,200 bagi bengkel 3 hari 2 malam. Namun dengan wujudnya pusat ini ia diturunkan RM950 dengan pengisian dan kualiti kemudahan yang lebih baik. Bengkel Penulisan Novel diturunkan yurannya RM1,200 (bengkel 3 hari 2 malam) kepada RM650 (bengkel 2 hari 1 malam). Satu pelaburan jangka panjang Akademi Penulis untuk kepentingan semua pihak.

Gerak kerja pengubahsuaian sedang giat dijalankan oleh kontraktor terlantik. Ia dijangka siap sepenuhnya 15 Julai 2010. Di bawah dikongsikan gambar pembangunan dan pengubahsuaian yang dijalankan.

Comments

  1. Noraini Baharu says:

    Satu kemajuan dan perancangan yang baik. Diharap akademi ini menjadi satu organisasi yang dapat membantu mengasah dan mengembangkan bakat penulis-penulis tanah air.
    Wassalam.

  2. Terima kasih atas sokongan kepada perjuangan kami ini. Kita sama doakan, Amiin!!

Speak Your Mind

*