Bengkel Penulisan & Penerbitan
Bengkel penulisan dan penerbitan di bawah MQ Human Development direka dalam pakej satu hari, dua hari dan 3 hari. Ia direka berdasarkan keperluan Anda. Hubungi HOTLINE : 016 6611 834 bagi maklumat lanjut. Secara dasarnya bengkel penulisan kami adalah berdasarkan perincian berikut berserta dengan cadangan masa penganjuran modul-modul tersebut :
a) Pengenalan dunia penerbitan (1 hingga 2 jam)
Penerangan mengenai situasi sebenar dunia penerbitan di Malaysia. Ia meliputi :
i) Situasi semasa dunia buku
ii) Pemasaran buku
iii) Beza penerbit dan pencetak
b) Pemasaran dan Penjualan Buku Efektif & Efisien (1 hingga 2 jam)
Penerangan dan teknik pemasaran buku yang terkini, efektif dan efisien. Ia meliputi penerangan mengenai saluran jualan, cara promosi hinggalah kepada khidmat pelanggan.
c) Motivasi Penulisan (1 hingga 2 jam)
Ceramah motivasi penulisan. Faktor-faktor yang menghalang para penulis menghasilkan karya dan cara menghindarkannya
d) Cara Bekerja dengan Penerbit (1 hingga 2 jam)
Bagaimana seorang penulis menghantarkan karya daripada penyediaan proposal hinggalah kepada penghantaran manuskrip. Di sini juga diterangkan apakah bahan-bahan yang perlu disediakan dan bagaimana menyediakannya sebelum dihantar kepada pihak penerbit
e) Pengarang dan Hak Cipta (1 hingga 2 jam)
Penerangan mengenai akta Hakcipta terpelihara 1987 dan bagaimana para penulis menggunakan akta ini bagi melindungi hak mereka. Di sini juga diterangkan bagaimana urusan perundangan di antara para penulis dan penerbit mereka.
f) KJ metode: Teknik menulis yang berkesan (2 hingga 4 jam)
Penerangan mengenai kaedah menulis yang efektif dan efisien. Rahsia para penulis terdahulu menulis banyak buku dengan masa yang singkat.
g) Kesalahan-kesalahan tatabahasa yang selalu dikesan (1 hingga 2 jam)
Menerangkan cara menghasilkan bahan tulisan yang kurang kesalahan tatabahasa. Ia memberikan pandangan penerbit kepada bahan tulisan yang diserahkan kepada mereka.
h) Bagaimana mengurangkan indeks kebolehbacaan (1 hingga 2 jam)
Penerangan mengenai kayu ukur kebolehbacaan sesuatu bahan bacaan dan tulisan. Di sini ia membincangkan bagaimana menurun kan indeks ini di samping memudahkan pembacaan sesuatu buku.

