Akademi Penulis Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat perunding dan pengendali program latihan penulisan yang sudah beroperasi sejak tahun 2009. Program-program kendalian Akademi Penulis dikendalikan oleh para jurulatih yang berpengalaman melebihi 5 tahun dalam industri penerbitan buku, majalan dan bidang penulisan. Ia diadakan secara awam dan melalui agensi kerajaan dan swasta.
Akademi Penulis menyediakan pakej pendapatan (gaji) yang menarik termasuk:
- bekerja 5 + 1/2 hari (cuti pada sabtu pertama dan sabtu ketiga)
- Kadar gaji bulanan dan komisyen menarik
- Latihan dalaman disediakan
- Socso, EPF dan bayaran untuk urusan perubatan
Kami mencari eksekutif untuk mengisi jawatan sebagai
EKSEKUTIF LATIHAN (JUALAN & PEMASARAN) (2 Kekosongan)
Deskripsi Kerja
- Membuat perancangan jadual, aturan penceramah dan menguruskan peserta untuk program latihan anjuran Akademi Penulis
- Merancang dan menguruskan strategi promosi dan jualan bagi program-program anjuran Akademi Penulis kepada orang awam, agensi kerajaan dan swasta
- Membantu membangunkan dan mengemas kini bahan-bahan latihan untuk memastikan ia lebih mesra pelanggan dan praktikal
Kelayakan
- Mempunyai kemahiran komunikasi, pembentangan dan perancangan strategik terutama dalam pemasaran serta jualan yang baik
- Mempunyai pengetahuan dan pendedahan dalam bidang pembangunan dan pengembangan latihan
- Mempunyai kemahiran kepimpinan dan penyelesaian masalah
- Mempunyai pengalaman menjadi pemimpin mahasiswa di institusi pengajian tinggi mempunyai kelebihan
- Mempunyai diploma ataupun ijazah dalam apa sahaja bidang (graduan pentadbiran perniagaan dan sumber manusia mempunyai kelebihan)
- Mampu mengendalikan kerja dengan baik dan tahan menerima tekanan
- Mempunyai lesen kenderaan dan memiliki kenderaan (sekurang-kurangnya motosikal)
- Graduan baru digalakkan memohon
Kepada yang berminat sila kirimkan resume kepada
Akademi Penulis Sdn. Bhd.
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
ataupun kirimkan faks kepada 0341493560
ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com
ataupun hubungi talian 0341492560
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 Julai 2010