Ceramah Penulisan & Penerbitan
En. Fauzul Na’im sering dijemput menyampaikan ceramah dalam pelbagai topik khusus dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Ini adalah kepakaran beliau selama beberapa tahun menjadi seorang penulis dan jurulatih penulis bestseller.
Ceramah beliau penuh interaktif dengan contoh-contoh praktikal yang boleh terus diamalkan oleh para pendengar dan hadirin. Ia disertakan dengan lampiran kajian yang dibuat dalam topik-topik berkaitan. Ceramah-ceramah ini boleh juga diubahsuai mengikut keperluan Anda. Hubungi kami kita boleh bincangkan bersama-sama.
Topik-topik Ceramah
a) Jadi Kaya Dengan Menulis
Ramai yang memandang kerjaya sebagai seorang penulis bukanlah sesuatu yang memberikan pulangan lumayan. Pandangan ini ternyata salah.
Isi Penting Pembelajaran :
- Membongkar mitos-mitos dunia penulisan mengekang minda
- Penulis sebagai satu kerjaya
- Ruang-ruang penulisan yang menjana wang lumayan
- Bagaimana hendak menghasilkan penulis bestseller dengan menghasilkan karya bestseller
b) Bagaimana Membuat Pemasaran & Penjenamaan Buku Anda
Pemasaran dan penjenamaan buku adalah satu perkara yang dikatakan sukar dalam dunia buku. Kebanyakan buku dikatakan sukar menemui pembaca dan ini menyebabkan ia tidak boleh dijual dengan baik.
Isi Penting Pembelajaran :
- Cara pemasaran tradisional, konvensional VS moden
- Cara menjenamakan dengan pakej buku yang betul
- Saluran-saluran baru dan moden pemasaran
- Idea-idea baru praktikal pemasaran buku
c) Bagaimana Menulis & Memasarkan Karya Sendiri
Teknik menulis dan mengkonsepkan buku adalah satu perkara kritikal kepada penulis dan bakal penulis generasi baru. Teknik lama, cara lama kadangkala tidak praktikal bagi era baru. Minda masyarakat baru memerlukan konsep buku baru.
Isi Penting Pembelajaran :
- Teknik menulis praktikal untuk orang sibuk
- 5 P : Formula menjadi penulis bestseller
- Zaman baru, konsep buku baru
d) Bagaimana Untuk Menjaga Hak Penulis (Teori & Aplikasi)
Isu hak cipta adalah isu hangat dalam dunia penulisan dan penerbitan buku Malaysia. Ia menjadi asam garam penting dalam kehidupan seorang pengarang. Tanpa pengetahuan dalam bidang ini menyebabkan ramai pengarang dan karyawan tertipu dan ditipu.
Isi Penting Pembelajaran :
- Apakah yang ada hak cipta dan yang tidak
- Perincian mengenai Akta Hak Cipta 1987
- Kaedah untuk menjaga hak cipta
- Kaedah untuk mendakwa apabila hak cipta digugat
Serta apa sahaja topik-topik cadangan daripada pihak Anda mengenai dunia penulisan. Hubungi kami di HOTLINE 016 6611 834

