Pakej Latihan


Penulis Bestseller!, Karya Ngetop!


Saya tidak ada bakat!
Saya tidak ada kemahiran!
Saya tidak ada masa!
Saya tidak ada pengalaman!
Orang Malaysia tidak membaca!
Semua penerbit penipu!
Buku susah hendak dijual!
Tulis buku tidak boleh jadi kaya!

Inilah kata-kata yang sering dikeluarkan dan didengari daripada mulut-mulut individu apabila ditanyakan persoalan mengapa tidak menulis dan berkarya. Persoalan bakat, persoalan masa, persoalan pengalaman, persoalan pembaca tidak baca buku dan banyak lagi menjadi satu kekangan kepada penghasilan karya yang berkualiti.

Benarkah kita memerlukan bakat, masa dan pengalaman bagi menghasilkan sebuah karya? Adakah bakat itu semula jadi ataupun dapat dilatih? Adakah masa kita lebih sedikit berbanding dengan masa orang yang sudah berjaya menghasilkan karya-karya lain? Adakah kita sahaja sibuk sedangkan ramai lagi orang yang sibuk di dalam dunia berjaya menjadi penulis bestseller dunia? Adakah teknik menulis itu sukar dipelajari? Benarkah orang Malaysia tidak membaca? Penerbit bagaimana yang menipu? Benarkah menulis tidak boleh buat duit?

Apabila kita meletakkan pelbagai alasan dan kekangan di dalam minda, kita sudah mencipta skrip hidup yang gagal kepada diri kita. Skrip ini menjadi satu sempadan di antara diri kita dan kejayaan yang kita boleh kecapi. Ia timbul daripada mitos-mitos yang tidak jelas kesahihannya yang menimbulkan ketakutan di dalam diri.

Persepsi sebegini menjadikan dunia penulisan buku sebagai ruang gelap yang tidak bercahaya bagi sesetengah individu. Persepsi negatif menjadi satu tembok besar kepada kejayaan Anda di dalam bidang ini.

Pengalaman bertahun-tahun di dalam bidang penulisan dan penerbitan buku menjadikan modul kami modul terbaik bagi melatih pengarang dan bakal pengarang untuk keluar menjadi pengarang bestseller. Modul digarap berdasarkan kajian semasa dan pengalaman dalam dunia buku, dengan teknik langkah demi langkah bakal menjadikan Anda salah seorang bakal pengarang bestseller negara, karya Anda pasti ngetop di dalam pasaran. Sudah ramai yang berjaya di bawah latihan kami dan mengecap kejayaan dalam bidang penulisan. Menerima royalti puluhan ribu ringgit daripada penerbit buku karya mereka. Anda bila lagi?

3 Langkah Menjadi Penulis Berjaya

LANGKAH 1 : Membetulkan Sistem Kepercayaan & Skrip Hidup

  • 5 mitos penulisan dan penerbitan buku, benarkah?
  • 5 P : Formula Penulis Bestseller
  • Ruang-ruang penjualan dan penerbitan buku
  • Hak penulis dan Akta Hak Cipta 1987 : Bagaimana menjaganya?

Selepas mempunyai persepsi yang betul dengan maklumat betul. Apakah seterusnya?

LANGKAH 2 : Konsep & Perancangan Penulisan

  • Apakah itu buku?
  • Merangka penulisan
  • Mengkonsepkan penulisan mengikut kehendak pelanggan (pembaca)
  • Memahami setiap sasaran pembaca dan persembahan penulisan bersesuaian dengan mereka

Adakah wajar membuat perancangan tanpa memulakan penulisan?

LANGKAH 3 : Teknik Menulis Mudah Untuk Mereka Yang Sibuk

  • Teknik rahsia penulis bestseller (KJ Method)
  • Indeks kebolehbacaan dan bagaimana mengendalikannya
  • Tatabahasa yang perlu dan tidak dalam penulisan.

Pakej Latihan