Pejabat Akademi Penulis Sdn. Bhd. di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Saya dengan sukacitanya mengumumkan bermula 1 April 2009, Akademi Penulis Sdn. Bhd. beroperasi dari pejabat urusan yang baru di 11-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Sebarang urusan berkaitan latihan dan konsultansi penulisan dan penerbitan boleh terus ke pejabat urusan ini.  Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh dibuat ke alamat kami yang baru di

11-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur

Di bawah disertakan peta ke pejabat kami. Terima kasih.

View Larger Map

About Pentadbir Akademi Penulis
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Comments

  1. ibnu said says:

    Assalamualaikum..
    Saya telah menulis sebuah buku yang belum lagi di terbitkan…. buku ini mengenai garis panduan bagaimana bekerja di arab saudi.Persoalannya saya tak tahu bagaimana nak menerbitkan buku tersebut dan apa yang saya perlu buat dengan buku tersebut. please help me..ASAP..Buat pengetahuan anda saya masih bekerja di arab saudi. Saya di Kuala lumpur till 13 july 2010

  2. Tahniah Tuan Md. Ali Berahim. Kejayaan Tuan ini memberikan semangat kepada kami dan para ALUMNI Akademi Penulis. Teruskan usaha Tuan dalam menghasilkan karya bisnes berkualiti

Speak Your Mind

*